Monday 15 May 2017

Happy Teacher's Day



Tahun ni masuk tahun ke-5 mak jadi cikgu! Banyak cabaran dan dugaan mak dh lalui. Bila pindah sekolah baru ni mak rasa dugaan makin banyak. Itu normal. Kerja apa pon mesti ada dugaan kan..redha dan pasrah ajo ler..

Sempena HARI GURU ni mak nak buat ucapan sikit lah..semoga ada yang sudi membacanya..

"Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 mak yang dan banyak berjasa dalam hidup mak sehingga mak jadi manusia..hihi..kegigihan cikgu mendidik mak sangat2 mak hargai. Terima kasih cikgu!"

"Kepada rakan-rakan yang juga bergelar cikgu, Selamat Hari Cikgu. Semoga kita terus tabah dan kuat menghadapi hari2 yang mendatang. Terus tabah mendidik anak bangsa.."

"Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada cikgu2 yang telah mendidik anak-anak mak. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi. Mak doakan korang terus sabar dalam mendidik anak-anak mak"


"Selamat Hari Guru untuk diri sendiri jugak, semoga mak terus ikhlas mendidik."

.sekian.

No comments:

Post a Comment