Wednesday 31 May 2017

Disunting seseorang

Hai mommies..


Tetibe mak teringatkan sesuatu yang mak sendiri tak menjangkanya akan berlaku.

Rasanya malam ni mak nak bermadah pujangga lah.

Kalau rasa tak geli baca lah madah berhelah mak ni. Tetibe pulak jiwang karat malam ni..hihi.

.
.
.
.

Daku teringat sewaktu disunting oleh seseorang untuk berkolaborasi bersama nya menulis blog tentang pengajaran bertema (Thematic homeschool). Tapi aku bukan siapa2 yang bisa berbicara sepertinya. Aku hanyalah aku. Seorang guru yang masih bertatih dalam bidang pendidikan. Bukan memiliki sijil bahkan ijazah dalam bidang pendidikan kanak-kanak pun aku tiada.

Ilmu ku cetek..hanya berpandukan buku dan enchik gugel sebagai rujukan utama. Aku hanya penulis biasa. Aku juga hanya ibu yang menginginkan yang terbaik untuk anak-anak ku.

Aku menolak dengan baik. Kerna memikirkan kerja hakiki yang tak pernah surut. Teringin sekali aku mencuba. Tapi apakan daya. Masa dan tenaga ku diperlukan ditempat lain. Aku takut aku tidak mampu untuk melakukannya. Jadi aku menolak dengan rasa yang hampa. Aku redha. Aku bersyukur kerna masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi. Maafkan aku teman.


.
.
.
.

Sekian sahaja coretan manja mak..cewahhh...sebanaq nya tadi kawan mak tu LIKE status mak kt fesbuk. Itu yang mak terkenang kesah lama.. Kawan mak tu nun jauh di America sana.mak je masih terkial2 di sini..haha..Tak pernah jumpa..tak pernah bersua. Kami kenal pon dr fesbuk. Tp tak pernah tegur menegur. Sehingga lah dia pelawa mak join venture tulis blog. Mak suka follow blog dia dan fesbuk nya..sebabnya bnyk info mak dpt dr situ. Tak sangka orang sehebat dia pon follow mak jgk..haha..bangga baq hang..!

K.

Sekian..bye..!

No comments:

Post a Comment