Thursday 6 November 2014

Mandi-manda di kolam 'itik' Tok Ba


Salam Qaseh,

Mata dah ngantuk, tapi AURA nak mengupdate BLOG tu membuak-buak pulak. 
Pedulikan apa orang nak cakap.

Nak jugak update story ni, last semester break kami BERCUTI di kampung bersama keluarga saya! Seronok bukan main sebab dah lama tak balik jenguk mereka di sana. RINDU yang amat la katakan. 

Tapi ini yang terjadi kepada mereka yang 'jakun' air..maklumlah kami ni penghuni Apartment jew. So, tak de lew nak berkolam-kolam bagai macam orang lain buat kat anak-anak depa. Eh..dah terkeluar loghat incik suomi plak dah..

Maka inilah hasilnya setelah seminggu berkampung di Meranti, Pasir Mas. Mereka adalah orang yang paling seronok bila lepas HUJAN. Lopak air Tok Ba jadi medan pertempuran mereka. 

Mula-mula si abang tengok-tengok je. Geli la tuu.. last-last terjoin skali ngan adik-adik. Dia plak yang lebih-lebih. Habis basah kasut depa..! Mama yang pening kepala tengok gelagat diorang.



Lopak air ni asalnya terjadi setelah hujan berhenti. Di situlah tempat air berkumpul..hi hi hi..rezeki kamu la wahai anak, dapat main lopak air. Maklumlah rumah Tok Ba ni tengah renovate, so belum sempurna lagi pengaliran air tu. Bak kata Tok Ayah Su, 'kolam itik Tok Ba tu bulih buat kolam main cucu'.. ha ha ha..


Inilah jadinya jika dibiarkan berlarutan. Tak pe la nak oii..Exposure to dirt is must!
Tapi ada jugak yang cakap mama ni tak pernah bagi anak main kotor. Adakah daku ni terlalu menjaga kebersihan terutamanya anak-anak?! YA..sangat menjaga..Kalau diorang sakit korang apa tahu. Daku jugak yang susah..


Okey done! Abang long pon dah nak masuk rumah tu..dah boring agaknya. Jom mandi dulu..Mama nak sental mana yang patut. Nasiblah anak oii dapat mama macam ni. 


........

Ini juga merupakan salah satu teknik homeschooling yang orang ramai tak perasan. Sebenarnya apa sahaja aktiviti yang anak-anak buat tu adalah salah satu bentuk pembelajaran. If anak conteng dinding rumah mak kena #redha sebab diorang dok tengah express kreativiti masing-masing. Makin banyak yang diconteng makin banyak yang mereka belaja. Mak ayah kena belajar redha je. hi hi hi...


.Babai.




No comments:

Post a Comment