Wednesday 4 March 2015

Dyed Rice In the Houz yo!!

Salam Qaseh,

[Sensory Play]

Selalu tak momies semua bawak anak-anak main pantai? Atau paling kurang pon taman permainan. Yang lebih menguntungkan mereka yang duduk di kampung sebelah rumah nya tu PANTAI..wahh bestnya..apa kaitan pantai dengan topik kali ni 'Sensory Play' ?! Yahhh..pantai atau pasir sangat sinonim dengan kanak-kanak..budak ni pantang tengok tanah..betul tak?

Bila mama papa bawak main kat taman sebelah rumah anak-anak mesti seronok, bila diajak balik meraung2 tak nak balik..harusla mama ni stress, papa steady je..So, untuk elakkan mama ni jadi singa betina, mama dah usahakan apa yang patut untuk anak-anak agar terus bermain dan terus bermain. Bagi bercambah sikit pemikiran diorang plus lebih kreatif.

Jadi, mama dapat idea untuk dye kan beras ni dari satu blog yang memang selalu mama scroll ups and downs untuk cari bahan dan aktiviti untuk homeschooling anak-anak. #happyhooligans .... Alah...beras kaler-kaler ni biasanya kita tengok bila Hari Deepavali je..diorang buat kolaj ke apa ntah namanya tu..macam2 bentuk dan corak yang menarik..colourful lagi..biasa dekat shooping complex selalu ada bila time Deepavali..suka tengok tu dan kagum dengan bakat seni diorang. Diorang sangat fokus bila nak buat seni kolaj tu..kalau bagi mama comfirm out..hihi..

Okey dah, jom kita belajar cara nak buat DYE RICE dengan cara yang mudah dan simple..

1) Beli beras yang murah atau pakai je beras kat dapur tu..Isi dalam zip-lock plastic beg ni or momies boley guna bekas plastik yang lama but make sure it is clean enough okey..! Mama guna 1 pot beras atau 1 cawan beras for each colour, since mama ada banyak pewarna makanan jadi mama boleh buat 6-7 pack warna yang berlainan. Terpulang pada momies nak guna warna apa or you better ask your kids dulu.




2) Pewarna makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis warna. Mama just guna pewarna yang mama beli dari kedai RAKAN (kedai yang jual barangan utk buat pelbagai kek)..or you all boley grab pewarna makanan yang kat kedai runcit jenama Star Brands tu..tapi costly la..ohh ya, mama guna pewarna yang liquid tau bukan yang serbuk tu.. lagi satu bahan tambahan adalah cuka. Just guna half of teaspoon je untuk one cup of rice..pewarna ikut suka nak letak banyak ke sikit. If letak banyak warna beras akan lg terang, if letak sikit ia akan pudar dan menjimatkan..boleh simpanutk next project dengan anak2..




3) Shake! Shake! Shake! Shake sepenuh hati sampai warna tu dah sebati dengan beras..boley?!! Bagi goyang segala bagai yang boleg bergoyang tu.. mama just bagi anak-anak je yang memainkan peranan itu, bagi diorang hepi sikit goyanag gerudi..But then, semalam my curly twins dah tido so abang long aja la yang sempat bergoyang gerudi tapi malu-malu..hihi




4) Lepas dah goyang sana goyang sini, you all cari loyang or dulang atau apa-apa jenis tray untuk dikeringkan. Mama just guna tudung periuk je..Biasanya ambil masa 2 hari jugak nak make sure betul-betul kering bergantung pada cuaca.. Lagi panas lagi bagus, cepat sikit keringnya dan anak-anak pon boleh main.




5) Bila dah betul-betul kering, mommies boley lah simpan dalam bekas kedap udara, make sure betul-betul kering tau! Tujuannya untuk elak berkulat dan binatang kecik tu masuk. Biasanya dyed rice ni boleh tahan sampai 2 tahun atau lebih jika betul cara penggunaan dan penyimpanannya. Boleh tak simpan dalam peti ais?! Bagi mama not recommended kot sebab hari tu mama simpan playdoh. Then playdoh tu jadi lembab-lembab dah bila hilang sejuknya tu, dia jadi lembek dan mama terpaksa tambah tepung lagi..Lagi better, momies boley jemur dulu bawah cahaya matahari before simpan dalam bekas lepas anak-anak dah abis maen..lagi tahan lama..ye idok??!!

So, tunggu apa lagi?! Senang kan?! Cepat la pegi dapur capai apa yang ada dan terus buat dyed rice ni..mama pon tak sabar nak balik sekolah ni nak tengok hasilnya lepas dijemur...

All the best momies..!! Selamat mencuba..!!

#sharingisloving

You can share this entry with everyone you knows..semoga bermanfaat untuk momies dan anak-anak...love you!!

.babai.

No comments:

Post a Comment