Monday 5 December 2016

#throwback aktiviti

Salam Qaseh,

Inilah aktiviti mereka dikala masa terluang mama. Apa yang pasti mama pon turut serta jadi kanak-kanak ribena! Opkos la sebab zaman kanak-kanak mama dah lama lepas. Terliur gak weyh! 

Si abang dengan playdohnya manakala si kembar dengan bola bulu-bulu mereka. KPI mama untuk si kembar tu sebenarnya 'Soarting by colours' tapi lain yang dibuat mereka. Ada gaya masak-masak pon ye..hmm.. tak pe lah sebab mama positif even KPI tak tercapai. 



BERMAIN TANAH LIAT (Playdoh)

ANtara aktiviti yang boleh dilakukan bersama playdoh:

1. 
Bantu anak anda membuat bola dan ular.

2. 
Berceritalah tentang warna-warna tanah liat itu. Campurkan warna itu untuk menjadikannya lebih menarik.

3. 
Binalah bentuk-bentuk daripada tanah liat itu seperti bulatan, segi tiga dan segi empat sama.

4.
Buat bentuk huruf.

5.
Tekan dan golekkan tanah liat itu menggunakan kayu penggolek. Buat pelbagai bentuk di atas bahagian yang telah rata itu menggunakan mainan blok, alat permainan, sikat atau batu.

6.
Gunakan acuan biskut untuk membentuk biskut mainan.
(Pastikan anak anda tidak memakannya)