Thursday 12 May 2016

We Love Nature!

Hi mommies,

Petang tadi kami 'berkebun'. Ini gara-gara bila si abang tengok rancangan Sains Comot tadi. Maka terpaksalah mama ikut kehendak anak-anak. Jom berkebun!

Step #01




Lenyek plastisin/playdough kasi nipis senipisnya. Mula-mula pakat gigih tenyeh guma tangan, last2 pakai kaki..hihi


Step #02




Lepas tu kita tabur tanah. Kalau dapat tanah lembab pon okey. Adik mula-mula geli je nk sentuh tanah tu.. Lepas dh skali pegang depa pakat dok baling tanah merata.. Huh!


Step #03



Tabur biji benih! Kami guna biji kacang hijau ja.


Step #04




Lepas tu kita kasi benda alah tu bulat.. Bulat bulat bulat...


Step #05





Akhir skali kita tunggu biji benih ni berkembang jadi pokok toge!


.....


Tak sampai 10minit lepas kejadian tu, depa pakat duk tanya bila pokok ni nak keluar mama. Hahaha.. #anakohanak kita tunggu lagi tiga hari ye nak!



Aktiviti diakhiri dengan sesi mengemas! Pakat berebut nak menyapu. Bagus sungguh anak-anak mama ni..

Hasil akhir nanti kita update lain entry ye!

love,
MOMMA

No comments:

Post a Comment