Sunday 9 November 2014

Jom Membaca

Kajian Otak Mengatakan bahawa:
Membaca atau bercerita kepada anak anda akan membantu otaknya membesar dan menggalakkannya untuk menggabungkan bacaan buku dengan suara dan kemesraan.

Terdapat banyak cara untuk membantu anak tatih untuk suka membaca antaranya:

1. Menggalakkan anak tatih anda untuk bermain dengan huku seperti buku kadbod serbaguna.

2. Menunjukkan gambar di dalam buku dan menyebut nama objek.

3. Nyanyikan lagu kanak-kanak yang terdapat dalam buku.

Mempelbagaikan ton suara anda, membuat wajah yang kelakar atau membuat gaya-gaya tertentu ketika membacakan buku kepada anak anda adalah cara yang berkesan untuk merangsang minatnya terhadap buku dan juga cerita anda.

Bacakan buku untuk anak tatih anda sekerap mungkin. Namun, jangan mengambil masa yang terlalu panjang.

No comments:

Post a Comment