Thursday 5 January 2017

THEME

Hai olls,

Ketemu lagi kita ye..! Mak ingat kan mak ni dah lupe lirik..eh! Lupa password..hee~ Okey..hari ni mak nak bagi TIPS sikit..supaya korang tak stress memikirkan apa nak buat lepas ni dan lepas tu. Buat apa? Buat aktiviti dengan anak-anak lah..Jom baca tips yang tak berapa nak tips dari mak yang ting tong ni..


1.
IKUT TEMA

Mak baru jumpa cara paling MUJARAB ni baru-baru ini..So gigih lah mak ni memikir kan TEMA apa yang sesuai untuk aktiviti anak-anak. Paham ke paham? Jadi..gini....kalau korang memudahkan kerja korang, korang kena list down KPI yang korang nak anak-anak capai. Macam yang mak buat ni, mak nak anak-anak mak capai, contohnya mak nk depa gheti their BODY PARTS...so mak kena aim BODY PART je untuk certain periods..

Let say..

WEEK 1:
THEME - My Self

WEEK 2:
THEME - My Family

Jadi..mak akan pecah kepala memikirkan aktiviti apa yang sesuai utk ajar tema-tema tersebut... Jangan bimbang dan Jangan kuatir je mak mak..Sebabnya banyak contoh-contoh aktiviti yang agak menarik di laur sana.. Tinggal korang 'gugel' je..SO, dont forget to list them down..!



2.
TEMPOH MASA PELAKSANAAN

Selain itu, korang haruslah SET tempoh masa pelaksanaan aktiviti korang tu. Contohyang biasa mak buat adalah setiap TEMA tu mak biasanya mengambil masa SEMINGGU..and its up to you kalau nak drag sampai SEBULAN. Kalau korang ghase otak korang tu tak kan pecah memikirkan aktivti untuk tempoh sebulan tu..hihi..seminggu tu pon mak ghase nak terburai otak memikirkannya taww...


3.
DRAFKAN AKTIVITI

Setelah list down semua aktiviti korang tu..step seterusnya, korang kena DRAF kan semua aktiviti supaya korang tak lupa. Ini cara mak sebab mak ni jenis pelupa tahap gaban..hihi..Tapi kalau kornag tak nak buat step ni tak pe..ni nasihat je..klu tak berkesan jgn salahkan mak tau..Kalau korang ghase korang canggih sangat SAVE aje dlm phone tu..SCREENSHOT je semua aktiviti yang korang dh 'gugel' tadi tu..AMARAN KERAS! Jangan tau save je..tp simpan buat PEKASAM..haha..


Kat atas ni contoh draf yang mak lukis. Hanya mak yang paham tulisan dan contengan mak..DRAFT ni penting sebab korang akan rasa lebih yakin untuk bt aktiviti lepas ni sebab biasanya mak akan draft setiap aktiviti yg mak 'gugel' td berdasarkan bahan yang terdapat di rumah. Lebih spesifik dalam bilik mainan depa..atau stok BBM (bahan bantu mengajar) mak. Jadi, kita boleh sesuaikan mengikut keperluan dan kehendak anak. Tu lah key-point nya..hihi..jenuh nak terangkan.

4.
MENGIKUT KESESUAIKAN SI MANJA

Parents je yang paham 'peel' perangai anak-anak korang, jadi kena sesuaikan dengan kemahiran anak anda. Korang kena kaji terlebih dahulu KEMAHIRAN PELBAGAI anak korang tu. Eh! tak paham ye? Kemahiran pelbagai tu MULTIPLE INTELLIGENCE lah..Taxonomy Bloom tu sepupu sepapat dia..Tapi multiple intelligence ni Howard Gardner yang kaji. Paham ke idok?

Jadi perhatikan lah gerak geri anak-anak korang tu. Aktiviti yang disesuaikan dengan kemahiran pelbagai anak-anak ni dpt mengelakkan risiko patah hati mak mak..hihi..Kenapa patah hati? Sebab kalau anak jenis Visual-Spatial diberikan aktiviti logic maths mereka akan angkat bontot dan blah cenggitu jerr....jadi kesannya mak mak akan keciwe dan nangis bucu katil..


5.
SELARIKAN DENGAN PERKEMBANGAN ANAK

Nak create aktiviti ni bukan mudah. Ianya juga perlu seimbang dr segi kemahiran yang pelbagai. Dah jumpa kemahiran anak kita kena cari kemahiran yg sesuai dengan perkembangan anak pulak. Pening kan? Kalau ada modul kan sonang! Tak payah susah-susah nak pikir sampai pecah kepala macam ni. Okey mak bagi contoh:

Contohnya,
Kata lah si Alisya ni mempunyai Visual-Spatial dan Bodily-Kinesthetic...Jadi aktiviti yang sesuai untuk Alisya adalah menggunting, menampal dan mencari atau yang melibatkan pergerakan. Contoh aktivti yang akan mak buat adalah, Mencari gambar yang tersembunyi di sekitar bilik atau rumah berdasarkan apa yang mak sebut atau tunjuk..kemudian Alisya perlu menggunting gambar tersebut mengikut bentuk yang sesuai dan menampal pada kertas yang disediakan (matching games). Ni adalah contoh je tau.. Jadi mak-mak perlu alert dengan  kemahiran anak-anak. Next entry mak akan citer lebih lanjut tentang skills2 yang terdapat dlm dunia ni..


5.
HADKAN AKTIVITI

Dah siap draft tu, korang jangan lupa plak bahagi-bahagikan setiap aktiviti tu utk tempoh pelaksanaan yang korang dh bajet tu. Macam mak, mak akan aim sehari dlm TIGA ke EMPAT aktiviti sahaja untuk setiap sesi. Dan mak akan selang selikan dengan aktiviti pembelajaran (LITERACY LEARNING). Apakah itu? Google sendiri..jangan nak makan suap je kejenya..!


6. 
READY AWAL

Bila dah siapkan draft aktiviti tu jangan lupa plak sediakan bahan-bahan keperluan tu awal..kalau boleh sehari sebelum..atau sejam sebelum..Kalau dan dan tu baru nak cari gunting baru nak cari gam memang lepas tu korang akan cari anak-anak orang jugak..hihi..So, better sediakan awal semua benda2 tu supaya anak tak boring menunggu.. Kita yang dah tua ni pon tak suka menunggu kan.so samalah dgn anak-anak. mak biasanya akan ready sebelum mak masuk tido. So esok nya balik keje benda dah settle..anak-anak pon seronok "Okey jommm..mama nak buat aktiivit ni.." dan dan tu jugak depa sarung VEST Buzzy Bee Homeschool tau..anak-anak mak mmg sokmo #heksaited kalau dgr je mamanya nak buat aktiviti..



Okey..itu je TIPS yang tak berapa nak tips dari mak.. so tak de #halasan lah korang nak #bermalasan lepas ni. Dan tak ada jugak lah alasan yang mak-mak bekerja ni tak ada MASA untuk anak-anak. Penat letih tu letak bawah katil..simpan dalam TUPPERWARE ketat ketat jgn sampai kemalasan tu menghantui korang sudah lah. Pesanan penaja ni bukan tujuan untuk memerli atau mengecilkan hati sesiapa tapi juga untuk ingat bersama. *hugs*

.sekian.

Sunday 1 January 2017

SuperMomma Homeschool VS BuzzyBee Homeschool

Salam Qaseh,

Hai olls...dah lama i olls tak update entry..well...i'm quite busy setting up my life in my new school. What ever..!! So, bila 'hantu' rajin mak dah datang menyeru ni, maka terjadilah ghupe bentuk BLOG mak yang baru.. terRAJIN sket je dari biasa..*wink* *wink* But..the thing is, content nya tetap sama..and its all about HOMESCHOOLING.


Kalau dulu mak lagi prefer showing off my families potrait as header. Tapi sejak2 ahli bru tu dah lahir so, kita bt pembaharuan lah sikit. Bukannya apa tak nak orang boring bila baca blog mak ni..dan pembaharuan yg sikit ni agak simple..but it still nice..gitewww...!

Meh sini mak tunjuk header baru and my new background..gigih mak stay up tau siapkan dua benda ni.. dan mak berjaya lakukannya walaupun ada sikit masalah dgn password emel..haha...al maklumlah emel bukan satu..bukan dua...tp bersusun2 emel mak..dh xingt password tu dh satu hal.nk ingt nama emel pon dh lupa..paham paham la urat dh bnyk putus..hihi..


See....I've told you..header tu simple je..korang pon boleh bt kot...haha..saja je mak nk kecoh kan..kononnya hebat sgt lah nk mengedit bagai tu..padahal copy paste paste paste je pon..

Awatla time tangan dok ligat menaip entry ni otak mak pon ligat sama bekerja rewind balik moment moment indah ketika di rumah Desajaya Villa dulu.. huhu.. Mak really miss our home sweet home tu..#sadis betol sebab bnyk kenangan manis kt sana..hmm.. so rangkap ni tak de kaitan langsung dgn entry ni,,haha..

Okey...straight forward lah.. mak ni bila dh tukar header kompem kompem mak akan tukar jgk backgroundnya..kononya kretip lah..  gigih tau mak nak setting size..dhla header pon mak design sdiri..haha.. show off sgt kan..hihi..


Apa yang penting..link pon mak tukar skali..dan ianya lebih mudah di HAFAL dan di INGATI oleh follower mak yg tak berapa nak ada tu..#pasrah aja dgn ketentuan Ilahi..Eh tak de kaitan pon!

Kalau dulu masa mak create blog ni guna link www.supermommalovesyou.blogspot.com , mak rasa macam mak nak ada anak ramai-ramai.. so tak de spesifik tag utk setiap posting mak. Tapi bila si kecik tu dh lahir mak rasa macam nk retire and tutup kilang..haha.. That's why link www.buzzybeehomeschool.blogspot.com tu terhasil..

Hek eleh..sembang je lebih..retire kunun..silap silap tahun depan beranak lagi...ampun!! *tutup muka* maluuu..

Okey dh..kembali lah ke jalan yang lurus..Nama BUZZY BEE ni mak rasa sesuai sgt dgn anak-anak HEBAT mak yg sekarang ni masyaALLAH mulut.....haha..mengalahkan mak..pot pet pot pet...macam bertih jagung dalam periuk NOXXA giteww...'pop' 'pop' 'pop' bunyinye...langsung tak boleh duduk DIAM walaupun seminit.. ada je soklan cepu mas depa tanya. Maklumlah sel-sel neuron depa sedang berhubung..hihi..

Jadi, memang sesuai sgt lah BUZZY BEE tu dengan depa..They are always 'buzz'ing like bees. buzzzz....buzzzz..buzzzz...

Sekian dulu coretan mak untuk kali ni..sampai ketemu lagi di lain siaran...cewahh...Tak ada pulak  stesen TV yang nk jemput mak ni kan..well...mak is tak glemer!

.sekian.