Wednesday 28 January 2015

Grollier: Worth it or not worth it..!

Salam Qaseh,

Macam dah lama je tak bersiaran kan? Actually sejak2 mama pegang jawatan 'tersibuk' di sekolah ni, tak sempat pon nak pengang tab..huhu...sibuk kan mama...harusla...

Okey straight to the point, mama nak story sikit pasal entry kali ni berkaitan home learning kits keluaran GROLLIER. For me, sangat-sangat berbaloi if setiap family memilikinya...once in a while, at least satu set Magic English tu je..



Ini la set yang mama maksudkan, masa beli ni kalau tak silap last 3 years, now magic english ni dah diupgrade ke Disney English dah, now buku kaler biru dan cartoon nya lebih real and banyak guna kartun dari programme Hi5..menarik bukan?!

Mama first tyme introduce Magic English tuk my first kids (Abang Long) masa tu dia 5month and he quite focus laa for about 5 to 10 minutes je...masa tu rasa macam tak berbaloi je beli..dah la mahal...then I keep showing him that video almost everyday (10 to 15 minutes per session)..same volume (No.1 : Hello) for a week..then baru tukar untuk second volume and so on...

Bila umur dia dah menjangkau 1 year mama dah mula start bagi buku and tunjuk gambar2 yang berkaitan. That's my way la..terpulang pada mommies if nak guna cara tersendiri.. at the same time, masa video tu tengah on, mama pon melompat and berjoget sama dengan anak. Now, Magic English dah diwarisi oleh adik2 pulak, but still ditonton oleh abang long, and now he can remember all of the lyrics dalam setiap CDs tu..he just turn to three last 11 January 2015..menarik kan? Memang berkesan...my son learning ABC's, numbers, colours, body part and other masa tonton video tu la plus HOMESCHOOLING yang mama buat dengan anak2..Grollier sangat2 membantu masa proses homeschooling kami..


NOW, mama dah upgrade ke full package...hihi..melampau kan?? Agak la...seriously, tak rugi dan ianya berbaloi-baloi..



Baru je dapat semalam, and now tak sabar nak guna...

Nantikan update seterusnya bersama GROLLIER...peace yo!!

.babai.

Tuesday 13 January 2015

Tadika seawal usia 3 tahun | Releven atau tak?!

Salam Qaseh,

Sebelum mama nak story pasal Sambutan Hari Lahir Abang Long 11 January 2015 baru-baru ini, izinkan mama dahulukan entry ni ye.. Ramai yang PM, SMS dan tak kurang jugak yang menghentam mama bulat2 sebab hantar Abang Long ke TADIKA seawal usia 3 TAHUN.. Sebelum mama teruskan entry ni JOM baca LINK ni dulu ye..Tolong BACA dan PAHAM kan betul2..

http://www2.hmetro.com.my/articles/Pembelajaranikutperingkatumur/Article

Dah habis baca??
Paham tak maksud artikel tu?!!

Ini pula pendapat mama KENAPA KE TADIKA KETIKA USIA 3 TAHUN?!
Korang pernah dengar tak THE GOLDEN AGE ?! Ya, golden ages adalah kanak-kanak diawal usia 0-6 tahun. Mental development diorang sangat kuat ketika ini. Disini mama sertakan sekali berkaitan 'The Golden Ages'..

Ya. Enam tahun pertama adalah tempoh kegemilangan untuk kanak-kanak:
1. Ruang intelektual
2. Emosi
3. Spiritual
4. Tingkah laku motor

Para penyelidik menyimpulkan, 50% pembentukan kecedasan seorang individu berlangsung ketika berusia 1 tahun hingga 4 tahun. Pada usia 8 tahun, ia menjadi 80% dan mencapai 100% pada usia 18 tahun.

Tugas ibu bapa adalah mempersiapkan suasana yang memungkinkan potensi-potensi yang dimiliki oleh anak supaya dapat berkembang secara optimum. Bagaimana?! Teruskan pembacaan anda ya...!

Okey, straight to the point dengan KENAPA KE TADIKA KETIKA USIA 3 TAHUN?! Ini pendapat mama:

1. Melihatkan kesediaan si abang long untuk belajar. Seawal usia 2 tahun dia sudah mula menunjukkan minat untuk membaca dan sukakan buku.

2. Tujuannya untuk berkawan atau 'social-life'..

3. Silibus tadika yang ringan dan bersesuaian dengan usianya 3 tahun.

4. Tempoh masa kurang dari 4 jam di tadika.

5. Keseronokkan bermain bersama kawan.

6. Supaya dia belajar berdikari dan berkawan.

7. Dekat dengan rumah dan persekitaran yang kondusif.


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak tersenarai buat masa sekarang ni. Nanti kita sambung ye..

And one more thing, mama hantar Abang Long ke tadika bukan untuk dia menguasai fizik, kimia atau mahir matematik seperti kebanyakkan orang yang suka menghentam sana sini tapi TUJUAN utama mama adalah untuk dia lebih mahir tentang kehidupan bersosial, berkongsi, berkawan, bermain, dll..Mama seorang guru, keluar pagi balik pula lewat petang..masa amat terhad untuk ber'homeschool'. Tapi setakat ini, setiap petang dan malam kami tidak pernah missed untuk ber'homeschool' termasuk adik-adiknya. Niat untuk fully homeschool kan anak-anak tu ada, tapi belum tiba masanya lagi. InsyaAllah satu saat dan ketika jika Allah izinkan mama menjadi WAHM..hahaha...#dreambig

Cara homeschooling mama yang juga seorang yang bekerjaya?! Nak tahu?! Jom baca coretan seterusnya...


PETANG BALIK DARI KERJA (if badan tak penat)
Aktiviti yang biasa mama buat adalah aktiviti diluar beranda. Memandangkan kami tinggal di apartment jadi aktiviti luar kami amat terhad. Ketika ini kami akan penuhkan masa kami dengan BERMAIN sahaja (water colour activity including bathroom art, play dough, dll). Biasanya aktiviti petang ni mama penuhkan dengan bermain permainan yang melibatkan motor skills and sensory skills. Biasanya aktiviti petang mengambil masa yang agak lama, sebab diorang akan leka dengan aktiviti mereka and it took around 30 to 60 miniutes.


MALAM SEBELUM TIDUR
Aktiviti yang biasa dilakukan kami adalah indoor activity. Biasanya dalam bilik tidur diorang. Masa ni lah mama akan ajar flash card. Kengkadang tu kami main susun2 blok, lego, pompom balls dll. Kami akhiri aktiviti kami dengan BEDTIME STORY. 30 minutes is enough for them... jangan lama sebab mereka akan hilang fokus. Ibubapa perlu turut serta dalam setiap aktiviti. Berjogetlah, melompatkan bersama mereka..kompem berkesan! Dalam masa yang sama mamapon boley kurus..huu..

WEEKEND
If ada kesempatan waktu dan tiada aktiviti lain, kami akan berjalan-jalan je. Tak kira jauh atau dekat. Paling koman pon pegi TESCO..every weekend mesti ada outdoor session, orang cakap field trip lah. Masa shopping groceries stuff tu boley ajar kan diorang what kind of friuts, colours shapes dll. Exposed kan diorang dengan real life. Bawak mereka ke taman-taman terdekat atau berjalan disekitar kawasan perumahan pon boley dipraktikkan. Temper tantrum?! Opkos la ada kan, but take as positive ways. That's all.

Adakah saya memaksa mereka untuk belajar?! Anda nilai sendiri..tepuk dada tanya hati. Bersediakah anda untuk mengajar mereka? Terpulang pada setiap individu.

.babai.

Tuesday 6 January 2015

It's a New Year 2015..!!

Salam Qaseh,

6 January 2015 | Terasa lama udah mama menyepi dari berbelog bagai..syukur mama panjatkan pada Allah swt kerana memudahkan proses membawa anak2 dan parents mama pulang ke Seremban last Sunday hari tu. #kamimangsabanjir

Okey straight to the point, celoteh kali ni mama nak story pasal bidang tugas mama as a teacher this 2015 session. Seriously sangat-sangat mencabar. Setakat meeting yang dua hari lepas ni mama rasa nak bernafas pon tersekat-sekat dah. Haa...mula la nak marah orang. Huhu..

Rasa macam tak de mood je nak mula kan sesi persekolahan kali ni..kalau dulu2 bersemangat jugak nak start mengajar. Bila bebanan tugas dah bertimpa-timpa atas bahu mula la nak jadi MALAS. Hmm..what can I say is, 2015 will be such a hectic year for me. So sad kan...baru 6 hari memulakan tahun baru, hidup ku sudah kucar kacir..hihi..apa kes?!

Actually, bebanan tugas yang terpaksa mama pikul ni mama akan cuba galas sedaya upaya walaupun ada rungutan sana sini. Sebab nya, one of my azam tahun baru is nak jadi orang yang berfikiran POSITIF. Kau hadooo?! Mampooo?! InsyaAllah I will manage semua bebanan tu sikit-sikit. Take it as challenge..bila lagi mama nak tunjuk bakat terendam ni kan. Dah lama dah rendam, kali ni kita timbul kan lah..amacam?! Ganas tak?! Hihi..

Okey, mama nak kongsikan sedikit tips bagaimana nak cipta 'Azam Tahun Baru' ngan korang. Mudah je...

.
.
.
Mungkin ramai yang rasa seperti baru saja buat azam tahun baru. Betul tak?!

Tiba-tiba datang pulak satu lagi tahun baru dan nak kena buat azam tahun baru 2015 pulak dah!. Memang masa terlalu pantas berlalu.

Menjelang sahaja tahun baru, semua orang akan bercakap tentang buat azam tahun baru.

Kalau tak cakap pun, tentu terdetik juga dalam hati, “…apa agaknya aku nak sasarkan tahun baru ni…!”

Samalah macam mama. Setiap tahun mama akan buat azam dan kali ini rasanya nak teruskan buat azam tahun baru macam yang sudah-sudah walaupun ada kalanya azam tinggal azam yang tidak tercapaipun.

.
.
.
Credit to: lupa dah mana mama dapat artikel ni sebab save je dalam evernote tu..thanks pada tuan punya artikel ni, dan saya telah pon share dengan kawan-kawan saya.


Buat azam tahun baru yang mudah dicapai
====================================

Setelah berahun-tahun buat azam tahun baru dan cuba laksanakan azam yang telah dibuat, saya perhatikan bahawa sentiasa saja ada azam tahun baru yang berjaya dilaksanakan dan ada juga azam tahun baru yang gagal sama sekali dituruti.

Malah ada azam yang dibuat hanya sekadar penyedap mulut yang tidak masuk ke dalam hati. Azam tersebut tidak ada kesan perubahan langsung pada diri atau kehidupan kita.

Apabila terbaca satu artikel tentang perbezaan orang yang gagal dengan orang berjaya baru-baru ini, baru saya perasan kenapa ada azam yang berjaya kita laksanakan dan kenapa ada azam yang sekadar mainan bibir.

Ada dua maksud utama bila kita bercakap tentang buat azam tahun baru yang mudah dicapai:

#01
Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik. Jika anda amat jarang baca Quran sepanjang tahun, janganlah pula dibuat azam akan baca Quran 15 juzuk setiap hari!!!.

#02
Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul. Cara kita pilih azam yang mahu dicapai itu penting. Ia menentukan samada kita akan berjaya atau tidak melaksanakannya apabila menjelangnya tahun baru.


Panduan buat azam tahun baru 2015
===============================

Bagi memudahkan kita buat azam tahun baru 2015 ini, saya berikan sedikit panduan mudah untuk sama-sama kita lakukan.

#01
Pastikan anda jelas antara Kewajipan dengan Azam

Kita kadangkala terkeliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka perlu dilaksanakan.


Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam adalah seperti berikut:

1. Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain

2. Menjaga perhubungan silaturahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain sepertinya.

3. Menjaga kesihatan seperti punyai berat yang seimbang dan tidak gemuk berlebihan.

4. Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagainya.

5. Menuntut ilmu. Semua tahu menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan pada kita dari kecil sampai mati dan ianya bukanlah satu pilihan nak buat atau tak mau buat.

* Jangan jadikan kewajipan sebagai azam tahun baru. Ada yang pilih azam tahun barunya adalah untuk menunaikan semua ibadah wajib. Anda tak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam sebegitu dan jangan dikaitkan perubahan tahun untuk perkara-perkara yang wajib dilakukan.


#02
Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam.

Jika anda pilih azam tahun baru adalah untuk kurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.

Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan. Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes gemuk di atas, anda sepatutnya buat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.



Berikut disenaraikan beberapa azam tahun baru yang menarik untuk difikirkan:
==========================================================

Ibadah
*
> Solat sunat Duha setiap pagi
> Solat witir sebelum tidur
> Selawat 100 kali setiap pagi dan petang
> Istigfar 100 kali pagi dan petang
> Puasa awal, pertengahan dan akhir bulan
> Membaca Al-Quran satu ‘Ain atau satu juzuk setiap hari.
> Bermuhasabah setengah jam setiap hari

Kesihatan
*
> Berjalan kaki 7 ribu langkah setiap pagi atau petang
> Makan nasi tengahari dan malam satu pinggan sahaja dan tidak bertambah
> Tidur pukul 10.00 malam setiap hari dan bangun pukul 5.30 pagi
>Tidur sebentar 20 minit sebelum atau selepas zohor
> Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari
> Minum air suam 8 gelas satu hari

Ilmu

> Habiskan membaca satu, dua atau lebih banyak, buku setiap bulan
> Mengikuti kuliah agama yang tetap sekurang-kurangnya sekali seminggu di surau atau masjid
> Bertemu dengan kawan yang berilmu sekali seminggu atau lebih kerap dari itu.
> Mendapatkan sekurang-kurangnya seorang kawan baru yang berilmu setiap bulan.
> Membaca Tafsir Al-Quran setengah jam setiap hari
> Membaca kitab Hadith setengah jam setiap hari
> Membaca sirah Nabi setengah jam setiap hari


Ekonomi

> Simpan RM50 sebulan atau lebih banyak dari itu ikut keupayaan
> Jumpa kawan-kawan usahawan seminggu sekali
> Beli dan jual barang sebulan sekali
> Jumpa 5 orang prospek pelanggan setiap hari
> Jumpa 2 pelanggan setia setiap hari
> Buat blog dan tulis 1 artikel setiap hari
> Kongsi maklumat di FB atau twitter setengah jam sehari
> Belajar kemahiran baru sebulan sekali
> Membaca maklumat perniagaan satu jam setiap hari
> Mengemas dan membuang atau menjual barang terpakai sebulan sekali
> Belanja kawan-kawan makan seminggu sekali


Demikianlah sedikit panduan buat azam tahun baru 2015 untuk anda yang masih lagi tercari-cari azam apa nak buat. Moga panduan yang tak seberapa ini dapat memberikan sedikit semangat dan pedoman untuk anda.

TQaseh,

.babai.