Saturday 14 March 2015

Kisah mama dan mesin laminate..!!

Salam Qaseh,

Baru dapat bersiaran tengah2 malam ni..Since I dah stop segala aktiviti 'bisnes' kononnya nak tumpukan 'sepenuhnya' pada homeschooling so tiada lagi masa untuk bergelumang dalam 'SOHO' but then 'Bilik Guru' yang bersepah2..hihi..

Oh ya, cerita pagi tadi, gigihnya papa Nasron Nasir mengikut kehendak hati seorang isteri nak beli mesin laminate yg kononnya nak yang paling cikai je brand tesco just RM52 ( price time tak ada promotion) tapi dh hampir seluruh tesco di seremban ni kami pegi semuanya hampa..sampai ada cadangan yang tak masuk dek akal nk cari kat TESCO area Melaka and Puchong.. gigih kan?! Haha...Macam geram je, macam frust je..Maybe sebab sekarang kan sistem pembelajaran Alaf 21, mu gkin cikgu2 je yang beli benda alah tu.
Frust gilerr.. so, kami tumpukan lokasi pencarian kami di kedai2 yang menjual alatan office beserta kedai2 buku yg berhampiran.. Resultnya pon menghampakan..price semua over budget, mostly above RM200..Silap2 hari bulan terbeli jugak yang beratus tu..

Dengan keciwanya kami berazam nak balik, tapi disebabkan sikap mama yang pantang kalau benda yang nak tak dapat ni, terpaksa cancelkan hajat nk balik tu..hihi...So, kami cuba try test tengok area MYDIN MALL..Tadaaa...!! Tak dapat mesin laminate tapilain yang dapat..haha...ku terbeli cutting mat and paper cutter sudaaa...how come?! Tapi tak per,, pembelian ini disponsor penuh oleh papa..kih3..tenkiu my dear hubster...!!

Misi mencari dan menyelamat diteruskan lagi, kami berpatah balik ke TESCO for the second time..memang kali ni nekad nak ambik je yang RM100 plus tu...belasah jela..janji ada..haha..redha je papa membayar nya..tenkiu once again papa..hee...

Ini lah hasilnya setelah penat lelah kami seharian kesana sini..THANKS jugak pada anak-anak syurga mama yg sangat-sangat behave hari ni melayan kerenah mama..huu...
Pinky sangat mesin laminate nya..dipilih khas oleh anak-anak..maybe diorang tahu mama suka PINK kot..so, malam ni gigih la mama nk laminate semuanya..jangan laminating film tu tak cukup sudah..mau nagis I malam ni...





Pada kawan2 yang PM tanya mana mama dapat softcopy flashcard ni, mama tak boleh nak jawab sebabnya flashcard ni mama dh lama download sebenarnya..dh bersarang dah...cuma baru beberapa hari ni terajin pulak nak memerint nya..tapi yang paling ingat mama just download dari google, website mana tak ingat.. bukan tak nak kongsi, tapi betul2 tak ingat...kalau tak silap dulu mama just taip 'flashcard' je kat goole...pastu keluar link2 website...nati korang pilih la mana yang berkenan..kecik je failnya..cepat je nak downlod nih..

All the best mommies. .!!

.babai.

Monday 9 March 2015

Kobitos di Astro TVIQ

Salam Qaseh,

Pernah tengok rancangan KOBITOS tak?! Biasanya di Astro TVIQ..tahu tak binatang ni jenis apa sebenarnya? Setahu saya benda sebenarnya tak pernah wujud pon, just rekaan semata-mata. Rancangan ni dari Jepun sebenarnya..Orang peknen tak dinasihatkan tengok rancangan ni tau..
Masa tengah nonton rancangan ni saja je nk uji si abang long tu, "Abang, ni kobitos apa? Apa namanya?" Abang dengan yakinnya jawab "Kobitos Kuyi Kuyerr"...mama cam tak yakin mulanya then try increase volume TV, eh betul ghupenye kobitos ni CHOREO COURIER KOBITOS...Amazing la anak mama ni, and mostly semua nama kobitos tu dia tahu..hmm...and he missed this programme a lots..last tengok this tv program tengah tahun 2014, lepas tu dh lama tak de, mayb dah habis episodnya tak, then skrg dh ada balik. Seronok la dia..



And seriously, mama memang takut tgk kobitos-kobitos ni..muka cam manusia, tapi dalam watak pelbagai haiwan. Bila pikir macam tak elok je tv program ni untuk toddler as him, but bila pikir panjang its good for him to know about types of kobitos, its habitat, characteristics of them and how to take care of certain kobitos. At least he learn a lots about vocabs and types of kobitos.. To me its okey la..dari tengok rancangan cartoon yang sia-sia..

And now, my curly twins pon suka jugak tgk kobitos ni. Bila bunyi iklan kobitos je kalut sungguh cari abang nya..kelakar pon ada..haa..satu lagi program yang paling dia dan adik2 suka tengok adalah GOING BY NUMBERS..good job anak-anak mama, tak sia-sia mama pasang ASTRO..hihi


‪#‎homeschooling‬
‪#‎homesweethome‬







.babai.

The Magical of Homeschooling

Salam Qaseh,

Why me as a mother is always implement homeschooling neither formal or informal?! Itu tajuk UTAMA nya...

Saya seorang ibu yang bekerjaya...Sejarah memperkenalkan homeschooling pada anak-anak adalah bila memikirkan cabaran yang akan mereka tempuhi pada 10 tahun akan datang. Mama ni sentiasa berfikiran 10 tahun maju ke hadapan, tapi hidup mama ni bukan lah maju mana pon..haha..verangan aje lebey...

First time berhomeschool adalah 2 years ago, since abang long 5month, before that mama just buat secara informal je dlu coz tak tau langsung and tak pernah ambik berat langsung tentang pendidikan anak2...dulu just pikir, one day diorang akan belajar bila dh mula kenal dunia and since 70% most of their time adalah dihabiskan disekolah. Namun cabaran hari demi hari kian memuncak telah membuka mata mama untuk cuba mengajar anak-anak dirumah, nowadays banyak influence yang negative rather than positive diluar sana..mama percaya ramai ibu bapa diluar sana yang risau kan perkembangan pendidikan sekarang, begitu juga mama even mama ni seorang guru..hmm...okey dah mula nak melalut...straight to the point...

Pada mulanya, my first impression pada pendidikan dirumah sangat rigid dan terhad kepada mainan sahaja...kalau dulu, zaman anak sorang mama selalu belikan abang long mainan..macam-macam jenis mainan, dari yang berpuluh ringgit sehingga yang ratusan ringgit malahan mencecah ribuan ringgit...itu pengetahuan mama tentang pendidikan awal kanak-kanak..sangat minima dan terbatas pada mainan dikedai (biasanya MANJAKU & TWIN BABY adalah kedai barangan kanak-kanak yang UTAMA akan kami kunjungi untuk mencari barangan mainan). Kalau dulu mama seringkali melihat pada harga sesuatu barangan. Contohnya makin mahal mainan itu, makin elok lah untuk perkembangan otak kanak-kanak...that is me 2 years ago..sangat skeptikal kan...since kesedaran untuk berhomeschool tu dah datang maka mama gagah mencari buku-buku yang berkaitan perkembangan kanak-kanak serta aktiviti yang mungkin boleh dilakukan bersama mereka yang kurang menggunakan modal..

Dengan itu tercetusnya untuk membentuk satu sistem pendidikan dirumah, di mana mama dan anak-anak boleh bersantai2 bermain sambil belajar. Pada awalnya agak kekok, pernah sekali mama tersalah beli satu barang dan menyesal sampai ke hari ini sebabnya tak guna pon rumah plastik ala2 princess bagai tu..kononnya nak bagi anak-anak main kat dalam tu..hihi..since abang long 8 bulan mama dah mula start membeli bahan bantu untuk homeschool sedikit demi sedikit..sehingga lah my two lil' princesses lahir dan kami berpindah ke rumah sendiri..di sana impian mama untuk homeschool kan anak-anak secara lebih serious tercapai dengan bantuan papa. Papa lah yang set-up bilik untuk anak-anak. Dia lah yang memilih warna cat, katil, langsir dan sebagainya..khas untuk anak-anak kami.. alhamdulillah, Allah murahkan lagi rezeki kami dengan pendapatan tetap mama setiap bulan untuk menambah beberapa koleksi bahan bantu dan alat bantu mengajar untuk anak-anak.

Tambahan lagi MR D.I.Y telah dibuka berdekatan dengan rumah kami, hampir setiap minggu mama menjengah ke sana untuk mencari barangan yang boleh digunakan untuk berhomeschool bersama anak-anak. Bajet?!! Sangat-sangat MINIMA...macam-macam dapat dibeli dengan hanya spent RM100 plus. Mainannya pula memerlukan imaginasi yang tinggi serta mengasah motor skills anak-anak. Sangat memuaskan...sehingga kini mama masih mengumpulkan barangan yang boley diguna pakai untuk aktiviti homeschooling kami. Kurang modal, kurang belanja tetapi hasilnya lumayan..





Homeschooling bukan hanya terbatas pada pembelajaran akademik sahaja. Bagi mama, mama still terapkan nilai-nilai murni seperti berkongsi, mengemas semula peralatan yang digunakan, berjimat cermat, sayang menyayangi dan lain-lain. Seriously, mama bukan seorang yang EXPERT soal HOMESCHOOLING ni. Dan bukan seorang yang layak untuk berceramah tentangnya. Tapi, dari sumber pembacaan dan beberapa research yang mama buat, hasilnya sangat memberangsangkan. Anak-anak yang terdedah dengan pembelajaran dirumah yang tidak membebankan emosi mereka ini akan mula menanam minat dengan sesuatu apa yang mereka kerjakan. Apa yang mama perhatikan pada anak-anak mama adalah si abang sangat fokus bila belajar dan beraktiviti, si kakak akan cuba melakukan yang terbaik untuk challenge abang dan adik (persaingan sihat dibina) manakala si adik yang dulunya cepat hilang fokus dan agak bermain-main kini menjadi seorang yang lebih fokus tentang sesuatu dan serius belajar.

Mustahil tiada pergaduhan jika semasa ketiga-tiga mereka beraktiviti. Tentula ADA...mereka juga manusia yang inginkan perhatian. Namun, kita lah yang kena pandai memujuk. Sekali sekala terMARAH jugak.. lumrah seorang ibu..hihi...tiada siapa yang sempurna. At least we try..kesan yang paling BAHAGIA bagi mama sejak2 implement homeschooling dengan anak-anak adalah HUBUNGAN antara mereka adik beradik. YES!! It's TRUE..sangat akrab sekarang. Kalau dulu nya si abang sangat 'benci' kan adik2, selalu pukul dan marah adik-adik sehingga kan mama ni dah buntu memikirnya cara camana nk solve this problems. Doa dan tawakal sahaja yang mampu mama buat masa tu. Tapi, lama kelamaan, bila setiap aktiviti dilakukan bersama dan mama seringkali melatih mereka untuk berkongsi dan akhirnya, the result is POSITIVE. Mama make it. The siblings are now together here and hereafter. Alhamdulillah..itu sahaja yang mampu mama ucapkan.

Mereka tak pernah gaduh ke? Takpernah berebut barang ke? TIPU kalau mama cakap TAK..Opkos la ADA you olls..how to overcome? Mudah jerrr..mama akan berubah sifat menjadi harimau jadian dengan serta merta dan they are always have their papa to back up them...huh!..ambik nyawa..!! Kalau mama tak tegas, diorang akan naik tocang, so one of us mesti jadi harimau jadian..hihi..and its me..!! Seriously, dulu mama suka tengking anak-anak and you olls tau apa kesannya, diorang akan bercakap kiat dengan kita but NOW mama tidak lagi menjerit tapi menegaskan nada suara..but then ada yang silap paham cakap mama marah anak dengan cara menengking...sorry ye..that's me..sebab mama sayang mereka lah mama terpaksa tegas, instead of that mama pon seorang mama yang penyayang jugak taw..!! Tak caya?!! Tanya la papa..Niat mama untuk homeschooling kan mereka adalah tanda sayangnya mama pada mereka..alhamdulillah I did it well even its not a formal learning.

Jadi, spa tunggu lagi? Jom la sama-sama kita implement homeschooling ni dengan anak-anak dirumah. Anda hanya perlu yakin dan percaya anda boleh..all the best momies..!!

.babai.

Wednesday 4 March 2015

Dyed Rice In the Houz yo!!

Salam Qaseh,

[Sensory Play]

Selalu tak momies semua bawak anak-anak main pantai? Atau paling kurang pon taman permainan. Yang lebih menguntungkan mereka yang duduk di kampung sebelah rumah nya tu PANTAI..wahh bestnya..apa kaitan pantai dengan topik kali ni 'Sensory Play' ?! Yahhh..pantai atau pasir sangat sinonim dengan kanak-kanak..budak ni pantang tengok tanah..betul tak?

Bila mama papa bawak main kat taman sebelah rumah anak-anak mesti seronok, bila diajak balik meraung2 tak nak balik..harusla mama ni stress, papa steady je..So, untuk elakkan mama ni jadi singa betina, mama dah usahakan apa yang patut untuk anak-anak agar terus bermain dan terus bermain. Bagi bercambah sikit pemikiran diorang plus lebih kreatif.

Jadi, mama dapat idea untuk dye kan beras ni dari satu blog yang memang selalu mama scroll ups and downs untuk cari bahan dan aktiviti untuk homeschooling anak-anak. #happyhooligans .... Alah...beras kaler-kaler ni biasanya kita tengok bila Hari Deepavali je..diorang buat kolaj ke apa ntah namanya tu..macam2 bentuk dan corak yang menarik..colourful lagi..biasa dekat shooping complex selalu ada bila time Deepavali..suka tengok tu dan kagum dengan bakat seni diorang. Diorang sangat fokus bila nak buat seni kolaj tu..kalau bagi mama comfirm out..hihi..

Okey dah, jom kita belajar cara nak buat DYE RICE dengan cara yang mudah dan simple..

1) Beli beras yang murah atau pakai je beras kat dapur tu..Isi dalam zip-lock plastic beg ni or momies boley guna bekas plastik yang lama but make sure it is clean enough okey..! Mama guna 1 pot beras atau 1 cawan beras for each colour, since mama ada banyak pewarna makanan jadi mama boleh buat 6-7 pack warna yang berlainan. Terpulang pada momies nak guna warna apa or you better ask your kids dulu.




2) Pewarna makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis warna. Mama just guna pewarna yang mama beli dari kedai RAKAN (kedai yang jual barangan utk buat pelbagai kek)..or you all boley grab pewarna makanan yang kat kedai runcit jenama Star Brands tu..tapi costly la..ohh ya, mama guna pewarna yang liquid tau bukan yang serbuk tu.. lagi satu bahan tambahan adalah cuka. Just guna half of teaspoon je untuk one cup of rice..pewarna ikut suka nak letak banyak ke sikit. If letak banyak warna beras akan lg terang, if letak sikit ia akan pudar dan menjimatkan..boleh simpanutk next project dengan anak2..




3) Shake! Shake! Shake! Shake sepenuh hati sampai warna tu dah sebati dengan beras..boley?!! Bagi goyang segala bagai yang boleg bergoyang tu.. mama just bagi anak-anak je yang memainkan peranan itu, bagi diorang hepi sikit goyanag gerudi..But then, semalam my curly twins dah tido so abang long aja la yang sempat bergoyang gerudi tapi malu-malu..hihi




4) Lepas dah goyang sana goyang sini, you all cari loyang or dulang atau apa-apa jenis tray untuk dikeringkan. Mama just guna tudung periuk je..Biasanya ambil masa 2 hari jugak nak make sure betul-betul kering bergantung pada cuaca.. Lagi panas lagi bagus, cepat sikit keringnya dan anak-anak pon boleh main.




5) Bila dah betul-betul kering, mommies boley lah simpan dalam bekas kedap udara, make sure betul-betul kering tau! Tujuannya untuk elak berkulat dan binatang kecik tu masuk. Biasanya dyed rice ni boleh tahan sampai 2 tahun atau lebih jika betul cara penggunaan dan penyimpanannya. Boleh tak simpan dalam peti ais?! Bagi mama not recommended kot sebab hari tu mama simpan playdoh. Then playdoh tu jadi lembab-lembab dah bila hilang sejuknya tu, dia jadi lembek dan mama terpaksa tambah tepung lagi..Lagi better, momies boley jemur dulu bawah cahaya matahari before simpan dalam bekas lepas anak-anak dah abis maen..lagi tahan lama..ye idok??!!

So, tunggu apa lagi?! Senang kan?! Cepat la pegi dapur capai apa yang ada dan terus buat dyed rice ni..mama pon tak sabar nak balik sekolah ni nak tengok hasilnya lepas dijemur...

All the best momies..!! Selamat mencuba..!!

#sharingisloving

You can share this entry with everyone you knows..semoga bermanfaat untuk momies dan anak-anak...love you!!

.babai.

It's GOOP...!!

Salam Qaseh,

Is it a solid? Is it a liquid? Yes! It’s BOTH? What is this mysterious substance? It’s GOOP – one of the funnest, most amazing science activities ever! It’s a fabulous sensory experience too, and all you need are two basic ingredients to make it!

We’re no strangers to simple scientific concoctions here in my home daycare. We love clean mud and cloud dough,but Goop.. Oh, Goop! It’s the most fascinating sensory substance of all! If you’ve never made it before, you’ll wonder why you waited so long!

2 simple ingredients that we need are 1) water and 2) cornstarch. Simple kan...bahan yang cukup mudah nak capai kat dapur korang..disebabkan oleh this week adalah minggu exam, jadi mama boleh melarikan diri seawal mungkin untuk pulang ke rumah jumpa ketiga2 buah hati mama.

On my way, while driving otak ligat pikir nk buat aktiviti apa untuk mereka bertiga. So keluarlah this idea..simple je..mudah dan senang!

Sensory play...
Sangat2 teruja masing2 bila dapat sentuh cornstarch yang macam magic tu..kejap jadi solid, kejap jd liquid..how amazing..! And they really enjoy this activity. Almost 1hour diorang ni dok melayan GOOPs tu..hihi...well..inilah budak..











The most memorable activity ever..!! That's why mama suka homeschooling ni..hihi..mama pon boley join sama..kih3..activity ni will be repeated again and again since diorang pon sangat2 suka akan nya..♥

.babai.