Showing posts with label Sembelit. Show all posts
Showing posts with label Sembelit. Show all posts

Monday, 8 September 2014

ANTARA RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN


Rawatan perlu diteruskan sehinggalah kanak-kanak boleh buang air besar seperti biasa. Antara rawatannya ialah:

1. Memupuk tabiat ke tandas – Kanak-kanak yang ada masalah sembelit perlu dibiasakan duduk di atas mangkuk tanda secara teratur. Ini termasuklah duduk di tandas selama tiga hingga lima minit selepas sarapan, makan tengah hari dan malam. Mereka perlu duduk di atas mangkuk tandas walaupun tiada rasa mahu buang air atau mereka sudah buang air sebelum makan. Untuk menggalakkan tabiat ini, ibu bapa boleh memberi pelekat atau bintang sebagai penghargaan.

2. Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air.

3. Buang pengalaman menyakitkan. Ini boleh dibantu dengan menggunakan ubat pelawas (makan) untuk melembutkan najis selama beberapa minggu. Ia akan memudahkan perjalanan najis dan memberi masa kepada luka untuk sembuh.

4. Ramai kanak-kanak takut terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Untuk mengatasinya anda boleh meletakkan bangku kecil dan rendah di atas kakinya.

5. Selain ini galakkan anak untuk makan lebih sumber serat terutama bagi yang ada kecenderungan mengalami sembelit. Berikan anak sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti plum, prun, kismis, aprikot dan pic (tidak perlu dikupas kulit).

6. Jika boleh, pujuk anak makan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari. Bagaimanapun ia bukan mudah jadi gantikan dengan bijirin seperti bran, gandum hancur atau oat. Elak bijirin yang diproses seperti emping jagung kerana ia kurang atau tiada serat.

5. Beli roti mil penuh dan bukan roti putih. Hadkan pengambilan susu lembu kepada 500 milimeter sehari dan elakkan minuman manis sebelum makan untuk merangsang dan memperbaiki selera anak.

6. Jika anda syak bayi (kurang 12 bulan) mengalami sembelit, bawa berjumpa doktor. Anda mungkin perlu menukar susu formula kerana ada yang tidak seusai untuk anak anda.

7. Bagi bayi berumur enam bulan ke atas, masukkan lebih buah dan sayur dalam diet mereka. Anda boleh beri prun atau aprikot yang direnih dan ditapis (tiga sudu makan setiap minggu) atau jus prun yang dicairkan.

***Nota kaki:
Kadang-kadang kanak-kanak nie bukan suka  sangat nak makan buah-buahan, tambahan pulak kalu nak suruh makan sayur-sayuran.....memang susah sangat....Nak minum air kosong pun susah...Mungkin dengan pengambilan supplement yang sesuai untuk anak-anak kita, dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit ini...

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com

PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH SEMBELIT


1.Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.

2 .Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.

3.  Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.

4.Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

5. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.

6. Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.

7. Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com

Sembelit Dalam Kalangan Kanak-kanak


Pernah tak anak-anak anda mengalami masalah sembelit..??? Kadang-kadang sampai 2 ke 3 hari masih tidak membuang...atau mengalami maslah sembelit... Lebih membimbangkan ialah kanak-kanak terutama yang masih bayi atau baru berumur setahun tidak pandai mengadu untuk memberitahu ketidakselesaan yang dihadapi.

Macam orang dewasa juga, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. Bayi yang diberikan susu badan akan  buang air setiap kali selepas disusukan atau sekali dalam masa tujuh hingga 10 hari.

Namun biasanya bayi yang diberi susu badan buang air sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hingga tiga hari. Mengenai kekerasan najis, anda hanya perlu bimbang jika ia menyebabkan anak mengalami masalah untuk buang air.

Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak khususnya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman  buang air yang menyakitkan.

ANTARA TANDA-TANDA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH SEMBELIT
1. Sakit perut (datang dan pergi)
2. Kurang lapar berbanding biasa
3. Berkelakuan resah dan tidak selesa
4. Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
5. Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
6. Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya.

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com

September adalah minggu SEMBELIT Supermomma

Salam qaseh..

Mama nak share masalah sembelit je minggu ni..bukannya mama ynag sembelit..mama ni sejak2 da amalkan Qaseh Adinda, dah tak pernah sembelit lagi tau.  Tapi entry kali ni mamaa nak story sket pasal sembelit dalam kalangan kanak-kanak.  Siapa yang tak risau kalau anaknya mengalami sembelit. Macam comel je muka diorang kan masa tengah dok berusaha nak ukkk ukkk...tapi naluri keibuan mesti ada terdetik rasa kesian kt anak2, mesti macam2 yang u'olls pikirkan..JOM baca ni:

Mama petik dari UTUSAN MALAYSIA je.

-----------------------------

Sembelit di kalangan kanak-kanak

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang.

Dr. Abd. Hamid berkata, apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.

‘‘Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu berhenti bermain,’’ ujarnya.

Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:

* Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering

* Kesakitan di bahagian abdomen

* Loya

* Muntah

* Kehilangan berat badan

* Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis ditolak masuk ke rektum

Ujar beliau, sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak mahu membuang air besar.

‘‘Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan pembuangan air besar.

‘‘Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Beliau menyarankan, dengan memakan lebih serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut.

Kadangkala, kanak-kanak memerlukan enema bagi mengeluarkan najis ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses sembelit.

Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran doktor.

‘‘Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius, tegas beliau. Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:

* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu

* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian

* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus

* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)

* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya

* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus

Credit to:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz3CmH8JS1A
© Utusan Melayu (M) Bhd

------------------

Semoga bermanfaat untuk semua..

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com