Monday 22 December 2014

Kidah saya seorang 'BLOGGER'

Salam Qaseh,

Tajuk entry macam gempaq..tapi simple je sebenarnya entry kali ni..pendek je.. #sentap bila papa ajukan soalan "Mama dah jadi blogger ke sekarang?!"
Tau la ayat mama bila berbelog ni tunggang langgang, tapi tak payah la perli..itu ayat perli namanya tu..hihi...Tapi kalau ye pon apa salahnya kan..asah skill writing sebab lepas ni angan-angan Mat Jenin mama nak tulis buku barang sebijik dua..lol..

Tak tau la kenapa, mama akan rasa segan bila mama tengah berbelog tetibe papa tersengeh dok curi-curi baca celoteh mama..hmm..selalunya mama akan cakap "Papa jangan la baca, kalau nak baca tunggu mama publish dulu, baca je kat Blog.." hahaha.. papa kejam..!!

Kenapa saya suka tulis Blog sekarang?!

1. Keseronokkan berkongsi cerita
Mama akan rasa lega dan seronok dalam khayalan fantasi mama sendiri. Seronok berkongsi cerita suka duka dalam mendidik anak-anak terutamanya. Takut nanti mama hilang ingatan, belog ni la jadi pengubat untuk sembuhkannya..haha..dan salah satu ikhtiar untuk mama jadikan Blog ni macam diari hati mama..sebab sebelum ni diari tu beli je dan tak pernah terconteng. Masuk tahun baru je diari lah benda paling utama yang mama sibuk cari, tapi lepas tu langsung tak sentuh. Kononnya, azam baru srtiap tahun nak catat semua planner setiap hari dalam diari.. Lastly, diari ke mana mama ke mana..ke laut..!!

2. Adanya tips berguna untuk pembaca
Tips terutamanya untuk aktiviti homeschooling. Mama ni bukannya seorang PAKAR dalam Homeschooling ni, tapi mama banyak membaca dan belajar dengan encik google..apa yang mama buat dengan anak-anak mama akan kongsikan. Manalah tahu kan, perkongsian mama ni dapat membantu ibu bapa yang buntu untuk melakukan aktiviti seterusnya dengan anak-anak mereka. Semoga dapat membantu dan tiada tujuan RIAK dan TAKBUR pon..

3. Kepuasaan
Mama paling puas bila dapat share sesuatu melalui GAMBAR..lebih elok gambar yang bercerita, sebab kadang tu bila kita bercerita saja-saja orang tak akan PERCAYA 100% tentang cerita kita..Banyak orang akan ingat mama suka reka cerita. Sebabnya mama ni dah pernah terkena sekali. Bila mama cakap si abang dah kenal ABC 123 sejak umor dia baru nak menjangkau 2tahun, orang tak percaya pon, dan mereka masih boley memerli dan mentertawakan mama..hmm...apa kes! Dan sekarang terbukti homeschooling memang berkesan. Time 'the golden ages' ni la yang patut kita gunakan sepenuhnya. Next entry will be 'The Golden Ages'..apakah itu umur keemasan?! Tunggu...Sekarang ni pon dah ramai anak-anak yang mula mengenali abjad seawal usia 2 tahun.. momies tak nak try ke?! Jom laa..

Itu aja..mama rasa sungguh bahagia dikurniakan suami mithali dan penyayang, nasib tak tersalah pilih dulu..uppss..hahaha..choiii...!! Anak-anak yang comel lote..lantak je if ada orang cakap anak kita tak comey..yang penting doa mereka untuk kita suatu hari nanti. Mama tak nak anak-anak mama kerja biasa-biasa je..mama nak mereka BERJAYA dunia dan akhirat. Sama-sama seiring dan sejalan..itu harapan seorang ibu..hmm..teremosional pulak..

Okey dah, sebelum lebih panjang kita stop dulu...#hanging

.babai.

No comments:

Post a Comment