Thursday 30 October 2014

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI ...... Part 1

====================
Imunisasi pertama bayi
====================

Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit-birit, bronkitis, ekzema dan lelah. Kolostrum sangat kaya dengan antibodi dan sel hidup yang mampu melawan serangan bakteria ataupun virus. Usah terpedaya dengan pendapat mereka yang menganggap susu awal berwarna kekuningan adalah 'susu basi' yang perlu dibuang. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyemai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

No comments:

Post a Comment