Wednesday 29 April 2015

Saya suka buku mama beli

Ini ghupenya kerja budak baru baek demam ni..tertonggeng-tonggeng dari tadi, ghupenya dok tengah buat exercise book dia

Friday 24 April 2015

KLIA dan mereka bertiga

24 April 2015 @ 8.30pm | Anak-anak mama bikin kecoh di KLIA 2..hihi..huru hara jadinya..stress makk.. si abang ni punyelah peramah orangnya..nampak tak oram putis blonde kt belakang tu?! Dia offer eskrem dia kt org tu..haha...malu mama...org putih tu pon dok melayan dia..aduh...pening makk...!!
(maaf di atas ke'blur'an gambar di atas)

Tuesday 21 April 2015

Cerita 1 Rejab bersama anak-anak

Salam Qaseh,


Bila papa offer nak belanja kami makan dan berbuka diluar, anak-anak lah yang paling seronok sebab dapat keluar.

Papa: Abang, kita nak pegi mana ni?
Abang: Tesco papa!!!
Mama: Kita nak keluar makan la abang.
Abang: Alaaa..abang nak pegi tesco.
Papa: Abang nak pegi tesco buat apa??
Abang: Abang nak beli mainan abang la papa. ( mungkin dia tuntut janji dgn papanya kot )
Mama: Abang ada duit ke?
Abang: Adaa...(dgn penuh yakin)
Mama: Mana duit abang?! Boleh mama tengok?!!
Abang: Sini...!! (Rujuk gambar dibawah)
Mama: ($:&@:&/)$&&:&&:@)-?.!$:
 
.sekian.
 

Tuesday 7 April 2015

A gift from him


Thanks a lot my dear hubster papa Nasron Nasir for the gift. Mama really appreciate that.. InsyaAllah ia akan menjadi panduan kita dalam mendidik anak-anak syurga menuju jalan yang diredhaiNYA. Seimbang dari segi sahsiah dan rohani dunia dan akhirat.

Sunday 5 April 2015

Puzzle dan kanak-kanak. How to handle it?!

Salam Qaseh,

Mama nk story sikit kisah hero mama yang sorang ni. Abang Long ni sangat gemar susun puzzle tau. Tak kira la puzzle jenis yang macam mana pon, janji namanya puzzle. Kecik ke besar ke asalkan puzzle. Mana datang habit ni pon mama tak tahu but he loves to do that wherever he is..

Bukan nak puji or pam pam anak sendiri. Tapi mama nak sharing sikit benefits main puzzle ni. For me it worth it if mommas beli kan anak-anak you olls puzzle.


Benefits atau faedah main puzzle:
1. They can be so creative. But don't expect budak boleh buat dan sambungkan dengan betul. Just let them be.
2. It is one of fine motor skills activity.
3. Fokus. Ya, puzzle dapat didik anak kita fokus dalam melakukan sesuatu. Percayalah..
4. Dapat mengaktifkan sel-sel otak mereka. Tak perlu beli susu brand mahal-mahal pon untuk anak minum. Hihi..boleh tak macam tu? Hahaha...
5. Pupuk nilai sabar dalam diri anak-anak. Sabar la sebab nak pastikan semua pizzle tu bersambung. Lepas tu kena sabar untuk pastikan shapes tu berhasil. Meaning that hasil akhir tu, kalau puzzle tu buterfly adakah hasil akhirnya tu buterfly. Itu maksudnya.
6. Keseronokkan dan rasa dihargai bila mereka berjaya menghasilkan shapes. Oarents bagi la award sikit. Pujian ke, even shapes yang disambung tu tak menjadi. Boleh tak?!

"Susah la anak sepahkan."
"Malas la nak kemas, benda tu kan kecik."
"Nanti bersepah...!!"
"Kejap je ni, nanti hilang la. Tak cukup geng."

Macam-macam alasan yang you olls bagi. Betul tak?! Actually, ada tak you olls pikir cara nak mengatasi masalah ini?? If ada, ianya memang TERBAEKKK..!!

Cara mama:
I put all of this puzzle in a BOX according their types and shapes, lepas tu label kan la setiap box tu. Mudah kan?! Modal tak ada?! Ketepikan...bukan mahal pon bekas tu, beli je dekat kedai RM2.00 tak perlunyang branded..Kalau rasa terbeban just cari plastik lepas tu ikat lah. Lagi berbaloi-baloi kan...Cara nak simpan ni sebenarnya pelbagai, its up to you sebenarnya.


Reaksi Si Abang bila berjaya siapkan puzzle train. His favourite puzzle actually.




See...betul kan mama cakap train ni pizzle kegemaran abang...





Kat bawah ni pulak puzzle GROLLIER yang mama beli hari tu. Mulanya rasa macam tak berbaloi and ada sedikit risau disitu. Bukan apa, dalam satu box besar tu ada 400pcs puzzle kecil2. Risau pulak takut hilang, but then mama just be positive. Tak nak under estimate anak-anak, dan ianya berHASIL. Betul...You olls jangan pandang rendah dan terlalu risau anak-anak akan baling or buang puzzle tu tau. Pernah dengar tak LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION tak?! Law ni sangat2 mementingkan sikap positif. Bila kita positif, minda bawah sedar kita juga turut positif. Tak caya? Cuba lah... anak-anak mama akan kemas dan simpan balik puzzle-puzzle ni lepas main. Jom try..!!



Berikut adalah ringkasan "Cara Nak Handle Puzzles" :
1. Simpan dalam box/plastik setiap puzzle yang ada. Asingkan siap-siap.
2. Labelkan setiap box/plastik terseut dengan shapes yang berkaitan.
3. Simpan ditempat yang mudah anak-anak nak capai.
4. Sewaktu bermain, pastikan anak-anak berada dikawasan yang lapang dan sunyi untuk make them fokus a lots.
5. Parents must be positive.
6. Don't under estimate kebolehan anak-anak untuk mengemas dan menyiapkan sesuatu puzzle tu.
7. Favour them untuk kutip dan kemas balik every pieces of the puzzles.
8. Simpan balik box/plastik tadi ditempat sepatutnya.


That's all..tenkiu..

.babai.

D.I.Y. Flashcard

Salam Qaseh,

Hari ni mama kelapangan sikit dan cuba nk upload entry yg dh bersawang ni. Naik aje cuti sekolah hari tu rasanya tak ada lagi hari yang mama dapat rasakan ketenangan dan ke'rilek'kan...bagi mama hari-hari adalah hari yang cukup memenatkan dan masa tu dipenuhi dengan kesibukan kerja..Moga ada yang memahami kehidupan seorang ibu kepada tiga org cahaya mata ini. Tugas dan tanggungjawab dirumah sangat mencabar berbanding di tempat kerja...huu...don't you expect more from me...please la..haish..rasa cam nak mengeluh je..daku redha..hihi..#bepositive

Okey dah, melalut je keje sat gi kelaut la nampaknya entry ni.

"Akak lagi prefer beli."
"Saya tak ada masa la nk buat."
"Lebih baik beli je, sonang kojo, jimat masa."

Ayat-ayat kat atas tu actually ayat yang biasa mama dengar sepanjang penghasilan flashcard ni. Mungkin ada betulnya jugak. Tapi bagi mama KEPUASAN semasa penghasilan flashcard sendiri demi anak-anak tercinta tu yang penting. Mama rasa setiap detik waktu yang mama luangkan semasa proses penghasilan flashcard sendiri tu berharga sangat. Nak mama senaraikan tak ?! Jom la kita baca sikit senarai kat bawah ni.

Berikut adalah senarai 'KEPUASAN' semasa proses menghasilkan flashcard:
1. First skali opkos la terasa kepuasanya bila dah sampai saat2 akhir proses tu.
2. Then, terasa sangat sifat keibuan nya tu bila mama sangat gigih stay-up sampai pukul 4 pagi untuk siapkannya.
3. Lagi kan mama rasa berharga sangat dan sangat dihargai bila anak-anak seronok sewaktu menggunakan flashcard tu. Tak gheti nak translate cam mana. Paham2 la sdirik ye.
4. Next, dapat involve anak-anak jugak. Bila?! Bila kita suruh diorang susun flashcard tu, pastu suruh diorang gunting, lagi minta tolong anak-anak kemas laminate film yg bersepah-sepah tu. Dalam masa yang sama boleh create bonding among them dan pupuk sifat tolong menolong jugak.
5. Lagi kan...dapat semai sifat 'menghargai sesuatu kepunyaan kita' dalam diri anak-anak. Bila diorang sendiri yang involve dalam setiap proses tu, dalam masa yang sama kita dah set dlm pemikiran mereka 'barang ni kita punya, kita kena jaga elok-elok'...
6. Tu je la kot untuk masa sekarang ni, kalau ada lagi kita senaraikan lain kali ye..


Pendek kata, kita akan rasa seronok bila anak seronok tengok gambar2 tu. Even the pictures are not real tapi ada cara lain untuk ajar mereka tentang 'real life'. Sebabnya mama ada terbaca satu artikel ni, kanak2 sangat peka pada gambar terutama gambar kartun. Betul..mama perasan perkembangan ni pada Abang Long, bila kita tunjuk gambar cartoon animals pastu tunjuk pulak video real animals actully dia boleh relate. So tak ada masalah la gambar real atau tak. Terpulang la pada parents, mama tak kisah. Mama just share pengalaman mama je dgn anak-anak.

Jom kita belajar cara nak buat flashcard yang mudah gilerrr and awesome ni.

Step 1:

Print dulu printable flashcard yang kita dah download berabad lamanya tu. Guna printer biasa je. Mama just guna printer CANON je pon. Mana nak download ye?! Actually kan mama dah download lama dh. Rasanya dekat 6 bulan dh kot bersawang dalam laptop ni baru ada kesempatan nak print masa cuti hari tu. Itu yang tak ingat web mana mama download ni. But, mommas out there boleh try taip 'printable flashcard' kat Google je. Nanti banyak link yang keluar, you olls boleh pilih mana yang berkenan nanti. Bukan mama tak nak share, tapi betul2 lupa web mana..so sorry tau.

Step 2:

Gunting je ikut shape, or just guna paper cutter. Oh ya, mama beli tau paper cutter ni. Haha..hover kan?! Lantak laa...

Step 3:

Gam kan gambar yang sama depan belakang. Why?! Satu gambar ada tulisan setiap objek untuk mama refer bila time nak ajar flashcard. Perkataan tu nanyi memudahkan mama bila tiba time 'loading' tu. Ada masanya kita terlupa kan, so inilah gunanya...hihi.. gambar yang kosong tak ada tulisan tu gunanya untuk tunjuk kat anak nanti. One day bila anak dah berusia 3-4 tahun mama dah boleh tune sikit, tunjuk gambar yang ada tulisan plak untuk practise vocab diorang plak..bijak kan?!

Step 4:

Step yang paling dinantikan oleh mama. LAMINATE kan semua yang dah digunting-gunting tadi..memang makan masa time ni. I'olls tidur pukul 5 pagi tau semata-mata nak siapkan ni..3 hari nak siapkan flashcard ni tau..fengsan...!!

Step 5:

Dah siap laminate tu kita gunting lagi. Pastu kan simpan mengikut topik and label la sikit takut tertukar nanti. Pada mulanya mama simpan dalam plastik je dlu. Lepas tu kan simpan lah dalam tupperware takut hilang.

Step 6:

Finally, mama dh upgrade sikit flashcard ni sebab penat tengok anak-anak sepahkan bila diberi peluanh meneroka. Lepas tu kan I la yang pening nak menyusun balik. So, mama came out with this idea. Just guna ring beli dekat kedai buku je. Senang kan?! Dan diorang pon seronok dapat belek-belek. One more things, flashcard ni tak kan hilang selagi ring tu tak dibuka..


Okey puas hati kan bila flashcard kita dah siap. Cuba la buat nanti tau. You olls akan rasa puas gilerr...percayalah..!!

Nak tahu kenapa mama lebih prefer flashcards (static objects) berbanding moving objects like apps in your gadgets?! Jom baca ni...

Okey, fisrt skali mama tak condemn sapa-sapa tau, mengikut pengalaman mama, gadgets ni berguna jugak sebenarnya tapi perlu dihadkan masa penggunaan tu. Hmm...macam mana ye nak explain supaya boleh jaga sensitiviti semua..okey frankly speeking, mama pon dulu pernah tersasar dari landasan sewaktu si abang kecik dlu, pernah jugak bagi TAB untuk dia scroll ups and downs educational apps, tapi makin lama makin menjadi2 ketagihannya tu sebabnya time tu mama tak hadkan masa. Time tu mama rasa bangga sangat bila anak pandai gadgets ni. Kecik-kecik lagi dah pandai. Orang cakap bagi jela sebab itu zaman diorang, tak perlu la nak compare dgn zaman kita dlu. Mama pernah tersasar lebih kurang setahun lebih. Bila mama sedar, masa tu Abang Long dah setahun setengah. Mama dah start homeschooling si abang masa dia berumur 8 bulan tapi still gadgets tu dibenarkan main tanpa ada had masa. Sebenarnya si abang ni lagi cepat belajar guna gadgets..tapi, dia lagi lagi cepat tangkap bila mama yang involve. Meaning that, kita yang sebut, kita yang buat bunyi not necessarily a movement from apps. Paham tak meaning dia?! Anak akan lagi cepat belajar bila ibu bapa yang sebutkan or buat aksi. Lagi satu, cuba expose anak-anak dengan rancangan TV yang educated like animal planets or TVIQ or anything else la. Tengok tapi jangan bagi diorang tengok sorang2, you olls kena involve skali, sebut dan nyatakan apa yang dipaparkan. Okey?! Lagi satu selalu la bawa diorang field trip ke shopping malls or parks. Sebut apa sahaja yang diorang nampak. Nyatakan apa kah objek tu..bagi la explanations tu sket..bley?! So, tak perlu gambar real kan?! You just get your child involved in real life..


Okey dah tahu kan kenapa mama lagi prefer flashcard? Mulanya rasa macam tak percaya dengan flashcard ni. Tapi dengan hanya 2 kali flash sahaja pada my twinnies, diorang lagi cepat tangkap and save dalam diorang punye memories, even sebutan tak berapa jelas lagi. But then, at least diorang try. Si abang mama tak risau coz dia memang dah tahu. Sometimes, abang akan ajar adik-adik jugak. Seronok tengok kerjasama diorang tu. Sweet jer. #bonding

Macam mana nak guna flashcard ye?! Mudah jer, jom belajar sama-sama.
1. Nama lagi flashcard kan? So, it just a flash no need a long explainations pon untuk setiap gambar. Just flash kan aja setiap gambar tu sambil sebut nama gmar tu.
2. Pastu you olls kena angkat next flashcard dari belakanh ke depan, atau dari depan ke belakang dulu baru sebut perkataan, kalau ada bunyi yang merujuk pada gambar tu you olls buatlah bunyi tu..anak-anak akan enjoy bila bunyi tu dari mama dia sendiri.
3. Every cards just 4-5 seconds only.

Itu aja..senang kan?! Jom la kita amalkan bersama. Setakat tu dulu untuk entry kali ni. Anything mama akan update pada entry lain.

.babai.

Saturday 4 April 2015

Skills

Salam Qaseh,
Skills that we learn tonight:
1. Gripping
2. Tracing 
3. Colouring
.Sekian.

.FINE MOTOR SKILLS ACTIVITY.

Salam Qaseh,


Rubber band and cans..Disebabkan oleh abang dah besar jadi abang guna tin besar sikit dari adik-adik. Game ni nampak senang kan.. Itu bagi kita yang dewasa, tapi bagi kanak-kanak seusia mereka ianya sangat sukar dan memerlukan daya ketekunan, ketelitian dan kesabaran yang sangat tinggi. Selain melatih otot tangan, mereka juga boleh belajar mengenal warna...!!

.ART PLAY.

Salam Qaseh,

The most favourite activity of all..Lets them draw their own creativity on a piece of white paper! Sonang cerita biarkan kanak-kanak berimaginasi dan melakar kreativiti mereka di atas sekeping kertas putih. At this age activity sebegini mampu menghubungkan sel-sel otak mereka tanpa perlu minum susu yang mahal pon..hihi..boley?!!




Water and colours sangat sinonim dengan kanak-kanak, jadi expose kan anak-anak anda dengan aktiviti yg menarik...tak perlu modal beribu riban.. hanya dengan modal tak sampai RM5 untuk beli tepung dan pewarna...

.SENSORY PLAY.

Salam Qaseh,



Our evening activity | Playing with BASIL SEEDS


Mulanya pakat geli geleman nak sentuh biji selasih tu..tp lepas 2,3 minit main terus tak ingat dunia..itulah budak...!! Seronok tengok diorang main...lega mama bila masa anak2 diisi dengan aktiviti yg bermanfaat..semoga ianya kekal sepanjang tempoh usia emas mereka..

Reaksi anak-anak:
1. Adik Alisya siap landing baek punye dalam tray
2. Kakak Alisya plak meleleh2 ayaq liuq ghalit sgt kot
3. Abang Long cakap basil seeds tu 'snails'
 
.sekian.

'hide and seek' of ALPHABETS





Salam Qaseh,





'Shake...shake..shake...and lets find your alphabets'

Alang-alang dh ada dyed rice, so mama create satu lg activity untuk anak-anak hari ni. Alhamdulillah dapat sambutan dari mereka.. Yang paling tak tahan bila si adik minta nk buka botol tu sebab nak pegang alphabets..stress makk..!! Selain dapat kenal huruf mereka juga dpt belajar ttg SOUND..all the best anak2 mama..

Thursday 2 April 2015

Reading is our passion

Salam Qaseh,

Tekun anak2 mama ni mentelaah...stress makk...bila la nk tido agaknya.
Bila tiba masa pandai pulak diorang ni cari buku. 
Macam dah paham je tyme untuk bedtime story ye..
#kipidup anak-anak mama.

Semoga ianya bermanfaat untuk kamu bertiga dunia dan akhirat.

.sekian.