Thursday 6 November 2014

MEMBACA: Itu Hobinya

Salam Qaseh,

Hobi MEMBACA ni genetik ke?! 
Anak laki saya ni suka sangat membaca since umur dia setahun lagi.

Bila dapat pen dan buku itulah yang terjadi. Macam gambar yang kat bawah ni. Bila seru nama pon tak menyahutnya..Apalaa yang dilukisnya, Khusyuk yang amat. Ini lah anak..


Satu lagi habit dia, pantang tengok BookStore kompem menjerit mintak nak books! Bila time hujung bulan, mama pokai la sayang. Tunggu gaji.. ha ha ha..Boley ke cam tu? Biasanya dengan anak-anak jangan berkira sangat. Tak ada duit kita adakan, cucuk la mana yang bulih di cucuk tu. Beli lah apa yang diorang nak asalkan bermanfaat untuk mereka.

YA! Saya dan suami selalu bawak anak-anak ke Kedai Buku. Biasanya Pustaka Rakyat di Senawang nuh. Sebabnya senang nak kawal. Maklumlah tiga orang hulu balang..Bila nampak buku je diorang lintang pukang tak dapat nak kejar. Menyorok-nyorok celah rak buku pon pernah diorang ni buat. Pengalaman mematangkan mama dan papa.. hi hi hi..

Dugaan je semua tu, yang penting diorang selalu didedahkan dengan buku-buku ilmiah. Kesannya bukan sekarang, tapi akan datang. Sesetengah ibubapa tidak menggalakkan anak-anak mereka membaca sejak dari awal usia. Katanya masih awal nak ajar membaca, nanti bila dah sekolah kena pakai spek mata la apa la.. 


Mentaliti sesetengah ibubapa sekarang lain dengan saya yang juga seorang ibu yang bekerjaya. Anak-anak juga perlu didedahkan dengan ilmu membaca selain bermain. Asalkan SEIMBANG walaupun masa yang diperuntukkan tidak lah seperti yang dijangka. Maksud saya..QUALITY TIME..even masa bersama anak-anak untuk beberapa aktiviti tu terhad tapi mereka PASTI seronok bila bersama-sama beraktiviti dengan parents. 

Ya! Saya juga mempunyai masalah masa...Semua orang diberi 24 jam sehari untuk disusun. Tapi kerja hakiki membataskan saya untuk bersama anak-anak in applying homeschooling. Tapi saya cuba untuk luangkan sedikit masa. Walaupun sedikit, ia cukup bermakna untuk mereka. 

10 minit yang BERMAKNA..!


Semoga bermanfaat untuk para ibubapa yang buntu dalam mengaplikasikan #homeschooling bersama anak-anak dirumah. Walaupun anda BEKERJAYA, anda juga pasti BOLEH melakukannya seperti mereka yang sepenuh masanya dirumah..

.Babai.

No comments:

Post a Comment