Showing posts with label homeschooling. Show all posts
Showing posts with label homeschooling. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

Float VS Sink

Hai mommies,

Selesai aktiviti menyuai padan huruf bersama humairas pagi tadi, kami sambung aktiviti kami dengan belajar tentang TENGGELAM dan TIMBUL.



Mula-mula mama gentel playdough tu bulat-bulat, then tanya mereka adakah playdough ni akan tenggelam atau timbul. Minta anak-anak teka apa yang akan berlaku. Before that, kenalkan anak-anak dengan apakah itu tenggelam dan apakah itu timbul. Toddlers like them mmg tak tahu apa itu tenggelam dan timbul, float or sink..so, better ajar dulu.. Then, mama jadikan playdough tu macam boa, leper dan nipis.. Macam biasa, tanya mereka.. Let them guess..macam-macam jawapan, siap gaduh lagi u olls..


Sesi pembelajaran diteruskan dengan sesi pengukuhan, mereka diminta untuk jadikan playdough tu timbul. Tak kira apa saja bentuknya..seronok..!!








Lastly, aktivity ni berakhir bila air dalam bekas tu tumpah merata..hihi..macam biasa mama akan jadi singa..awuummmm...!!

love,
MOMMA

Tuesday, 3 May 2016

12 KEBAIKAN MAIN TIUP BUIH




1) melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak keluar buih sabun tu pun sama, perbuatan menekan picu pistol memerlukan kekuatan otot jari dan tangan.

2) visual tracking skills - ikut arah buih buih yang bertebangan, ada yang bergerak perlahan, ada yang laju...ini memerlukan kemahiran visual.

3) eye-hand coordination - mencelup peniup buih kedalam botol buih sabun, memecahkan buih sabun dengan tangan, menangkap buih sabun yang bertebangan dengan peniup buih memerlukan koodinasi antara mata dan tangan.

4) sensory processing skills - buih teksturnya licin, basah dan melekit. Satu latihan sensory yang bagus untuk anak-anak.

5) oral motor skills - meniup buih sabun boleh membantu perkembangan otot-otot di sekeliling mulut

6) kemahiran sosial dan berkomunikasi - terutamanya jika mereka bermain bersama kawan-kawan. Sambil bermain mereka berinteraksi. Malah mereka juga dapat belajar mengambil giliran dan menjaga 'personal space' supaya tidak berlanggar sesama sendiri

7) kemahiran motor kasar - biarkan mereka melompat, berlari, mencangkung, menjengket dan mengejar buih-buih yang bertebangan

8) mengikut arahan - anda boleh beri arahan seperti pecahkan buih guna jari, picit, tepuk, cucuk. Atau berikan arahan untuk mereka mengikut giliran..Ain dulu, kemudian kakak dan sebagainya.

9) mengenali anggota badan - siapa kata boleh pecahkan buih guna jari je? Boleh guna siku, lutut, kaki..apa-apa sahajalah anggota badan yang anda suka.

10) kemahiran bahasa dan kognitif - tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak apa yang sedang berlaku. Contohnya, buih naik ke atas/ turun ke bawah, buih terbang laju/perlahan, ada buih dibelakang/ dihadapan, ada satu diatas kepala, ada buih di sebelah kanan/kiri, buih tu sangat besar/kecil dan sebagainya.

11) bilateral coordination - nak tiup buih sabun selalunya perlukan penggunaan dua belah tangan, satu pegang peniup buih, satu lagi pegang botol buih sabun..atau guna kedua-dua belah tangan untuk menekan picu pistol buih sabun

12) cause and effect - tiup keluar buih, tak tiup tak keluar la buih...ohhh...macam tu.

sumber rujukan : http://mamaot.com/

Monday, 2 May 2016

10 minit yang bermakna

Since hr ni HARI BURUH, mama nak wish HAPPY LABOUR DAY ye pd semua yg bekerja. Disebabkan kami tak kemana-mana hari ni jadi mama lakukan dua activities yang tak sampai 10minit pon kejadiannya.

Semalam tgk BACKYARD SCIENCE, hari ni kita apply experiment mudah yang bahan-bahannya hanya boleh dicapai didapur saja.😂😂

Activity 1: Osmosis

Dalam jar tu bancuh gula atau garam sampai tepu (pekat). Kemudian tutup mulut balang tu dgn kertas, dlm masa yang sama bancuh pewarna dgn air biasa dlm bekas lain. Terbalikkan dan lihat lah hasilnya..

Air dalam balang tak kan tumpah sebab molekul gula tu besar dan tak dapat nk tembusi liang kertas, tapi molekul air yg bewarna dlm bekas boleh menembusi liang kertas dan masuk dlm balang tu..selepas 5minit air dlm balang meningkat dan bertukar jadi warna pepel..hihi..




Activity 2: Dancing Coin

Yg ni mudah je..sediakan botol kosong yang kering pastu isi air panas dalam cawan. Letak coin ats mulut botol..dalam 1-2 minit dah nampak hasilnya..coin tu akan menari2 atas mulut botol..tapi sebab coin kita ni agak berat udara dalam botol tu tak larat nk tolak coin, jadi mama gantikan coin tu dgn vebisan kertas yv dibasahkan. Kenapa perlu basah? Sebab nk tutup keseluruhan mulut botol xnk kasi udara dlm botol keluar..

Aktivity ni boleh menarik minat anak tau. Bila?! Bila kita buang cawan air panas dan minta depa gosok kedua belah tapak tangan pastu pegang botol..bila udara dlm botol mengembang, molekul udara akan tolak kertas atau coin ke atas, sebab tu experiment ni kita panggil dancing coin, tp mama dh tukar jadi dancing paper..😋😁😋




#supermommahomeschool
#scienceexperiment
#10minutesactivities

Learning Preposition

Hai momies,

Hari ni si abang belajar preposition dgn jayanya. Mama sangka dia belum pon ada ilmu tentang itu, ghupenya ilmu dia lebih jauh dari mama. Malu je.. Mama nak ajar preposition ni pon ingat-ingat lupa, siap google lagi. Anything untuk anak-anak hebat mama.


Jom kita belajar PREPOSITIONS bersama anak hebat mama..!!











Menarik bukan? Even aktiviti ni simple je tapi sangat berbaloi bila anak-anak seronok dan belajar sesuatu tentangnya..mama bangga kerana Allah jadikan mereka sebagai harta akhirat mama.



Si abang dengan dunianya meneroka pelajaran hari ini. As sesi pengukuhan, mama susun semua PREPOSITION dan minta si abang susun kereta tu mengikut perkataan yang tertera. Alhamdulillah, setiap perkataan yang diuji si abang dapat recognizes dengan tepat, sebutannya juga jelas dan nyata..

Semoga kamu terus menjadi mujahid Allah satu hari nanti.

LOVE,
momma

Thursday, 28 April 2016

Fun learning with maths..!!

.Haziq (4years).
Belajar operasi tambah menggunakan lego. Mama.tunjuk satu step je, yang lain dia pilih dan buat sendiri.




.Alisya & Arissa (3years).
Belajar nombor dan countings menggunakan lego juga. Sementara mama set up si abang, the twinnies kena (1) match up the numbers dlu.. Lepas tu mama ajar (2) kenal nombor 1-5 je dlu..then mereka belajar (3) counting 1-5 guna lego bunga-bunga tu. Untuk sesi pengukuhan mama minta mereka (4) match up antara nombor dan bilangan bunga tu, (5) minta depa tunjuk mana nombor yg mama sebut dan (6) susun bilangan bunga berdasarkan nombor yg ada. Masing-masing teruja dan berebut nak tunjuk kehebatan masing-masing. Persaingan sihat yg membina..!!



#supermommahomeschool
#learningmaths

Simple Science Experiment

Our activities for today. Simple science experiment, make the complex observation.

Activity 1: Density
Ulang tayang aktiviti lepas sebab masa buat hari tu si abang merajuk sebab tak sempat nak masukkan ais dlm cawan ni..so hari ni kita ulang aktiviti yg sama.



Activity 2: Lava Lamp
Sepatutnya guna panadol soluble tp sebab dah tak ada,so mama ganti dengan eno halia..lava lamp ni just nak tgk air yg bewarna tu naik ke atas dan masuk dalam lapisan minyak tu. Mcm bubbles la..seronok diorang tgk bubble bewarna tu naik atas.



Activity 3: Cloud/ rain in a jar
Sebenarnya aktiviti ni nak tgk cloud dlm jar, tp mama kekurangan satu bahan iaitu spray rambut. Maka tak jadi cloud tapi jadi rain..haha..pon menyeronokkan mereka jgk.



#supermommahomeschool
#28april2016
#science_experiment

Simple Science Experiment

Our activities for today. Simple science experiment, make the complex observation.

Activity 1: Density
Ulang tayang aktiviti lepas sebab masa buat hari tu si abang merajuk sebab tak sempat nak masukkan ais dlm cawan ni..so hari ni kita ulang aktiviti yg sama.

Activity 2: Lava Lamp
Sepatutnya guna panadol soluble tp sebab dah tak ada,so mama ganti dengan eno halia..lava lamp ni just nak tgk air yg bewarna tu naik ke atas dan masuk dalam lapisan minyak tu. Mcm bubbles la..seronok diorang tgk bubble bewarna tu naik atas.

Activity 3: Cloud/ rain in a jar
Sebenarnya aktiviti ni nak tgk cloud dlm jar, tp mama kekurangan satu bahan iaitu spray rambut. Maka tak jadi cloud tapi jadi rain..haha..pon menyeronokkan mereka jgk.

#supermommahomeschool
#28april2016
#science_experiment

Sunday, 9 November 2014

Jom Membaca

Kajian Otak Mengatakan bahawa:
Membaca atau bercerita kepada anak anda akan membantu otaknya membesar dan menggalakkannya untuk menggabungkan bacaan buku dengan suara dan kemesraan.

Terdapat banyak cara untuk membantu anak tatih untuk suka membaca antaranya:

1. Menggalakkan anak tatih anda untuk bermain dengan huku seperti buku kadbod serbaguna.

2. Menunjukkan gambar di dalam buku dan menyebut nama objek.

3. Nyanyikan lagu kanak-kanak yang terdapat dalam buku.

Mempelbagaikan ton suara anda, membuat wajah yang kelakar atau membuat gaya-gaya tertentu ketika membacakan buku kepada anak anda adalah cara yang berkesan untuk merangsang minatnya terhadap buku dan juga cerita anda.

Bacakan buku untuk anak tatih anda sekerap mungkin. Namun, jangan mengambil masa yang terlalu panjang.

Thursday, 6 November 2014

Hasil kreativiti si anak

Salam Qaseh,



Pagi ni saja nak jamu mata kalian dengan lukisan anak laki saya (2y10m). Inilah yang terjadi bila ditangan ada buku dan pen..Yang tak tahannya tu masa beli pen dia pilih kaler pink...hmm...speechless jap..may be itu warna yang dia suka and mostly memang itulah warna yang selalu dia pilih baik dari kerusi, beg, basikal adik yang warna pink pon dia naik..Tolong jangan sekat minat anak tapi dalam masa yang sama ajar mereka dengan warna yang berbeza..risau jygak mama nanti kot jadi jambu plak anak jantan ku.. Never mind, he still our lil' baby..

Bila ditanya apa yang dilukis, ini jawabnya:
"Abang lukis mama, papa, Isya (kakak) & adik".

Hmm...tinggi sungguh imaginasi dia..plus cantik sungguh lukisan abang! Mama bangga sebab abang berjaya lukis mama! 'Dalam hati, nak jadi pelukis ke anak mama sorang ni..'

Dulu si abang ni suka conteng dinding, tapi sekarang ni agaknya dah matang kot so, kurang sikit la conteng ditempat-tempat yang dilarang tu. May be sebab mama dah gantung whiteboard kat dinding supaya abang dapat express kreativiti dia. Then sekarangni giliran adik-adik take turn conteng dinding and whiteboard tu. Good job anak! Keep it up! Hasil kerja kamu di dinding rumah mama tak kan padam sebab itu kenangan, bila kamu besar nanti baru kita cari alternatif lain untuk tutup contengan tu ye..hi hi hi...

Nota Qaseh:
Biarkan anak-anak mengekspresikan kreativiti mereka. Mak abah just dok diam dan lihat je. Tahan SABAR tu sebab mereka dalam proses belajar sebenarnya..Bersyukurlah sebab otak anak-anak anda sedang berfungsi..!


.Babai.

READING: Di pagi hari...

Salam Qaseh,

Our twinnies punya aktiviti di pagi hari Jumaat yang berkat..Semoga mereka mejadi seperti their big brother one day. Anak syurga mama memang suka MEMBACA. Tak kira di mana mereka berada..



.membaca amalan mulia.

Keep on reading dear, mama have to go work. Bila mama balik petang nanti then baru kita homeschooling bagai ye sayang! Seronok tengok mereka membesar dengan sempurna. Harap-harap mama dapat menjadi ibu yang sempurna juga untuk anak-anak mama. Semoga diri ini diberi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik mereka. Perasaan seorang ibu yang risau akan sistem pendidikan sekarang. Well said, because I'm a teacher and I know what happen today.

JOM momies out there kita sahut cabaran menyekolahkan anak-anak dirumah..Bagi ibu-ibu yang bekerja seperti saya, carilah masa walau 10minit untuk bersama anak-anak belajar. Risau sangat dengan peer influences sekarang ni. Nauzubillah, terjadi perkara-perkara negatif dengan anak-anak kita.

Frankly speeking, saya bangga dengan ibu-ibu yang tidak bekerja dan dalam masa yang sama menerapkan homeschooling di rumah mereka..Saya juga inginkan yang sama, tapi apakan daya rezeki harus di cari untuk masa depan anak-anak. Dengan masa yang ada ni lah saya gunakan untuk mendekati mereka walaupun 10 minit. Percayalah, kesannya akan dapat dilihat suatu hari nanti.





Pupuklah minat membaca dan belajar seawal usia anak anda..! Ramai yang bertanya saya, anak pada usia berapa sesuai diajar membaca dan beraktiviti...Jawapan saya cukup mudah, dari dalam kandungan dah boleh mulakannya..Saya bukanlah seorang PAKAR tapi saya banyak membaca buku-buku berkaitan perkembangan anak-anak. Ada masa nanti saya SHARE dengan kawan-kawan ye...! InsyaALLAH dengan sharing ni anda boley meneruskan niat anda..


.Babai.

MEMBACA: Itu Hobinya

Salam Qaseh,

Hobi MEMBACA ni genetik ke?! 
Anak laki saya ni suka sangat membaca since umur dia setahun lagi.

Bila dapat pen dan buku itulah yang terjadi. Macam gambar yang kat bawah ni. Bila seru nama pon tak menyahutnya..Apalaa yang dilukisnya, Khusyuk yang amat. Ini lah anak..


Satu lagi habit dia, pantang tengok BookStore kompem menjerit mintak nak books! Bila time hujung bulan, mama pokai la sayang. Tunggu gaji.. ha ha ha..Boley ke cam tu? Biasanya dengan anak-anak jangan berkira sangat. Tak ada duit kita adakan, cucuk la mana yang bulih di cucuk tu. Beli lah apa yang diorang nak asalkan bermanfaat untuk mereka.

YA! Saya dan suami selalu bawak anak-anak ke Kedai Buku. Biasanya Pustaka Rakyat di Senawang nuh. Sebabnya senang nak kawal. Maklumlah tiga orang hulu balang..Bila nampak buku je diorang lintang pukang tak dapat nak kejar. Menyorok-nyorok celah rak buku pon pernah diorang ni buat. Pengalaman mematangkan mama dan papa.. hi hi hi..

Dugaan je semua tu, yang penting diorang selalu didedahkan dengan buku-buku ilmiah. Kesannya bukan sekarang, tapi akan datang. Sesetengah ibubapa tidak menggalakkan anak-anak mereka membaca sejak dari awal usia. Katanya masih awal nak ajar membaca, nanti bila dah sekolah kena pakai spek mata la apa la.. 


Mentaliti sesetengah ibubapa sekarang lain dengan saya yang juga seorang ibu yang bekerjaya. Anak-anak juga perlu didedahkan dengan ilmu membaca selain bermain. Asalkan SEIMBANG walaupun masa yang diperuntukkan tidak lah seperti yang dijangka. Maksud saya..QUALITY TIME..even masa bersama anak-anak untuk beberapa aktiviti tu terhad tapi mereka PASTI seronok bila bersama-sama beraktiviti dengan parents. 

Ya! Saya juga mempunyai masalah masa...Semua orang diberi 24 jam sehari untuk disusun. Tapi kerja hakiki membataskan saya untuk bersama anak-anak in applying homeschooling. Tapi saya cuba untuk luangkan sedikit masa. Walaupun sedikit, ia cukup bermakna untuk mereka. 

10 minit yang BERMAKNA..!


Semoga bermanfaat untuk para ibubapa yang buntu dalam mengaplikasikan #homeschooling bersama anak-anak dirumah. Walaupun anda BEKERJAYA, anda juga pasti BOLEH melakukannya seperti mereka yang sepenuh masanya dirumah..

.Babai.

Mandi-manda di kolam 'itik' Tok Ba


Salam Qaseh,

Mata dah ngantuk, tapi AURA nak mengupdate BLOG tu membuak-buak pulak. 
Pedulikan apa orang nak cakap.

Nak jugak update story ni, last semester break kami BERCUTI di kampung bersama keluarga saya! Seronok bukan main sebab dah lama tak balik jenguk mereka di sana. RINDU yang amat la katakan. 

Tapi ini yang terjadi kepada mereka yang 'jakun' air..maklumlah kami ni penghuni Apartment jew. So, tak de lew nak berkolam-kolam bagai macam orang lain buat kat anak-anak depa. Eh..dah terkeluar loghat incik suomi plak dah..

Maka inilah hasilnya setelah seminggu berkampung di Meranti, Pasir Mas. Mereka adalah orang yang paling seronok bila lepas HUJAN. Lopak air Tok Ba jadi medan pertempuran mereka. 

Mula-mula si abang tengok-tengok je. Geli la tuu.. last-last terjoin skali ngan adik-adik. Dia plak yang lebih-lebih. Habis basah kasut depa..! Mama yang pening kepala tengok gelagat diorang.



Lopak air ni asalnya terjadi setelah hujan berhenti. Di situlah tempat air berkumpul..hi hi hi..rezeki kamu la wahai anak, dapat main lopak air. Maklumlah rumah Tok Ba ni tengah renovate, so belum sempurna lagi pengaliran air tu. Bak kata Tok Ayah Su, 'kolam itik Tok Ba tu bulih buat kolam main cucu'.. ha ha ha..


Inilah jadinya jika dibiarkan berlarutan. Tak pe la nak oii..Exposure to dirt is must!
Tapi ada jugak yang cakap mama ni tak pernah bagi anak main kotor. Adakah daku ni terlalu menjaga kebersihan terutamanya anak-anak?! YA..sangat menjaga..Kalau diorang sakit korang apa tahu. Daku jugak yang susah..


Okey done! Abang long pon dah nak masuk rumah tu..dah boring agaknya. Jom mandi dulu..Mama nak sental mana yang patut. Nasiblah anak oii dapat mama macam ni. 


........

Ini juga merupakan salah satu teknik homeschooling yang orang ramai tak perasan. Sebenarnya apa sahaja aktiviti yang anak-anak buat tu adalah salah satu bentuk pembelajaran. If anak conteng dinding rumah mak kena #redha sebab diorang dok tengah express kreativiti masing-masing. Makin banyak yang diconteng makin banyak yang mereka belaja. Mak ayah kena belajar redha je. hi hi hi...


.Babai.




Big Bad Wolf

Salam Qaseh to all momis out there,
Ini kisah semalam, kami satu family terjebak dengan Big Bad Wolf..seronok yang amat terutamanya anak-anak. Paling happy Abang Long la. DIa kalau dengan buku memang tak leh lari. Panang tengok BookStore mesti melompat nak kan buku. Mama pon kompius kenapa. Mungkin dari kecik mereka di ajar dengan buku-buku dan permainan yang menguji minda kot...



Somebooks that we bought from BBW at Rapid Mall Seremban 2.

#throwback 

Entry ni dah lama bersarang sebenarnya. Lepas balik BBW tu punye la excited nk update blog. hmm..Blog kemana BBW ke mana. Bila ada sesi kemas mengemas blog ni terjumpa balik draf untuk entry ni, jadi saya continue jela ye.. dari terus bersarang dan berhabuk..

.Babai.

FIELD TRIP: Taman Rama-rama & Reptilia...Part 2

Salam Qaseh to all momies out there,

Mama nak sambung STORY of our excitement field trip.


 Ini story pasal IKAN. Tapi lain yang disuruh tengok lain yang mereka buat. Sel-sel otak mereka sedang berhubung! hi hi hi.. Buat lah nak, asalkan kamu semua bahagia.


Masa ni kami dah nak sampai di garisan penamat. Plus masing-masing penat dan kelaparan. Tapi anak-anak still lagi cergas dan boley berlari-lari dalam MUZIUM ni. Dalam muzium ni semua 'bangkai' serangga yang telah diawet dan dicerminkan. You know what, my hensem boy still jugak takut dengan butterflies even yang telah diawet pon. Hmm...I'm thinking of something horrible happened to him yang berkaitan dengan rama-rama. Tapi apa ye?! Coz sebelum ni memang tak pernah pon dia exposed dengan serangga bagai. May be 'auta' je ni..


.Peacock.


See..how excited nya dia bila tengok peacock bukak ekor! Sebelum ni tak pernah tengok, hanya sekadar di TV je..Bia real depan mata ini lah jadinya. Semangatnya tu lain macam. Mama papa panggil pon buat tak tau je. #anakohanak yang besar gedabak macam ni tak takut plak. sekecik-kecik butterfly tu yang dia takutkan.. LUCU plak mama rasa. Kalau u olls nak tau, dulu abang long ni penah imaginasi peacock ni guna berus water colour je. He pronounce peacock as 'pichok' at that time. Try jugak scroll cari gambar yang dia buat ala-ala ekor 'pichok' kembang guna berus tu, tapi mana hilang ntah. Tinggi imaginasi budak ni.

Nak disambung ceritanya, rezeki anak-anak dapat lihat ULAR memanjat ranting kayu masa kitorang kat sana, then bila balik rumah si abang yang berimaginasi tinggi ni gentel kain yang mama tengah dok lipat tu dan dijadikan SNAKE, hmm..creative..minat sangat la tu...

Cuba spotted something dalam gambar ni. Tak tau nak kata apa dah. Kami memang dah flat sangat-sangat time tu, and he still kat sangkar peacock tu. Bila diberi green light je terus berlari ke sana. Padahal elok-elok je dok tengok burung kaler-kaler ngan adik-adik, bila mama cakap ' Abang nak gi tengo 'pichok' ke? Pegilaa, tak orang dah kat sana..' Dengan cargas nye dia terus berlari tanpa memandang ke belakang. ha ha ha.. Seronok sangat bila diberi green light. Rasanya dah boley agak binatang kesayangan dia. 
PEACOCK..!





Tengok lah hasilnya..Muka PENAT kan?! 
Hi hi hi kesian abang..




Finally, they got their UPAH. Tak pe lah sekali sekala makan jajan kan. Time-time darurat macam ni la anak-anak dapat merasa junk food. hi hi hi..


Introducing our precious anak-anak syurga!
ABANG LONG
Ahmad Nabil Haziq

 KAKAK
 Alisya Humaira

ADIK
Arissa Humaira


Dalam kereta pon dapat upah makan jugak.
Kesian diorang kepenatan gara-gara field trip ni.

Mereka happy, mama papa pon happy!

Alhamdulillah...berjaya meg'happy'kan anak-anak dengan cemerlang. Paling penting sekali tanpa penggunaan stroller. Mereka bebas meneroka. Exposed pada benda-benda kotor. Itu perlu untuk perkembangan otak mereka. Saya bangga bila mengaplikasikan konsep HOMESCHOOLING di rumah walaupun saya seorang ibu yang bekerjaya. Didikan ibu bapa adalah asas yang paling penting untuk KEJAYAAN anak-anak kelak. InsyaALLAH..


.Semoga bermanfaat untuk perkongsian bersama.

Tidak ada tujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Entry ini adalah bertujuan untuk menyuntik semangat para ibu bapa di luar sana untuk menerapkan konsep pembelajaran dirumah.
Spending with enough quality time is better then never!

Babai...

FIELD TRIP: Taman Rama-rama & Reptilia...Part 1

Salam Qaseh to all Momies out there,

#throwback story actually. But never mind lah, coz momma have her NEW excited feelings..! ha ha ha...well this is me..Cakap malay la lagi sonang. Pada 22.10.2014 hari, saya dan encik suami planning some SUPRISE field trip for our KIDs. Cari punye cari terjumpala satu tempat ni, 'Taman Rama-rama & Reptilia' di MELAKA. Ni pon sebab one of my colleague suggested this NICE place. For me, this place was VERY nice untuk anak-anak yang baru nak kenal serangga kecil-kecil.


.This is the entrance.
Mereka sudah mula excited dan tak sabar nak MENEROKA.



For the first time, anak-anak momma diberi KEBEBASAN untuk meneroka semua tempat, and they feel very happy and enjoy! My abang long keep screeming and told us that they scared of butterflies. YES..! Anak teruna ku takutkan rama-rama, Bila mama cakap 'we are here to visit butterflies'. Then, he keep bubbling 'abang takot butterflies, tak nak butterflies'. Tapi yang paling mengujakan ke'ecxited'kan anak-anak mama. My twinnes pon sama, menjerit sana sini menunjukkan tanda GEMBIRA la kot..


Hmm.. I think this is IGUANA kot..
Ini la masa yang memeningkan PAPA coz ketiga-tiga anak syurga mama pakat nak dokong sebab nak tengok heiwan tu. hi hi hi.. and mama keep capturing their pictures untuk kenang-kenangan. well...this is me..!!


The best moment ever! Bila mereka berpeluang melihat makhluk ciptaan ALLAH secara face to face. Tapi kan, ini yang membuatkan mama kompius seketika, KENAPA my twines princesses ni TAK takut ngan rerama lak ye..?! Where was my hero at this time?! Opkos la BERDOKONG ngan mama ni haa..hmm..and he still screeming when rama-rama tu hinggap atas kepala dia..ha ha ha..


Cuba tengok muka si abang tu..His face reaction bila butterflies tu hinggap kat tangan mama. #anakohanak


This is CROCODILE time! Mulut masing-masing bising try to pronounce crocodile dengan bahasa masing-masing. ha ha ha..double excited..


Mama mama...ni ostrich..and our lil' princesses dok 'ghalit' tgk EMU a.k.a ostrich abe long..
***mama pon kompius emu ngn ostrich tu sama ke?? haha..


The best moment ever! Ikan KOI ni memang JINAK. Nak pegang pon boley. My kids tak tahu takot plak ngan ikan ni. Silap-silap berenang-renang skali ngan ikan ni.. hi hi hi..


Okey lah, next time kita sambung Part 2 of our journey ye!

K babai...