Sunday 14 May 2017

Timetable: should or should not?!

Hai olls,

Hari ni mak free sket..sambil2 tengah jaga exam bebudak ni mak boleh la ngadap belog mak..haha..sambil menyelam minum ayaq org kata..bila mak berbelog guna tepon ni banyak plak typing error..paham paham aje la..tangan mak yang dulu nya runcing kini gebu gebas dek kerana terlebih yis..hmm..#redha..

Jadi, hari ni kita nak bincang pasal apa?

Jom study pasal timetable nak?!

Masuk tahun ni dah hampir 5 tahun mak menceburkan diri dalam dunia homeschooling ni..Dah tak tahu berapa banyak timetable mak buat untuk aktiviti anak-anak..haha..maklumlah ikut keperluan semasa..pastu ikut musim..kalau winter tu mak jarang buat aktiviti outdoor..eh! #verangan



Yang ni timetable kami yang paling latest..kami divide kepada beberapa bahagian penting untuk dicapai setiap hari..dan mak memang ikut sepenuhnya timetable ni..kalau korang ghase nak follow yang ni okey je..tapi sesuai ke tak tu mak tak pasti..sebabnya mak susun timetable ni berdasarkan keperluan anak-anak.

Nak tips tak?

Meh mak share bagaimana kita nak bina timetable ikut keperluan dan kehendak semasa dengan mudah. Macam mak ni seorang ibu yang bekerja.. Jadinya, jadual perlu ikut masa kerja mak dan sesuai ikut waktu badan mak berfungsi..haha..okey! Jom baca tips ni:


1.
Ikut kesesuaian dan keperluan anak-anak

Kalau rasa anak ramai macam mak ni korang bahagikan aktiviti ikut kemahiran dan usia anak. Contohnya, Haziq (5years) dah pandai baca..so tak perlu join adik2 utk belajar phonics..mungkin boleh ajar dia menulis perkataan atau word search..tapi kalau dia nak join jgk tu mak rasa okey jer..janji dia tak boring.


2.
Limit masa

Suka mak nak ingatkan korang, anak-anak tak perlu masa yang lama untuk satu2 aktiviti tau. Cukup lah satu dua aktiviti..dan setiap SLOT tu dalam 10minit je..jangan nanti korang yang syok sendiri pastu ngadu tips mak ni tak berkesan..hihi..


3.
Expectation

Mommies...tolong jangan expect tinggi2 tau..Anak-anak korang tu kecik lagi..berak pon orang kena basuh lagi..Jadi target tu bior le logik sket..kalau nak ajar body part hari tu..jgn expect seluruh badan dia dpt ingt hr tu..apa kata satu part satu hari..pastu pelbagaikan aktiviti untuk setiap part..


4.
Jadual

Mak bahagikan kepada TIGA bahagian..setiap bahagian ni mak tak tetapkan masa..cer tengok timetable mak..tak de pon column waktu disitu..kenapa? Sebabnya, bila mak rsa time tu mak penat mak akan extend aktiviti ke waktu petang sket..tapi kalau masa tu si kecik tu dah tidur or mood okey, mak akan mulakan awal.


PART 1 (Literacy)

Bahagian ni biasanya mak guna buku or worksheets sahaja..tak payah susah2 nak pikir..cuma mak-mak kena lah kreatif untuk pelbagaikan aktiviti. Jangan hanya ikut buku 100%..budak akan boring..sekarangkan belambak lambak buku kat kedai buku..tinggal pilih aje! Cuba mix and match kan aktiviti tu..InsyaAllah next entry mak ajo cara nak pelbagaikan aktiviti dari buku or worksheet ye..

Biasanya MATHS and ABC tu mak akan guna worksheets or buku..tp pelbagaikan dengan aktiviti hands on..yang ni kita citer di lain siaran ye..SCIENCE EXPLORE tu macam biasa lah..simple science experiment...nama je gempak..aktiviti ni memang kalau boleh nak buat setiap hari..tp apakan daya kot esok dah buntu sbb dah tak de eksperimen nk dibuat..hihi..so kita selang selikan..Aktiviti THINKING SKILLS pulak mak biasanya buat games yang mencambah minda..contohnya teka-teki, main bayang, si bisu dan si buta dan bnyk lagi aktiviti yang boleh mak-mak buat.. cer try tekan link ni https://www.smore.com/0udr-fun-critical-thinking-activities banyak aktiviti menarik yang melibatkan thinking skills..tinggal pilih je ikut kesesuaian.


PART 2 (Thematic Activity)

Haa..yang ni best..part ni yang mak post dalam entry lepas..aktiviti bertema ni korang kena set up berapa lama tempoh yang korang nak buat untuk satu tema..macam mak sendiri seminggu satu tema sahaja. So dalam masa seminggu tu korang pikir lah naknbuat aktiviti apa yang sesuai ikut tema..janji cover semua 5 skills yang ada..actually bnyk lg skills cuma mak aim 5 je utk anak-anak..skills2 tu nanti next entry ye..uish..! Bnyk nye janji nak buat next entry tu...haha..berjaya ke idok...?! Hopefully.. Doakan mak kuat..


PART 3 (Road to Jannah)

ISLAMIC
Biasanya part ni more to BEDTIME STORIES. Mak akan cite pasal kisah-kisah Nabi, haiwan dalam Al-Quran, adab-adab dalam islam dan banyak lagi..kebiasaannya berkisarkan ISLAM.

ARABIC
Haa...yang ni jenuh la mak nk kena meng'gugel' bagai..al maklum lah..mak ni tak pernah seumur hidup belajar Bahasa Arab..tp demi anak-anak ku gagahi jugak belajar bahasa Al-Quran tu. Time ni biasanya mak akan ajar flashcard tp dalam Bahasa Arab atau mak akan tunjuk video dari youtube.

QURANIC
Masa ni mak akan ajar IQRA'. Macam biasa lah..ikut keadaan dan kesesuaian time tersebut.. part islamic ni mak akan buat waktu malam kerna di malam yang hening biasanya anak2 perlukan muhasabah diri. Bukan sahaja anak2 tp mak pak pon sma..haa..time jgk mak akan libatkan suami..so suami akan turut serta bila aktiviti pd waktu malam..


5.
Disiplin

Dah ada jadual tu jangan lupa disiplin ye. Ikut jadual tu sepenuhnya..buat penat je korang reka design timetable tu. Thats why mak suruh susun sendiri jadual jangan copy paste je dari internet. Susun dan sesuaikan ikut peel perangai anak2..sebab mak bapak je yang paham peel perangai anak2..kalau lemah anak tu turun kan sket gred nya..klu ghase anak tu terlalu kehadapan sesuaikan ikut pencapaian mereka..setiap anak berbeza sifat dan sikap. Jangan suka bandingkan anak kita dengan anak orang.


6.
Jangan bandingkan

"Kenapa anak aku masih tak pandai ABC, sedangkan anak jiran dah tahu membaca. Padahal mereka sebaya."

"Kenapa budak tu suka menjerit bila pijak rumput..anak aku okey je kalau pijak rumput.."

"Tengok tu, pandai budak tu..mak dia selalu bagi main tab..mesti dia selalu main educational games kan. Kita kena beli tab satu lah bg kt anak kita.."

Macam macam kita dengar. STOP COMPARING moms! Anak kita bukan robot. Anak kita buka patung. Biarkan mereka membesar ikut peredaran waktu. Biarkan mereka meneroka. Biarkan mereka berkembang seiring dengan usia mereka. Jadi..bertabahlah dalam mendiri anak-anak. Anak adalah anugerah terindah. Setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Kita yang mencorakkannya. STOP JUDGING and KEEP EDUCATE your childs!


Akhir kalam, nak ikut tak nak ikut tu suka hati. Jangan di viral kan yang NEGATIF sudah. Tips saya berdasarkan pengalaman saya mendidik anak-anak yang jarak usia mereka rapat-rapat. InsyaAllah niat saya cuma satu..membantu mereka yang memerlukan panduan terutama mereka yang bekerja yang mempunyai niat mendidik anak di rumah. Just keep on positive, stop blaming!

.sekian.

No comments:

Post a Comment