Monday 10 November 2014

Pengaruh dan terpengaruh?! Mana satu pilihan anda?

Salam Qaseh,

Hi momies, disebabkan tengah hari tadi tertekan satu link masa kt sekolah td, rasa membuak2 nak balik rumah dan nak cuti panjang tu makin membara. Guess what?! Lupe lak dah nak save link tu..my bad..hajat di hati nak share ngan korang-korang sekalian. Tapi tak pe, next time jumpa balik link tu saya share ye..! Huu...

Gini..tadi terbaca satu artikel ni pasal aktiviti playdoh dengan anak-anak..jadi mama yang over excited ni cancel kan kelas tambahan dengan budak2 sebab tak sabar nak balik main playdoh ngan anak-anak. Ok fine! Next time ganti balik kelas tu..hihihi..never mind..!!

Okey, setibanya dirumah mama terus siap2 then masuk dapur capai tepung, air, pewarna makanan dan perkakasan yang lain dengan bantuan anak-anak.  So, mama create aktiviti sendiri la gamaknya..lain sikit je dari artikel tu. Opkosla kan, nanti kan dikatakan plagiat lak..hihi..plus mama memang over creative sampaikan tak terluah creativity nya tu.. upss...

Sebelum mama share apa aktiviti mama ngan anak-anak, sini mama nak share sesuatu fakta menarik tentang satu aktiviti dengan anak tatih anda (Apakah anak tatih? Anak yg berusia 18-21bulan a.k.a toddler). So, apakah aktiviti yang dimaksudkan?! Ya.. ia adalah PERMAINAN ULIAN.. Kenapa penting bagi anak-anak? Meh kita baca ni:

1. Dapur merupakan tempat yang terbaik untuk bermain permainan ulian ini.

(Tapi mama tak nak kotorkan dapur, jadi mama just let go diorang main dekat beranda luar with supervision)

2. Tunjukkan kepada anak anda cara menggolek doh mainan. Picit, pukul, cucuk dan melenyekkannya.

(Mama tunjuk cara bagaimana nak bancuh doh tu. Just prepare siap2 sepinggan tepung gandum dan secawan air setiap seorang. Pewarna makanan mama yang tolong titiskan dalam setiap doh yang dibancuh oleh sayang2 mama tu. Haa...sebelum tu tanya dlu what colour they prefer nak letak dalam doh diorang. So momies just prepare la macam2 colour kat dapur tu. Tak mahal pon sebotol pewarna tu. Boley guna untuk buat apam polkadot lagi..blink..blink you..!)

3. Berikan beberapa peralatan untuk digunakan ketika ulian, seperti batang ais krim untuk mencucuk, memotong, mengikis dan menyodok. Dia juga boley menggunakan penggolek dengan kedua-dua tangannya untuk meratakan doh.

(Tapi doh anak-anak mama xleh nk guna penggolek pon, sebab cair sangat. Maklumlah dioranag yang bancuh sendiri..hihi.. )

4. Dengan menggunakan acuan biskut, anak anda boley membuat "biskut mainan" untuk patung beruangnya.

(Tak terbentuk pon biskit tu sebab cair sangat adunannya, lepas tu diorang pakat buat hal sdiri..haha)



So, ini adalah starting aktiviti, semua suci bersih lagi.



Hasilnya setelah dicampurkan dengan air, lepas tu dah mula comot. Itu yang mama nak..treadmark mama "biar comot, asal dapat belajar sesuatu"



Ini hasilnya setelah dicampurkan dengan warna. Lintang pukang anak-anak mama! Never mind.. bagi mama ianya sungguh comel.



Antara alatan/perkakasan yang mama gunakan untuk aktiviti ni. Just grab mana yang ada.



Cuba tengok budak comot ni. Comot kan? Tapi diorang happy..yang penting diorang belajar sesuatu hari ni..



Dia adalah antara 'chef cilik' yang paling sibuk sekali antara adik-adik.



Setelah 30minit bergelumang dengan adunan tepung, inilah hasil akhirnya. Huh!..mintak nyawa nak kemas kecelaruan ni..lepas tu pakat main air lam toilet sambil mama menyental mana yang patut. Huu...kena tanggung la sebab mama yang nak aktiviti ni berlangsung..muahaha...be positive! Demi anak-anak terchenta..

Nota QASEH:
Biarkan mereka meneroka. Aktiviti indoor juga penting dan banyak manfaat yang akan diperolehi mereka sekiranya para ibubapa BIJAK meneroka bersama anak-anak tersayang. Laburkan sedikit WANG demi perkembangan si manja anda!

No comments:

Post a Comment