Monday 8 September 2014

September adalah minggu SEMBELIT Supermomma

Salam qaseh..

Mama nak share masalah sembelit je minggu ni..bukannya mama ynag sembelit..mama ni sejak2 da amalkan Qaseh Adinda, dah tak pernah sembelit lagi tau.  Tapi entry kali ni mamaa nak story sket pasal sembelit dalam kalangan kanak-kanak.  Siapa yang tak risau kalau anaknya mengalami sembelit. Macam comel je muka diorang kan masa tengah dok berusaha nak ukkk ukkk...tapi naluri keibuan mesti ada terdetik rasa kesian kt anak2, mesti macam2 yang u'olls pikirkan..JOM baca ni:

Mama petik dari UTUSAN MALAYSIA je.

-----------------------------

Sembelit di kalangan kanak-kanak

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang.

Dr. Abd. Hamid berkata, apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.

‘‘Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu berhenti bermain,’’ ujarnya.

Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:

* Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering

* Kesakitan di bahagian abdomen

* Loya

* Muntah

* Kehilangan berat badan

* Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis ditolak masuk ke rektum

Ujar beliau, sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak mahu membuang air besar.

‘‘Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan pembuangan air besar.

‘‘Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Beliau menyarankan, dengan memakan lebih serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut.

Kadangkala, kanak-kanak memerlukan enema bagi mengeluarkan najis ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses sembelit.

Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran doktor.

‘‘Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius, tegas beliau. Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:

* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu

* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian

* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus

* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)

* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya

* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus

Credit to:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz3CmH8JS1A
© Utusan Melayu (M) Bhd

------------------

Semoga bermanfaat untuk semua..

YourQasehIndependentDistributors,
018-3632671 (Nady)
@SunnahHealthDrinks
Supermommalovesyou.blogspot.com

No comments:

Post a Comment