Tuesday 23 December 2014

Gusar hati seorang ibu..

Salam Qaseh,

Malam ni jantung mama tak henti-henti berdegup kencang..risau memikirkan keadaan anak-anak dikampung..nun jauh beribu batu..huhu..apala nasib..terpaksa berpisah dengan buah hati mama walau seketika..tanggungjawab disini menanti..beban kerja yang tak pernah mengerti..wahh..berfalsafah pulak..


Semoga Allah mempermudahkan mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan tempat2 yang sewaktu dengannya.. Ya, kami salah seorang mangsa banjir yang terperangkap dek kerana kampung sudah menjadi pulau..a week ago, before mama balik Seremban, kami terpaksa berpindah ekoran air di dalam rumah mula naik mencecah lutut..mujur ada pakcik dekat-dekat area rumah kami..thanks Ayah Su sebab tumpangkan kami selama 2 malam..

Kali ni nak include skali kisah banjir dan anak-anak..Bila air dikaitkan dengan budak, memang tak boleh nak story lebih, u olls mesti paham..berendam sampai pucat biru pon tak de nye nak naik...itula budak..!! Same goes to my lovely anak-anak.








Waktuni air dah mula naik..in split second dah mula memasuki rumah kami..kekalutan apakah ini..kami mengemas apa yang patut..menyelamatkan barangan berharga..kata orang empangan Siam pecah..jadi kami terpalit sama dengan banjir..tak pernah-pernah kawasan kami naik air..Allah nak uji kita sekelip mata je..kami redha..





Seusai surutnya air bah, kami pulang untuk membersihkan rumah, sakit pinggang mak jemah ni menggonyoh lantai..keesokkan malamnya mama terpaksa meninggalkan anak-anak kerana terpaksa hadir ke sekolah atas tugas hakiki yang menunggu.

21.12.2014 | masa untuk menaiki bas pulang ke Seremban meninggalkan buah hati di kampung..Dengan perasaan gundah gulana, bercampur baur nak dengan tak nak balik..hmm..akhirnya mama akur atas nasihat si ayah..mama akur meninggalkan anak-anak dikampung..

Hari-hari baca paper, hari-hari tengok berita dan hari-hari jugak lah mama kol Mi tanya khabar anak-anak dan air..sebab sebelum balik ke Seremban Ayah Su khabarkan ada gelombang kedua akan berlaku sebab Siam nak lepaskan air empangan mereka atas sebab keselamatan..alhamdulillah, banjir tak kunjung tiba ditenpat kami..mama bersyukur sangat-sangat Allah masih mendengar doa mama..

Malam ni pulak, entah kenapa jantung ni asyik berdegup kencang je..nak kol Mi takut gangu Mi tidur...Risau..bercampur baur perasaan ni..Bila memikirkan anak-anak nun jquh dari mata..hanya doa mampu mama kirimkan untuk mu anak-anak ku..Semoga kamu dan seluruh ahli keluarga mama dilindungi dari musibah banjir..tak lupa seluruh aarga Kelantan yang turut sama terkena musibah ini..Mungkin ada hikmah disebalik semua jni..hanya redha yang mampu diungkap..



Mama rindu mereka..rindu nak dengar gelak tawa..tangis hiba anak-anak mama., rindu jugak nak jadi harimau jadian..hihi..semoga Allah melindungi anak-anak mama..amin..mama sayang kamu nakk..!!

.babai.

No comments:

Post a Comment