Sunday 5 April 2015

D.I.Y. Flashcard

Salam Qaseh,

Hari ni mama kelapangan sikit dan cuba nk upload entry yg dh bersawang ni. Naik aje cuti sekolah hari tu rasanya tak ada lagi hari yang mama dapat rasakan ketenangan dan ke'rilek'kan...bagi mama hari-hari adalah hari yang cukup memenatkan dan masa tu dipenuhi dengan kesibukan kerja..Moga ada yang memahami kehidupan seorang ibu kepada tiga org cahaya mata ini. Tugas dan tanggungjawab dirumah sangat mencabar berbanding di tempat kerja...huu...don't you expect more from me...please la..haish..rasa cam nak mengeluh je..daku redha..hihi..#bepositive

Okey dah, melalut je keje sat gi kelaut la nampaknya entry ni.

"Akak lagi prefer beli."
"Saya tak ada masa la nk buat."
"Lebih baik beli je, sonang kojo, jimat masa."

Ayat-ayat kat atas tu actually ayat yang biasa mama dengar sepanjang penghasilan flashcard ni. Mungkin ada betulnya jugak. Tapi bagi mama KEPUASAN semasa penghasilan flashcard sendiri demi anak-anak tercinta tu yang penting. Mama rasa setiap detik waktu yang mama luangkan semasa proses penghasilan flashcard sendiri tu berharga sangat. Nak mama senaraikan tak ?! Jom la kita baca sikit senarai kat bawah ni.

Berikut adalah senarai 'KEPUASAN' semasa proses menghasilkan flashcard:
1. First skali opkos la terasa kepuasanya bila dah sampai saat2 akhir proses tu.
2. Then, terasa sangat sifat keibuan nya tu bila mama sangat gigih stay-up sampai pukul 4 pagi untuk siapkannya.
3. Lagi kan mama rasa berharga sangat dan sangat dihargai bila anak-anak seronok sewaktu menggunakan flashcard tu. Tak gheti nak translate cam mana. Paham2 la sdirik ye.
4. Next, dapat involve anak-anak jugak. Bila?! Bila kita suruh diorang susun flashcard tu, pastu suruh diorang gunting, lagi minta tolong anak-anak kemas laminate film yg bersepah-sepah tu. Dalam masa yang sama boleh create bonding among them dan pupuk sifat tolong menolong jugak.
5. Lagi kan...dapat semai sifat 'menghargai sesuatu kepunyaan kita' dalam diri anak-anak. Bila diorang sendiri yang involve dalam setiap proses tu, dalam masa yang sama kita dah set dlm pemikiran mereka 'barang ni kita punya, kita kena jaga elok-elok'...
6. Tu je la kot untuk masa sekarang ni, kalau ada lagi kita senaraikan lain kali ye..


Pendek kata, kita akan rasa seronok bila anak seronok tengok gambar2 tu. Even the pictures are not real tapi ada cara lain untuk ajar mereka tentang 'real life'. Sebabnya mama ada terbaca satu artikel ni, kanak2 sangat peka pada gambar terutama gambar kartun. Betul..mama perasan perkembangan ni pada Abang Long, bila kita tunjuk gambar cartoon animals pastu tunjuk pulak video real animals actully dia boleh relate. So tak ada masalah la gambar real atau tak. Terpulang la pada parents, mama tak kisah. Mama just share pengalaman mama je dgn anak-anak.

Jom kita belajar cara nak buat flashcard yang mudah gilerrr and awesome ni.

Step 1:

Print dulu printable flashcard yang kita dah download berabad lamanya tu. Guna printer biasa je. Mama just guna printer CANON je pon. Mana nak download ye?! Actually kan mama dah download lama dh. Rasanya dekat 6 bulan dh kot bersawang dalam laptop ni baru ada kesempatan nak print masa cuti hari tu. Itu yang tak ingat web mana mama download ni. But, mommas out there boleh try taip 'printable flashcard' kat Google je. Nanti banyak link yang keluar, you olls boleh pilih mana yang berkenan nanti. Bukan mama tak nak share, tapi betul2 lupa web mana..so sorry tau.

Step 2:

Gunting je ikut shape, or just guna paper cutter. Oh ya, mama beli tau paper cutter ni. Haha..hover kan?! Lantak laa...

Step 3:

Gam kan gambar yang sama depan belakang. Why?! Satu gambar ada tulisan setiap objek untuk mama refer bila time nak ajar flashcard. Perkataan tu nanyi memudahkan mama bila tiba time 'loading' tu. Ada masanya kita terlupa kan, so inilah gunanya...hihi.. gambar yang kosong tak ada tulisan tu gunanya untuk tunjuk kat anak nanti. One day bila anak dah berusia 3-4 tahun mama dah boleh tune sikit, tunjuk gambar yang ada tulisan plak untuk practise vocab diorang plak..bijak kan?!

Step 4:

Step yang paling dinantikan oleh mama. LAMINATE kan semua yang dah digunting-gunting tadi..memang makan masa time ni. I'olls tidur pukul 5 pagi tau semata-mata nak siapkan ni..3 hari nak siapkan flashcard ni tau..fengsan...!!

Step 5:

Dah siap laminate tu kita gunting lagi. Pastu kan simpan mengikut topik and label la sikit takut tertukar nanti. Pada mulanya mama simpan dalam plastik je dlu. Lepas tu kan simpan lah dalam tupperware takut hilang.

Step 6:

Finally, mama dh upgrade sikit flashcard ni sebab penat tengok anak-anak sepahkan bila diberi peluanh meneroka. Lepas tu kan I la yang pening nak menyusun balik. So, mama came out with this idea. Just guna ring beli dekat kedai buku je. Senang kan?! Dan diorang pon seronok dapat belek-belek. One more things, flashcard ni tak kan hilang selagi ring tu tak dibuka..


Okey puas hati kan bila flashcard kita dah siap. Cuba la buat nanti tau. You olls akan rasa puas gilerr...percayalah..!!

Nak tahu kenapa mama lebih prefer flashcards (static objects) berbanding moving objects like apps in your gadgets?! Jom baca ni...

Okey, fisrt skali mama tak condemn sapa-sapa tau, mengikut pengalaman mama, gadgets ni berguna jugak sebenarnya tapi perlu dihadkan masa penggunaan tu. Hmm...macam mana ye nak explain supaya boleh jaga sensitiviti semua..okey frankly speeking, mama pon dulu pernah tersasar dari landasan sewaktu si abang kecik dlu, pernah jugak bagi TAB untuk dia scroll ups and downs educational apps, tapi makin lama makin menjadi2 ketagihannya tu sebabnya time tu mama tak hadkan masa. Time tu mama rasa bangga sangat bila anak pandai gadgets ni. Kecik-kecik lagi dah pandai. Orang cakap bagi jela sebab itu zaman diorang, tak perlu la nak compare dgn zaman kita dlu. Mama pernah tersasar lebih kurang setahun lebih. Bila mama sedar, masa tu Abang Long dah setahun setengah. Mama dah start homeschooling si abang masa dia berumur 8 bulan tapi still gadgets tu dibenarkan main tanpa ada had masa. Sebenarnya si abang ni lagi cepat belajar guna gadgets..tapi, dia lagi lagi cepat tangkap bila mama yang involve. Meaning that, kita yang sebut, kita yang buat bunyi not necessarily a movement from apps. Paham tak meaning dia?! Anak akan lagi cepat belajar bila ibu bapa yang sebutkan or buat aksi. Lagi satu, cuba expose anak-anak dengan rancangan TV yang educated like animal planets or TVIQ or anything else la. Tengok tapi jangan bagi diorang tengok sorang2, you olls kena involve skali, sebut dan nyatakan apa yang dipaparkan. Okey?! Lagi satu selalu la bawa diorang field trip ke shopping malls or parks. Sebut apa sahaja yang diorang nampak. Nyatakan apa kah objek tu..bagi la explanations tu sket..bley?! So, tak perlu gambar real kan?! You just get your child involved in real life..


Okey dah tahu kan kenapa mama lagi prefer flashcard? Mulanya rasa macam tak percaya dengan flashcard ni. Tapi dengan hanya 2 kali flash sahaja pada my twinnies, diorang lagi cepat tangkap and save dalam diorang punye memories, even sebutan tak berapa jelas lagi. But then, at least diorang try. Si abang mama tak risau coz dia memang dah tahu. Sometimes, abang akan ajar adik-adik jugak. Seronok tengok kerjasama diorang tu. Sweet jer. #bonding

Macam mana nak guna flashcard ye?! Mudah jer, jom belajar sama-sama.
1. Nama lagi flashcard kan? So, it just a flash no need a long explainations pon untuk setiap gambar. Just flash kan aja setiap gambar tu sambil sebut nama gmar tu.
2. Pastu you olls kena angkat next flashcard dari belakanh ke depan, atau dari depan ke belakang dulu baru sebut perkataan, kalau ada bunyi yang merujuk pada gambar tu you olls buatlah bunyi tu..anak-anak akan enjoy bila bunyi tu dari mama dia sendiri.
3. Every cards just 4-5 seconds only.

Itu aja..senang kan?! Jom la kita amalkan bersama. Setakat tu dulu untuk entry kali ni. Anything mama akan update pada entry lain.

.babai.

No comments:

Post a Comment