Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

TANDA GOUT

1. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI

1. Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti: 1) Kegemukan,  2) Darah tinggi, 3) Hiperlipidemia, 4) Diabetes

RAWATAN

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

1. Rawatan serangan akut

2. Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Asid Dalam Badan Punca Penyakit

Asid Dalam Badan Punca Penyakit Gout, Gastrik, Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit Jantung Dan Diabetes

Asid di dalam badan seperti asid urik atau asid amino merupakan sebatian kitaran hetero yang mengandungi karbon, oksigen, nitrogen, oksigen dan hidrogen yang dipermudahkan dalam formula sebatian C5H4N4O3 . Ianya membentuk ikatan garam dan ion di dalam badan sebagai urates asid.

Asid urik merupakan produk pemecahan metabolik neuklotida purin. Dalam badan manusia, asid urik adalah produk oksidasi yang mana perlu disingkirkan melalui air kencing. Asid urik dan asid askorbik berfungsi sebagai ejen penurunan dan oksidasi yang baik dalam badan. Namun begitu, kandungan asid yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti gout, diabetes, penyakit jantung, keracunan darah, gastrik dan seumpamanya.

Masalah gout atau kencing manis tidak akan berlaku kepada kanak-kanak tetapi golongan yang lebih berusia sangat berisiko mendapat penyakit sebegini kerana peningkatan usia dan hormon dalam badan mencetuskan pertambahan kandungan asid dalam badan.

Pada kebiasaannya, individu yang sihat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat berupaya menyingkirkan lebihan asid dalam badan dengan sempurna. Masalah kesihatan berkaitan lebihan asid dalam badan kerap berlaku kepada individu yang mempunyai gaya hidup yang tidak sihat, tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang, dan kurang bersenam.

Individu yang mengalami obesiti mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit lebihan asid dalam badan kerana mempunyai metabolisma badan yang lemah. Kepekatan garam mineral yang tinggi di dalam air kencing turut bertambah dan boleh meningkatkan risiko individu menghidapi batu karang.Mengubati Gout

Hal ini terjadi kerana kandungan asid yang terlalu banyak hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang tidak mampu dirembeskan di dalam ginjal lalu asid urik yang berlebihan itu mengeras dan membentuk kristal di dalam ginjal dan laur kencing.

Dalam plasma darah manusia, kandungan asid urik yang normal adalah antara 3.6 mg/dl – 8.3 mg/dl. Kepekatan tinggi asid urik dalam darah boleh menyebabkan kandungan urin yang sangat berasid. Kandungan asid urik yang abnormal di dalam badan boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan berisiko menyebabkan pelbagai penyakit.

Makanan juga mengandungi campuran asid yang tinggi. Antara makanan yang mengandungi asid yang tinggi ialah daging,, ayam, tiram, keju, kacang tanah, roti, gajus, kopi, cuka, teh, makanan dalam tin dan jus buah yang diproses dengan bahan kimia. Namun begitu, makanan-makanan ini tidak membahayakan kesihatan sekiranya diambil dengan cara dan kuantit yang sihat.

Pada sesetengah individu, paras asid urik yang tinggi dalam badan juga mungkin disebabkan oleh fungsi buah pinggang yang lemah, kurang potasium, reaksi alahan kepada ubat-ubatan atau vitamin serta diet yang melampau yang tidak mengikuti panduan pemakanan. Namun begitu, pengamalan gaya hidup yang sihat mampu meningkatkan daya metabolisma badan lalu menstabilkan kadar asid urik yang diperlukan dalam badan. Individu yang lebih berusia seperti warga emas digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seiring dengan panduan piramid makanan. Cara yang paling berkesan mengurangkan kepekatan asid urik dalam badan adalah melalui air alkali ionik.

Menurut kajian analisis dan makmal, Alkalete terbukti mengurangkan kandungan asid yang berlebihan dalam badan sebanyak 50%. Penggunaan yang berterusan mampu menuetralkan kandungan dan menstabilkan kepekatan asid dalam darah hanya dalam masa 7 hari.

Alkalete merupakan alkali dalam bentuk kapsul mampu melancarkan pengaliran darah dah menuetralkan asid dalam darah dengan serta merta. Lebihan asid urik yang tidak diperlukan akan disingkirkan melalui air kencing. Alkalete juga terbukti berupaya merawat pelbagai penyakit lebihan asid dalam darah seperti gout, darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit jantung.

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com

CHECKLIST TANDA-TANDA BADAN BERASID

1. Badan berasa lesu sehingga kekurangan tenaga & tidak berupaya melakukan aktiviti harian

2. Kerap berasa sejuk

3. Mudah mendapat jangkitan penyakit berjangkit

4. Sering alami kemurungan,gemuruh & gelisah tanpa sebab serta mudah tertekan

5. Kehilangan motivasi & tidak bersemangat menerus kehidupan ( peringkat serius)

6. Sakit kepala,muka pucat

7. Hiperaktif

8. Masalah gigi : Gigi longgar/sensitif/ mudah retak/keradangan gusi/sakit saraf gigi

9. Ulser mulut,air liur berasid,pecah-pecah di kiri kanan bibir

10. Jangkitan berulang pada tekak & tonsil

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com

Asid dalam badan

Asid Dalam Badan

Tidak ramai yang sedar bahawa antara punca penyakit kronik adalah keasidan badan yang berlebihan. Paras pH tubuh yang ideal adalah 7.3-7.45. Seandainya lebih rendah, maka tubuh badan mudah mendapat penyakit.

Terdapat banyak kesan buruk akibat asid berlebihan. Antaranya, organ-organ serta tisu badan berdekatan pengumpulan asid berlebihan akan sukar mendapat bekalan darah. Selain itu kadar oksigen dalam darah akan menurun. Lebihan asid juga boleh memberi tekana kepada buah pinggang,

Tubuh yang mengandungi paras pH yang rendah, yakni sisa asid yang tinggi, akan sukar menyerap vitamin dan mineral. Kalsium juga tidak dapat diserap dengan baik, menjadikan tulang rapuh dan mudah retak. Akhir sekali, ketumbuhan atau kanser menjadi ‘subur’ atau berkembang dengan pesat kerana ia ‘hidup’ dalam persekitaran berasid.

Banyak simptom yang membuktikan tubuh mengandungi lebihan asid yang banyak. Antaranya adalah mudah berasa penat, suhu badan yang rendah dan kecenderungan untuk menghidap penyakit. Tambahan itu, ruam atau kegatalan di kawasan-kawasan peluh, kulit kering, kuku dan rambut yang rapuh dan rosak, kekejangan, dan ulser mulut.

Penyumbang utama dalam penghasilan lebihan asid ini adalah amalan pemakan yang tidak sihat. Pemakanan yang harus diamalkan untuk tubuh badan sihat adalah:

1. Makan makanan berserat tinggi
2. Memasak menggunakan minyak zaitun ‘cold-pressed’.
3. Mengambil sekurang-kurangnya 500mg Vitamin C sehari ( dapat mengurangkan asid urik dalam tempoh satu hingga dua bulan).
4. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Minum air kosong sekerap mungkin.
6. Banyakkan jenis karbohidrat kompleks.

Elakkan Makanan Dibawah:

1. Makanan dan minuman bergula.
2. Makanan siap proses atau sejuk beku,
3. Pastri, kek, biskut serta apa-apa yang terdiri dalam kategori karbohidrat ‘halus’ (‘refined carbohydrate’)
4. Alkohol.

Selain itu,tabiat merokok, tidur yang tidak mencukupi, malah cenderung berfikiran negatif dan meletakkan diri dalam tekanan juga menyumbang kepada penghasilan asid dalam badan. Kurangkan merokok, betulkan tabiat tidur, serta sering berfikir positif mampu membantu dalam mengurangkan sisa asid dalam badan.

10 Punca Kegemukan

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.

Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!

Jadi pembaca semua, hari ini saya akan kongsikan  petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).

Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.

Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.

Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,

Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk  mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot  secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.

JADI, sekarang semuanya ada pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.

Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punya impian, ada harapan dan cita masing-masing. Moga semuanya akan tercapai.

Sumber:
https://m.facebook.com/pages/Dr-Ezairy-MSallih/445828535528089?id=445828535528089&viewtype=public&__user=705022174