Tuesday 13 January 2015

Tadika seawal usia 3 tahun | Releven atau tak?!

Salam Qaseh,

Sebelum mama nak story pasal Sambutan Hari Lahir Abang Long 11 January 2015 baru-baru ini, izinkan mama dahulukan entry ni ye.. Ramai yang PM, SMS dan tak kurang jugak yang menghentam mama bulat2 sebab hantar Abang Long ke TADIKA seawal usia 3 TAHUN.. Sebelum mama teruskan entry ni JOM baca LINK ni dulu ye..Tolong BACA dan PAHAM kan betul2..

http://www2.hmetro.com.my/articles/Pembelajaranikutperingkatumur/Article

Dah habis baca??
Paham tak maksud artikel tu?!!

Ini pula pendapat mama KENAPA KE TADIKA KETIKA USIA 3 TAHUN?!
Korang pernah dengar tak THE GOLDEN AGE ?! Ya, golden ages adalah kanak-kanak diawal usia 0-6 tahun. Mental development diorang sangat kuat ketika ini. Disini mama sertakan sekali berkaitan 'The Golden Ages'..

Ya. Enam tahun pertama adalah tempoh kegemilangan untuk kanak-kanak:
1. Ruang intelektual
2. Emosi
3. Spiritual
4. Tingkah laku motor

Para penyelidik menyimpulkan, 50% pembentukan kecedasan seorang individu berlangsung ketika berusia 1 tahun hingga 4 tahun. Pada usia 8 tahun, ia menjadi 80% dan mencapai 100% pada usia 18 tahun.

Tugas ibu bapa adalah mempersiapkan suasana yang memungkinkan potensi-potensi yang dimiliki oleh anak supaya dapat berkembang secara optimum. Bagaimana?! Teruskan pembacaan anda ya...!

Okey, straight to the point dengan KENAPA KE TADIKA KETIKA USIA 3 TAHUN?! Ini pendapat mama:

1. Melihatkan kesediaan si abang long untuk belajar. Seawal usia 2 tahun dia sudah mula menunjukkan minat untuk membaca dan sukakan buku.

2. Tujuannya untuk berkawan atau 'social-life'..

3. Silibus tadika yang ringan dan bersesuaian dengan usianya 3 tahun.

4. Tempoh masa kurang dari 4 jam di tadika.

5. Keseronokkan bermain bersama kawan.

6. Supaya dia belajar berdikari dan berkawan.

7. Dekat dengan rumah dan persekitaran yang kondusif.


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak tersenarai buat masa sekarang ni. Nanti kita sambung ye..

And one more thing, mama hantar Abang Long ke tadika bukan untuk dia menguasai fizik, kimia atau mahir matematik seperti kebanyakkan orang yang suka menghentam sana sini tapi TUJUAN utama mama adalah untuk dia lebih mahir tentang kehidupan bersosial, berkongsi, berkawan, bermain, dll..Mama seorang guru, keluar pagi balik pula lewat petang..masa amat terhad untuk ber'homeschool'. Tapi setakat ini, setiap petang dan malam kami tidak pernah missed untuk ber'homeschool' termasuk adik-adiknya. Niat untuk fully homeschool kan anak-anak tu ada, tapi belum tiba masanya lagi. InsyaAllah satu saat dan ketika jika Allah izinkan mama menjadi WAHM..hahaha...#dreambig

Cara homeschooling mama yang juga seorang yang bekerjaya?! Nak tahu?! Jom baca coretan seterusnya...


PETANG BALIK DARI KERJA (if badan tak penat)
Aktiviti yang biasa mama buat adalah aktiviti diluar beranda. Memandangkan kami tinggal di apartment jadi aktiviti luar kami amat terhad. Ketika ini kami akan penuhkan masa kami dengan BERMAIN sahaja (water colour activity including bathroom art, play dough, dll). Biasanya aktiviti petang ni mama penuhkan dengan bermain permainan yang melibatkan motor skills and sensory skills. Biasanya aktiviti petang mengambil masa yang agak lama, sebab diorang akan leka dengan aktiviti mereka and it took around 30 to 60 miniutes.


MALAM SEBELUM TIDUR
Aktiviti yang biasa dilakukan kami adalah indoor activity. Biasanya dalam bilik tidur diorang. Masa ni lah mama akan ajar flash card. Kengkadang tu kami main susun2 blok, lego, pompom balls dll. Kami akhiri aktiviti kami dengan BEDTIME STORY. 30 minutes is enough for them... jangan lama sebab mereka akan hilang fokus. Ibubapa perlu turut serta dalam setiap aktiviti. Berjogetlah, melompatkan bersama mereka..kompem berkesan! Dalam masa yang sama mamapon boley kurus..huu..

WEEKEND
If ada kesempatan waktu dan tiada aktiviti lain, kami akan berjalan-jalan je. Tak kira jauh atau dekat. Paling koman pon pegi TESCO..every weekend mesti ada outdoor session, orang cakap field trip lah. Masa shopping groceries stuff tu boley ajar kan diorang what kind of friuts, colours shapes dll. Exposed kan diorang dengan real life. Bawak mereka ke taman-taman terdekat atau berjalan disekitar kawasan perumahan pon boley dipraktikkan. Temper tantrum?! Opkos la ada kan, but take as positive ways. That's all.

Adakah saya memaksa mereka untuk belajar?! Anda nilai sendiri..tepuk dada tanya hati. Bersediakah anda untuk mengajar mereka? Terpulang pada setiap individu.

.babai.

No comments:

Post a Comment