Monday 2 May 2016

10 minit yang bermakna

Since hr ni HARI BURUH, mama nak wish HAPPY LABOUR DAY ye pd semua yg bekerja. Disebabkan kami tak kemana-mana hari ni jadi mama lakukan dua activities yang tak sampai 10minit pon kejadiannya.

Semalam tgk BACKYARD SCIENCE, hari ni kita apply experiment mudah yang bahan-bahannya hanya boleh dicapai didapur saja.😂😂

Activity 1: Osmosis

Dalam jar tu bancuh gula atau garam sampai tepu (pekat). Kemudian tutup mulut balang tu dgn kertas, dlm masa yang sama bancuh pewarna dgn air biasa dlm bekas lain. Terbalikkan dan lihat lah hasilnya..

Air dalam balang tak kan tumpah sebab molekul gula tu besar dan tak dapat nk tembusi liang kertas, tapi molekul air yg bewarna dlm bekas boleh menembusi liang kertas dan masuk dlm balang tu..selepas 5minit air dlm balang meningkat dan bertukar jadi warna pepel..hihi..




Activity 2: Dancing Coin

Yg ni mudah je..sediakan botol kosong yang kering pastu isi air panas dalam cawan. Letak coin ats mulut botol..dalam 1-2 minit dah nampak hasilnya..coin tu akan menari2 atas mulut botol..tapi sebab coin kita ni agak berat udara dalam botol tu tak larat nk tolak coin, jadi mama gantikan coin tu dgn vebisan kertas yv dibasahkan. Kenapa perlu basah? Sebab nk tutup keseluruhan mulut botol xnk kasi udara dlm botol keluar..

Aktivity ni boleh menarik minat anak tau. Bila?! Bila kita buang cawan air panas dan minta depa gosok kedua belah tapak tangan pastu pegang botol..bila udara dlm botol mengembang, molekul udara akan tolak kertas atau coin ke atas, sebab tu experiment ni kita panggil dancing coin, tp mama dh tukar jadi dancing paper..😋😁😋




#supermommahomeschool
#scienceexperiment
#10minutesactivities

No comments:

Post a Comment