Tuesday 30 December 2014

'Bahaya' Healing Crisis

Salam Qaseh,

Seperti yang dijanjikan mama nak share fakta sebenar 'healing crisis'. Jom baca entry kali ni sampai bawah.. Jangan scroll ups and downs je..BACA tau..baru anda tahu kenapa anda jadi begitu bila mengamalkan satu2 produk kesihatan yang kandungannya 100% dari bahan yang NATURAL..


Apakah itu healing crisis (krisis penyembuhan)?
*

Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan untuk penyucian dan pembinaan semula. Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat. Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa. Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi. JANGAN BERHENTI MAKAN SUPPLEMENT ANDA!!


Mengapa berlakunya krisis penyembuhan?
*

Salah satu sebab mengapa berlakunya krisis penyembuhan ialah apabila anda cuba menjalani cara hidup yang lebih sihat. Sebagai contoh,
sebelum ini anda makan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang betul, banyak makan makanan segera dan berminyak dan lain-lain. Apabila anda cuba pemakanan yang lebih sihat seperti banyakkan makan sayuran dan buah buahan, anda akan mengalami krisis penyembuhan.
Kalau sebelum ini anda tidak pernah berjogging atau membuat senaman ringan. Apabila anda mula bersenam, mesti keesokkan harinya anda akan berasa sengal2 badan. Betul tak? Itu juga adalah krisis penyembuhan sepertimana sekiranya anda mengambil suplemen atau produk kesihatan dari bahan semulajadi yang mula bertindak balas terhadap sel tubuh anda.

Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan atau side effect, sebaliknya ia adalah tindakbalas normal yang menunjukkan produk kesihatan anda berkesan. Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Sebelum pengambilan produk kesihatan, badan kita ada banyak toksin. Apabila anda makan sesuatu produk kesihatan semulajadi, badan anda mula membuang toksin dalam badan. Apabila kita terus istiqamah, toksin akan hilang dan badan akan menjadi lebih kuat dan sihat insyaa Allah.


Bagaimana cara untuk menghadapi krisis ini?


#01 Banyakkan minum air kosong
Organ dalam tubuh kita terdiri sari sel-sel. Sel memerlukan air untuk berfungsi. Untuk suplemen anda diserap dengan sempurna oleh sel, anda perlukan air. Tahukah anda berapa banyak sel ada dalam tubuh anda? Oleh sebab itu, anda perlu membekalkan air yang mencukupi untuk sel dan organ dalam tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, air kosong juga berfungsi untuk melancarkan pengeluaran toksin dalam tubuh.

CADANGAN : Setiap 25kg berat anda, anda perlukan 1 liter air. Jika berat anda 70kg, anda memerlukan 3 liter air setiap hari.

#02 Perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran
Selain air kosong, anda juga boleh mendapat bekalan air dari buah buahan serta sayuran. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan serat supaya toksin lebih mudah dikeluarkan melalui najis anda.

#03 Cuba amalkan pemakanan yang lebih sihat
Kurangkan perasa, garam dan gula dalam pemakanan anda. Cuba kurangkan panggunaan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia. Bahan kimia dalam kosmetik atau skincare akan mengakibatkan toksin semakin bertambah dalam badan dan menyebabkan krisis berlaku dalam masa yang lebih lama.


Bagi anda yang baru pertama kali mengamalkan produk kesihatan semulajadi ini, mama nasihatkan anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Jangan terus berhenti daripada mengambil suplemen tersebut, tetapi teruskan seperti biasa dan ia akan beransur-ansur pulih. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Idola. Malah ia adalah petanda yang bagus dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.


Tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.
*

Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..

Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan produk kesihatan semulajadi, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bila dicat baru, kereta kita cantik kembali.

Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan bahan semulajadi. Untuk ‘mencantikkan’ sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu… seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:

> Pening
> Mual
> Badan panas
> Demam
> Sakit kepala
> Sakit pinggang
> Mengantuk
> Muntah-muntah
> Berpinar-pinar
> Ulser
> Rasa tak larat
> Emosi terganggu


Selamat membaca..!!

.babai.

No comments:

Post a Comment