Tuesday 30 December 2014

'Bahaya' Healing Crisis

Salam Qaseh,

Seperti yang dijanjikan mama nak share fakta sebenar 'healing crisis'. Jom baca entry kali ni sampai bawah.. Jangan scroll ups and downs je..BACA tau..baru anda tahu kenapa anda jadi begitu bila mengamalkan satu2 produk kesihatan yang kandungannya 100% dari bahan yang NATURAL..


Apakah itu healing crisis (krisis penyembuhan)?
*

Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan untuk penyucian dan pembinaan semula. Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat. Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa. Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi. JANGAN BERHENTI MAKAN SUPPLEMENT ANDA!!


Mengapa berlakunya krisis penyembuhan?
*

Salah satu sebab mengapa berlakunya krisis penyembuhan ialah apabila anda cuba menjalani cara hidup yang lebih sihat. Sebagai contoh,
sebelum ini anda makan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang betul, banyak makan makanan segera dan berminyak dan lain-lain. Apabila anda cuba pemakanan yang lebih sihat seperti banyakkan makan sayuran dan buah buahan, anda akan mengalami krisis penyembuhan.
Kalau sebelum ini anda tidak pernah berjogging atau membuat senaman ringan. Apabila anda mula bersenam, mesti keesokkan harinya anda akan berasa sengal2 badan. Betul tak? Itu juga adalah krisis penyembuhan sepertimana sekiranya anda mengambil suplemen atau produk kesihatan dari bahan semulajadi yang mula bertindak balas terhadap sel tubuh anda.

Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan atau side effect, sebaliknya ia adalah tindakbalas normal yang menunjukkan produk kesihatan anda berkesan. Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Sebelum pengambilan produk kesihatan, badan kita ada banyak toksin. Apabila anda makan sesuatu produk kesihatan semulajadi, badan anda mula membuang toksin dalam badan. Apabila kita terus istiqamah, toksin akan hilang dan badan akan menjadi lebih kuat dan sihat insyaa Allah.


Bagaimana cara untuk menghadapi krisis ini?


#01 Banyakkan minum air kosong
Organ dalam tubuh kita terdiri sari sel-sel. Sel memerlukan air untuk berfungsi. Untuk suplemen anda diserap dengan sempurna oleh sel, anda perlukan air. Tahukah anda berapa banyak sel ada dalam tubuh anda? Oleh sebab itu, anda perlu membekalkan air yang mencukupi untuk sel dan organ dalam tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, air kosong juga berfungsi untuk melancarkan pengeluaran toksin dalam tubuh.

CADANGAN : Setiap 25kg berat anda, anda perlukan 1 liter air. Jika berat anda 70kg, anda memerlukan 3 liter air setiap hari.

#02 Perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran
Selain air kosong, anda juga boleh mendapat bekalan air dari buah buahan serta sayuran. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan serat supaya toksin lebih mudah dikeluarkan melalui najis anda.

#03 Cuba amalkan pemakanan yang lebih sihat
Kurangkan perasa, garam dan gula dalam pemakanan anda. Cuba kurangkan panggunaan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia. Bahan kimia dalam kosmetik atau skincare akan mengakibatkan toksin semakin bertambah dalam badan dan menyebabkan krisis berlaku dalam masa yang lebih lama.


Bagi anda yang baru pertama kali mengamalkan produk kesihatan semulajadi ini, mama nasihatkan anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Jangan terus berhenti daripada mengambil suplemen tersebut, tetapi teruskan seperti biasa dan ia akan beransur-ansur pulih. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Idola. Malah ia adalah petanda yang bagus dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.


Tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.
*

Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..

Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan produk kesihatan semulajadi, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bila dicat baru, kereta kita cantik kembali.

Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan bahan semulajadi. Untuk ‘mencantikkan’ sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu… seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:

> Pening
> Mual
> Badan panas
> Demam
> Sakit kepala
> Sakit pinggang
> Mengantuk
> Muntah-muntah
> Berpinar-pinar
> Ulser
> Rasa tak larat
> Emosi terganggu


Selamat membaca..!!

.babai.

Monday 29 December 2014

Apakah itu G2 Idola..?

Salam Qaseh,

30 Dec 2014 | Posting kali ni mama nak cite pasal slimming produk yang mama ambil. Nama je slimming produk, tapi ia sebenarnya produk kesihatan yang dalam masa yang sama boley menurunkan berat badan kita secara semulajadi. Tak caya?! Meh baca entry ni sampai habis..

Korang mesti kenal kan Che Ta? Che Ta sekarang kan berpantang sambil bercuti di London. Kat bawah ni gambar dia. Terkejut kan tengok shape badan dia lepas bersalin, kalau dulu macam dipam pam je..kagum mak jemah. Actually Che Ta ni pon consume produk sama macam mama consume iaitu IDOLA..Lepas tu bila Che Ta berpuas hati dengan produk ni Che Ta secara RASMInya dilantik sebagai DUTA produk..Hebat bukan?! Silap-silap hari bulan mama pon boley caras job Che Ta..verangan..!! Boley jadi testimoni Idola pon jadila...




Jom kenali IDOLA sama-sama. Mama pon still study pasal kandungan dalam Idola. Yer lah, nak share ngan korang mudah la sikit..

.
.
.

REALISASIKAN BENTUK BADAN ANDA
*
Formulasi terbaru kepada mereka yang menginginkan bentuk tubuh 3x lebih langsing. IDOLA merupakan terapi PHYTO (tumbuhan) dihasilkan melalui Bio-Aktif NANO dengan sebatian 100% tulen terapeutik & KESAN SAMPINGAN.

Ia berjaya mempercepatkan proses penyingkiran lemak degil & berlebihan dengan lebih mudah, disamping dapat mengekalkan keseimbangan metabolisma badan dalam menentang pembentukan selulit serta mampu menegangkan otot-otot kulit yang kendur.




Antara EKSTRAK BAHAN SEMULAJADI yang terkandung dalam Idola:
#01 Garcinia Cambogia (Asam Gelugor)
#02 Oat bran & serat
#03 Mulberri
#04 Coleus Forkohlii (Daun Ati-ati)
#05 Aloe Vera
#06 Biji Chia (Chia Seeds)
#07 White Jelly Fungus (Cendawan putih)
#08 Protein (Protein kacang / Whey protein)

Kalau korang nak yang lagi details boley layari website G2 Network Sdn. Bhd. (www.g2network.my)..Dah percaya?! Kompem kan 100% natural?!! Jom la kurus dengan mama, tak der geng la nak kurus sama-sama.. Bila bergeng ni syok jugak. Boley sharing perkembangan, barula syiok plis lebih bersemangat..

Hmm..apa la gi ye yang korang patut tahu pasal Idola ni ye..mmmm...cara pengambilan la kot kan..?!

CARA PENGAMBILAN
*
1) Campurkan satu sachet Idola dengan 200ml air suam, kacau dan minum segera.

2) Week 1: Ambil 2 sachet sehari sehingga mendapat berat yang ideal.

3) Week 2: Ambil 1 sachet sehari sahaja untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

Apa yang best nye Idola ni bila kita dah dapat berat IDEAL and try nak stop berIDOLA pon tak de hal, sebabnya badan tak kan jadi boom balik..means tak perlu risau berat akan naik balik. Kenapa?! Sebab pengambilan Idola berdasarkan kandungan semulajadinya menstabilkan hormon badan kita. Jadi tak perlu risau jadi GEMOXS balik.. Laki dan perempuan sesuai mengamalkan Idola ni. So, its better kalau couple yang diet sama-sama jadi mereka boley saling support each other..wahhh..romantiknya..!!

Sekotak Idola ada 14 sachet dengan harga RM280 sekotak. Kalau REGISTER as ahli just bayar RM290 dan u olls akan dapat 2 kotak produk dari G2 Network. So, u olls boley pilih nak ambik kota IDOLA, IDAMAN atau INSAS. Terpulang..nanti mama akan update pasal IDAMAN & INSAS ye..tunggu..!!

Tujuan mama update entry ni bukan niat nak menjual produk, tapi mama seronok nak sharing KEBAIKKAN produk Idola ni. Memang best bila kita study khasiat setiap kandungan dalam Idola..Contohnya, mak2 kita zaman dulu dah lama amalkan minum air asam keping. Pernah dengar?! Rendam 3 keping asam keping ke dalam segelas air suam, lepas tu minum.. Ada ke mak2 zaman cyber sekarang ni nak menelan air asam keping tu hidop2? Kalau mama, kirim salam jer la..Tak sanggup mak jemah.. Lepas tu, mengikut pembacaan mama baru-baru ni tentang aloe vera atau lidah buaya, org zaman dulu-dulu lenyek jeli aloe vera tu lepas tu campir dalam air suam tambah madu sikit pastu minum..Caya?! Try la search kat encik google..naya...mama memang surender awal-awal. Semua ni hanya untuk menurunkan berat badan dan kekalkan berat badan. Itu yang seronoknya Idola ni, semua dalam satu. Tak de lagi istilah "Beauty is pain" tapi digantikan dengan "No Idola, No Weight Loss"..kau hadooo?! Hihi...



Gambar atas ni adalah texture Idola, best sangat.. Rasa macam minum oat tapi lagi sedap berganda-ganda dari oat..Betul..Cubalah..Ada rasa masam-masam sikit sebab aloe vera plus mulberri tu..lepas tu Chia Seeds memang nampak ketul2 dia..sebelum ni mama memang amalkan chia seeds pon..tapi chia seeds saja. Just rendam 1sudu chia seeds dalam 1.5 L air. Pastu minum dan habiskan dalam masa sehari lepas tu mama alas dengan 1.5L air lagi..so total intake air adalah 3L. Seriously minum air chia seeds ni betul-betul buat mama rasa kenyang even tak makan. Itu dulu la..Now boley je nak terus amalkan minum air chia tu..apa salahnya..mana tau lebih cepat kurus..hik3..

Okey, mama rasa dah cukup kot sharing pasal Idola ni. Now mama nak fokus diet..giler2 diet..tunggu lah hasilnya nanti.Tak sabar nak sharing gambar sebelum dan selepas..kih3..over kan..lantak lah..

.babai.

Sesi Menurunkan Berat Badan Part 1

Salam Qaseh,

30 Dec 2014 | Dah lama rasanya tak menaip, oh ya terms anak2 muda skrg 'keyboard warrior'. What ever..! Entry kali ni mama nk story sket kisah mama menurunkan berat badan..or maybe next entry or next two or three entry lagi pon pasal kuruskan badan.. Opkos la, I pon nak kurus cantik meletops macam anak dara hokey...untuk siapa?! Untuk siapa lagi kalau bukan my beloved teddy bear, incik suomi tersayang..niat tu dah ada..insyaAllah akan diteruskan sehingga mencapai target dan berat badan yang ideal..

Jom kita mulakan dengan BISMILLAH. Semangat untuk kurus demi anak-anak dan suami..Tujuan?! Tak usah ditanya la..sudah tentu nya untuk kekal sihat, cantik, cergas dan menarik..hahaha..Hover!!


Starting weight before diet is 68.0kg..berat kan mama..sebab tu sekarang mama suka menyendiri je terutama time sesi bergambar..lebih baik tolong orang captured gambar dari mama show off kegemukan mama ni..buat maluuu jerrr....hihi..

Actually mama nak sharingmpasal satu product ni..bukan niat untuk menjual pon! But, sharing is caring kan?! Kalau sebelum ni mama dah try pelbagai jenis cara diet termasuk Diet Athkins pon..turun tak banyak pon dalam 2,3 kilos je per weeks..lepas tu naik balik sebab selalu cheating makan nasi and carbo terlebey..kih3..my bad..tak boley nak salah kan jenis diet tu pon..mama pon dah try satu slimming products glemer jygak, tak perlu lah nak mentioned hokey..and of course tak jalan jugak..

And finally, mama terjumpa the best products ever..tak mahal sangat just mampu milik, dalam masa yang sama siapa2 yang minat sangat2 nak mencuba BISNES online mahupun offline pon boley go on dgn products ni..nak dijadikan cerita macam mana mama boley terjumpa products ni, masa tu mama scroll ups and downs newsfeeds FB then tertengok status sorang kakak ni, dulu dia jual tupperware and mama pernah beli sekali je tupperware dengan dia. Tangan mama ni cepat je tekan link personal profile akak tu dan terus PM dia..and opkos mama dah terpengaruh dengan cara dia promote tu. Dan dan tu jugak I registered as ahli and dapat 2 kotak products. Tanpa pikir panjang mama terus tanya encik suami dan dia terus bagi GREEN LIGHTS..haha..biasanya papa ni susah nak setuju apa yang mama nak beli..kih3..nampak sangat nak mama kurus selim melin...okey fine!! Mama sahut cabaran papa..demi anak-anak terchenta..



Hahaha...tadaa...2 kotak IDOLA products keluaran G2 Network Sdn. Bhd. And mama percaya korang mesti tak pernah dengar nama company ni kan?? Yes..company ni baru je established Mac 2014 hari tu..and products baru masuk around September 2014..baru TIGA bulan u olls..Dan tak perlu risau, opkos ada pengesahan HALAL dari Jakim dan KKM..Cara pengilangan berstatus GMP (Government Manufacturing Products) bersih dan dijamin selamat..siap ada insurans lagi u olls..itu yang best...if ada berlaku benda yang tak diingini kita dijamin oleh ALLIANZ Berhad..Nauzubillah..

Okey, mama nak story sket pasal HEALING CRISIS kat sini, nanti mama akan update entry khas pasal healing crisis ni. Don't worry okey..! So, healing crisis (HC) ni adalah effect selepas pengambilan satu2 produk..Biasanya HC ni hanya berlaku jika content atau kandungan produk itu adalah terdiri daripada 100% bahan SEMULAJADI..Meaning that bahan dari sumber herba-herba semulajadi atau pelbagai lagi. Ini ringkasannya tentang HC..




Now, mama nak story apa yang mama rasa sekarang. First day berIDOLA ni. Opkos sekarang healing crisis is on..rasa pening-pening, mulut berbau, badan penat dan paling penting mata nak tidurr je..tapi mama ambil ni secara positive. Jangan dilayan sangat..hihi..Cara pengambilan IDOLA jntuk permulaan adalah 2 sachet sehari. So, mama ambil pagi tadi around 8.00am and now 12.00pm dah still rasa kenyang dan rasa tak lalu makan..haa..itu petanda yang baik..kalau tak, time2 macam ni mama tengah melantak nasi bagai..kih3..uppss..next intake adalah jam 2.00pm nanti. Uish..tahan ke? Opkos la tak tahan, tapi mama still jugak makan, just makan biskut sikit, roti sekeping, telur....pendek kata mama perlu lebihkan intake protein masa diet ni..baru la cepat berkesan..haha..tak sabarnyerrr..nanti mama share tips diet cara IDOLA nanti..

Next post mungkin mama nak citer sket pasal produk ni..uishh banyak lak janji nak publish entry itu ini, ntah jalan ke tak..doa kan ye..So, sapa-sapa antara korang yang nak diet cara mama bersama IDOLA moh la PM. Mama bersedia KONGSI rahsianya..nak jadi ahli terus pon boley..

.babai.

Thursday 25 December 2014

‪#‎PrayForPantaiTimur‬

Salam Qaseh,

Kami dari @SunnahHealthDrinks dan keluarga mendoakan yang ‪#‎terbaik‬ buat seluruh warga Pantai Timur yang dilanda musibah banjir. Semoga kalian tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Pencipta. ‪#‎bepositive‬..Sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. InsyaALLAH..



"Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah SWT. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit." -TGNA-

.babai.

Sayang kamu hingga hujung nyawa..!!

Salam Qaseh,

Buku baru...buku baru...buku baru beli..haha...thanks papa belanja mama buku..tak sia-sia jenjalan kat KIP Mart tadi..hahaha..dengan segera mama habiskan..layankan aja lah hobi baru mama ye papa Nasron Nasir..tqaseh papa..!! Sayang papa hingga hujung nyawa...




Nak habiskan baca malam ni sementara anak-anak tak de ni..chaiyok mama!! My new hobi...nak beli semua buku keluaran PTS..mampooo??!!

.babai.

Wednesday 24 December 2014

Mamat moto itu suami ku...

Salam Qaseh,

Okey hari ni baru berkesempatan nak story sket pasal my hubby..dah hampir 2 tahun lebih encik suomi ulang alik dari Senawang ke Cyberjaya untuk sesuap nasi..And almost 1 year jugak lah si dia ulang alik naik motor.. Dan baru hari ini mama berkesempatan nengok si dia nunggang moto..siap follow dia lagi..kebetulan mama pon nak ngisi minyak kete..so we meet again di Petronas Senawang. Mama ni actually nak ke pekan, itu sebab kami keluar rumah sama-sama.. what a coincidence kan..padahal saja je nak follow..




Bila first time tengok mamat moto ni, dalam hati terdetik hensem jugak suomi mama ni.. hik3..patut la abang long pon hensem..hohoho...semoga papa sentiasa dalam lindungan Allah. Selamat perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja. Melihat kesungguhan dia bekerja, hati mama sebak tetibe..Seriously, mama bangga ada suami macam papa..! I LOVE you papa from deep of my heart..Pengakuan apakah ini..Okey dah.. [fullstop]

.babai.

Tuesday 23 December 2014

Penang here we come! ~ ....Part 2....

Salam Qaseh,

Welcome to Butterfly Park...Our second trip to Butterfly Park..memang suka dengan butterflies even anak-anak dah pandai buat muka ala-ala takut bila mama papa sebut pasal butterfly.. Kali ni kami pusing satu Pulau.. tup tup dah sampai Pantai Batu Feringgi..nak singgah pantai time tu baru jam 2 pm.. macam tak betul je nak main pantai..lagi pon anak-anak dah mandi tadi dekat Petronas..so kami matikan niat untuk singgah main pantai just menikmati pemandangan beach aja..!

Masa nak cari jalan pulang, mama tertengok signboard Taman Rama-rama..so mama suggest nak singgah..papa pon setuju.. Lupo plok nak captured gambar depan Butterfly Park dekat Batu Feringgi tu..huhu..

Ni entrance, masa ni abang long takut coz ada sorang anak India ni menjerit sebab ketakutan, jadi terkesan pada anak-anak syurga mama jugak..sedey...tapi mama papa berjaya control..so kami teruskan perjalanan..hihi..enjoy our trip..



Meh jamu mata dengan sebakul gambar kami di Taman Rama-rama Batu Feringgi..Biar gambar pulak berbicara..iyolah...




















Finally, mama berpeluang pegang butterfly..anak-anak pon cuba beranikan diri nak sentuh-sentuh butterfly, bagi lari sikit ketakutan mereka..enjoy..!!



We're one complete happy family till jannah..InsyaALLAH...Try cari perbezaan antara dua gambar tersebut..!!





Tengah-tengah taman ada titi kecil..maka mereka bertiga asyik mencari fish..hmm...mama panggil nak bergambar pon tak dilayan..masing-masing sibok melayan fish plus mulut pot pet pot pet cakap bahasa yang mereka aja yang paham..hihi..




Jom kita bergambar dulu di pondok kecil..untung terbeli monopod hari tu..worth it.. memang berguna sesangat..kalau tak jangan harap mama dapat masuk gambar,, huhu..lantak la orang nak cakap mama genok ke apa..janji dapat bergambar bersama anak-anak dan suami.. Itu yang penting..!!





Okey..abang long tersepit..bergambar dalam keterpaksaan je semua ni..sebab mama betul-betul memaksa di sini..haha..kesian..janji dapat satu dua gambar family..cun!!






Jom sambung lagi...



Sesi pemerhatian bermula...spot the same habits here..anak bapak..!!






Dah..jom masuk dalam pulak..cari air-cond pulak...cari insect pulak..



Masa ni mama papa ambil peluang bergambar berdua..hihi..kau hado..?! Anak-anak dibiarkan bermain seketika..



Seiring dan sejalan...my other half...


Bila mama cakap 'Papa ni serious la bila bergambar..!! Dan ini lah hasilnya..tengok bawah..!


Reptiles in the houz..

KATAK



Hasil hari ini diakhiri dengan KEPENATAN mereka...







Macam biasa, kami akhirnya pengembaraan kami dengan aiskrim...haha.. macam dah jadi treadmark je..hihi..







Dah...jom sambung Part 3 pulak...ringkas tapi padat..haha..

.babai.

Gusar hati seorang ibu..

Salam Qaseh,

Malam ni jantung mama tak henti-henti berdegup kencang..risau memikirkan keadaan anak-anak dikampung..nun jauh beribu batu..huhu..apala nasib..terpaksa berpisah dengan buah hati mama walau seketika..tanggungjawab disini menanti..beban kerja yang tak pernah mengerti..wahh..berfalsafah pulak..


Semoga Allah mempermudahkan mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan tempat2 yang sewaktu dengannya.. Ya, kami salah seorang mangsa banjir yang terperangkap dek kerana kampung sudah menjadi pulau..a week ago, before mama balik Seremban, kami terpaksa berpindah ekoran air di dalam rumah mula naik mencecah lutut..mujur ada pakcik dekat-dekat area rumah kami..thanks Ayah Su sebab tumpangkan kami selama 2 malam..

Kali ni nak include skali kisah banjir dan anak-anak..Bila air dikaitkan dengan budak, memang tak boleh nak story lebih, u olls mesti paham..berendam sampai pucat biru pon tak de nye nak naik...itula budak..!! Same goes to my lovely anak-anak.








Waktuni air dah mula naik..in split second dah mula memasuki rumah kami..kekalutan apakah ini..kami mengemas apa yang patut..menyelamatkan barangan berharga..kata orang empangan Siam pecah..jadi kami terpalit sama dengan banjir..tak pernah-pernah kawasan kami naik air..Allah nak uji kita sekelip mata je..kami redha..





Seusai surutnya air bah, kami pulang untuk membersihkan rumah, sakit pinggang mak jemah ni menggonyoh lantai..keesokkan malamnya mama terpaksa meninggalkan anak-anak kerana terpaksa hadir ke sekolah atas tugas hakiki yang menunggu.

21.12.2014 | masa untuk menaiki bas pulang ke Seremban meninggalkan buah hati di kampung..Dengan perasaan gundah gulana, bercampur baur nak dengan tak nak balik..hmm..akhirnya mama akur atas nasihat si ayah..mama akur meninggalkan anak-anak dikampung..

Hari-hari baca paper, hari-hari tengok berita dan hari-hari jugak lah mama kol Mi tanya khabar anak-anak dan air..sebab sebelum balik ke Seremban Ayah Su khabarkan ada gelombang kedua akan berlaku sebab Siam nak lepaskan air empangan mereka atas sebab keselamatan..alhamdulillah, banjir tak kunjung tiba ditenpat kami..mama bersyukur sangat-sangat Allah masih mendengar doa mama..

Malam ni pulak, entah kenapa jantung ni asyik berdegup kencang je..nak kol Mi takut gangu Mi tidur...Risau..bercampur baur perasaan ni..Bila memikirkan anak-anak nun jquh dari mata..hanya doa mampu mama kirimkan untuk mu anak-anak ku..Semoga kamu dan seluruh ahli keluarga mama dilindungi dari musibah banjir..tak lupa seluruh aarga Kelantan yang turut sama terkena musibah ini..Mungkin ada hikmah disebalik semua jni..hanya redha yang mampu diungkap..



Mama rindu mereka..rindu nak dengar gelak tawa..tangis hiba anak-anak mama., rindu jugak nak jadi harimau jadian..hihi..semoga Allah melindungi anak-anak mama..amin..mama sayang kamu nakk..!!

.babai.