Sunday 30 November 2014

No flash please..

Salam Qaseh,

Last Saturday | 29 Nov 2014, kami decide nak bawak anak-anak jenjalan. First decision mama suggest kat papa nak bawak anak-anak pegi 'Farm in the city' kat Seri Kebangan nuh...tapi papa suggest nak bawak Melaka, katanya banyak tempat menarik, but mama dah bohsan pegi Melaka actually...hihi mama lak yang lebih kan..so cancel...

Final decision is Aquaria KLCC..first tyme mama pegi sana masa berchenta ngan papa dulu..dah berkurun lamanya..but the place is still the same,, tak banyak berubah...around 5years ago kot..

Seriously menyesal dengan final decision ni sebenarnya, anak-anak pon tak berapa excited berbanding dengan field trip ke Taman Rama-rama Melaka hari tu..

Entrance je dah rasa kebosanannya, but mama still positif sebab field trip ni nak educate anak-anak tentang kehidupan laut.. dari 10 bintang mama boley bagi 5 bintang je..keseronokkan anak-anak around 70% compared with last field trip..hmm..


First pic taken..thanks to my superhero a.k.a our superpapa sebab ambik gambar ni..abaikan keboolatan mama..lumrah anak tiga..titik..fullstop.. (ayat orang pasrah)



When we are both together..masa ni abang long hilang dicelah-celah orang ramai..seriously chuak sangat masa ni. Ghupenya dok ghalit tengok ikan dalam kolam 'free to touch' kononnya...haha..abang oh abang..macam-macam mama pikir kalau abang hilang...huu..my bad...



Okey no flash please...gelap gulita gambar..meaning that kena beli DSLR sebutir ni papa..hihi... #photo_taken_by_s3




Flash please...at least dapat jugak curi-curi pakai flash..haha..gelap sangat..that why my kiddos tak berapa enjoy their field trip kali ni..suam-suam kuku ajo..!!



Abang long cakap ni giant fish...belum tengok shark lagi tu..hihi...



Ini baru betul giant fish...bila masuk tunnel ni abang long la yang paling bising..tak tau apa motif sebenar dia..hihi...menghebohkan suasana gamaknya..



Akuarium gergasi..tempat paling seronok bagi my skids..sebab dapaxt tengok ikan real...sayangnya kami terlepas feeding time..next time mungkin...and it will be masa diorang dah besar sket kot..hihi..



Their most favourite spot...turtle ni pon saja je berehat-rehat kt tepi akuarium tu..macam bagi can kat anak-anak mama je..hihi..dan mereka tak berganjak ke mana-mana sebab ghalit tengok turtle tu..mama papa pon ambil peluang duduk atas lantai..haha...berehat..v







Antara aksi si turtle tua..my kids experience a lot about shark and turtle..



Last akuarium sebelum kami balik...abang paling seronok time ni tengok nemo..and i'm taking the video of nemo and friends tapi tak leh nak upload lak..next time la ye..so cute they are...kalau mama beli nemo bela kat rumah alamat gaya hari ni beli esok mati..huu...tak tau mana tak kena..air ke? Oksigen tak bagi...hm..mmg xleh bela ikan..sekarang kami bela turtle..next entry mama akan story pasal turtle ye..!!c



Actually kami tersesat tak jumpa pintu car park..haha..jakun sangat..maklum la kami bukan orang key ell..tapi ambil peluang kesesatan ni jamu mata park kat sini..sejuk je..



Kehuru-haraan semasa taking pic... itu perkara biasa..haha..masing-masing dah lapar dan kepenatan meneroka..taking last pic at entrance of Aquaria KLCC..

Sebelum balik papa singgah kat Taman Tasik Titiwangsa..berkelah sat..bukak tikar makan sana makan sini..hee...





Masing-masing dengan gelagat masing-masing...keletihan dan kepenatan..

Ohh ya..one more thing yang mama suka dengan Taman Tasik Titiwangsa ni adalah #cendol..haha..secara tak sengaja papa terbeli cendol dekat parking lot..simple je, jual dengan van, meja pon tak de, kerusi je...kami tapau je minum dala kereta..sodap gilerrr..seriously sedap..tapi mama tak sempat minum banyak sebab share ngan puteri-puteri mama..diorang yang belasah sampai licin..kempunan mama..next time boley ajak papa pegi sana lagi semata-mata nak makan cendol tu..haha..sorry papa...hee..

Okey dah..end of our story...field trip yang tak termasuk dalam list tapi dah terjadi..haha..itu lah kami...semua yang dirancang akan berubah dengan sekelip mata sahaja..

.babai.

posted from Bloggeroid

Twinnies dengan gaya rambut baru mereka...!!~

Salam Qaseh,

Entry kali ni mama nak story sket perasaan seorang ibu bila dikurniakan anak perempuan..hihi..alhamdulillah, Allah dengar #doa mama...Allah kurniakan mama dua orang anak perempuan yang comel-comel...hee~


HAPPY

HAPPY

HAPPY

SERONOK

BAHAGIA

.
.
.
.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...again again and again...


Ceq nak cakap apa sebenaq nya ni?!! Haha...menyeleweng.. ok fine..bye!

Okey dah..straight to the point please...!! Actually, mama dari first pregnancy lagi dok suka tengok baju-baju pink, padahal dah tau lam tummy tu laki..that's why muka abang long tu jambu giteww...dia pon dok suka kaler pink..tettt....hahaha...bila my second pregnancy ni comfirm girls mama la yang paling over excited..bukan cakap anak laki ni tak best...tipu sangat la kalau cakap tak best..sapa tak sayang anak oii...ulang suara "mama sayang ketiga-tiga anak-anak syurga mama..!!!" Okey dah...

Mana point sebetulnya ni..?! Hahaha... gini..nak story sket perasaan mama bila dikurniakan gegels...peel gegels ni lain sket dari boboy...betul...tak caya? Cer try....hihi..gegels mama ni berani sket, especially si adik tu..berani segalanya, berani rebut mainan abang, berani usik abang, berani pukul abang, tapi takut ngan orang..hahaha...ok dah...but actually diorang berdua sangat-sangat BEHAVE bila dibawak berjalan...sangat-sangat behave okey..alhamdulillah...mudah kerja mama papa nak kawal kamoo bertiga...

Sejak-sejak mama dah WAHM ni, lepas mandikan gegels mesti mama tocang rambut diorang tu...my specialty actually..and my peberet too...usap rambut kids..my habit actually..now bila dah ada anak-anak sendiri ni, tiga pulak tu, puas mama nak usap rambut budak..kadang tu tak terusap pon sebab masing-masing dengki dan berebut nak mama riba...wahhh..terasa diri ini dihargai hokeh!! Mak jemah sukeee...!!

So petang tadi mama try ikat rambut diorang macam gambar bawah tu..apa jenis ntah...tak tau...diorang pulak dengan rela hati lak tu menyerah diri..hihi...macam dah tau tau je lepas mandi mama mesti ikat rambut diorang, jadi diorang sendiri akan cari sikat dan getah rambut..hihi..mama sukee...dulu sebelum rambut gegel panjang, rambut abang long la yang jadi mangsa mama..sebab rambut abang memang panjang, kata papa rambut cari makan..pelik bila abang botak...so kami decide simpan sket rambut ala-ala korean gituu...




Kengkadang bila ghalit dok menoncang gegels, si abang pon nak sama ditocang..haha..abang oh abang..cute sangat...tocang malam ni menampakkan twinnies mama gegels sangat....hihi...comelll...lepas ni sesi mengumpul sepit rambut la nampaknya...

Okey dah...babai...

posted from Bloggeroid

Tuesday 25 November 2014

Perlukah Anak Anda Diberi Suplemen?!

Salam Qaseh,

Entry kali ni mama nak story sket pasal khasiat #QasehGoldJunior pada anak-anak mama...sememangnya terbukti berkesan.. entry kali ni tak de kaitan dengan sensitiviti sesetengah pihak.

Apakah Qaseh Gold Junior?!
Ia adalah minuman kesihatan untuk kanak-kanak seawal usia SATU tahun yang terdiri daripada makanan sunnah..Qaseh Gold Junior ialah campuran minuman botani formulasi Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, Habbatus Sauda' & air Zam Zam serta tambahan Badam & Bayam.

Insyallah #QasehGoldJunior boleh membantu. Jika di amalkan pengambilan Makanan Sunnah ini setiap pagi dengan
(i) Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan
(ii) Niat untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W

*Insyallah kita akan peroleh berlipat kali ganda kelebihan dan keistimewaan.

Mama percaya ramai ibu bapa di luar sana masih tercari-cari supplements kesihatan untuk anak anda...sapa yang tak sayang anak oii..marah tu marah jugak..bila tengok diorang tidur cair jugak dibuatnya..itula naluri semulajadi qaseh sayang ibu bapa..tak giteww?!!


Baca artikel dibawah nie..baru anda tahu kepentingannya...!!

==========================
Perlukah Suplemen Untuk Anak
==========================
Dipetik dari Majalah PaMa | August 13, 2014;

Biasanya bila anak-anak yang sedang membesar tidak ada selera makan, ibu ayah akan sibuk membelikan suplemen yang dikatakan mampu merangsang selera makan si anak. Benarkah tindakan tersebut?

Benarkah anak-anak perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka mengambil makanan berkhasiat semula jadi sahaja? Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.

Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Kini terdapat pelbagai pilihan produk makanan dijual di pasaran sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil.

Sebaiknya kanak-kanak sedang membesar patut diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan.

_
Jika anda ada terfikir untuk memberikan anak-anak makanan tambahan, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian..!!

(1)
Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari.

(2)
Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai dan selamat untuk mereka.

(3)
Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak.

(4)
Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka.


_


Vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.

Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.

Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.


**_


Jelas kan?!

Jadi para ibu bapa sekalian..hati-hati dalam memilih produk kesihatan untuk anak anda...! Mama pula bagaimana?! Sudah tentu lah mama yakin dan percaya akan kandungan SEMULAJADI yang terkandung dalam QASEH GOLD JUNIOR...100% bahan semulajadi yang terdiri daripada makanan sunnah para ilmuan...

Teliti dulu kandungan dalam #QasehGoldJunior, baru anda percaya akan khasiatnya!!

TAHUKAH ANDA antara ramuan QASEH GOLD JUNIOR YANG BAIK UNTUK OTAK?!!

1) MADU
Rasullullah s.a.w bersabda : 'Siapa ingin mengHAFAL, hendaklah ia minum manisan MADU. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang MENINGKATkan INGATAN dan keCERDASAN MENTAL individu.

2) KISMIS
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan BEKALAN OKSIGEN yang mencukupi disalurkan ke OTAK. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang MUDAH MENGANTUK, PELUPA, LEMBAB & MENGALAMI KELEMAHAN BERFIKIR.

3)BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Rasullullah s.a.w bersabda : 'Barangsiapa yang memakan buah delima secara keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari'.

4) BADAM
Untuk meningkatkan KECERDASAN otak.

Mama ni seorang yang CEREWET bila berkaitan dengan anak-anak...mama akan pastikan hanya yang TERBAIK untuk mereka..! Kalau tak, tak kan la sampai 10buah taska mama survey untuk si abang tuu..hihi...Sebab jatuh cinta dengan KANDUNGAN dalam #QasehGoldJunior tu la mama yakin dan percaya akan khasiatnya pada anak-anak syurga mama..

Setiap hari ke kena bagi makan #qasehgoldjunior ni?! Bagi mama TERPULANG lah pada ibu bapa..Bagi mama yang anak ramai ni kalau bagi setiap hari, sebotol tu untuk seminggu je kott... Jadi mama akan pastikan setiap dua hari sekali mama akan berikan mereka minum #qasehgoldjunior tu..hihihi...dan akan kerapkan tahap pengambilan jika mereka batuk, selsema atau demam...yang paling penting mama akan pastikan mereka minum AIR SUAM secukupnya (daily intake)..Alhamdulillah, dengan izin ALLAH anak-anak mama jarang demam dan sakit dah sekarang... #usaha #doa #tawakal adalah jalan yang UTAMA..Selain tu, DAYA TUMPUAN mereka makin meningkat bila mana setiap kali mama lakukan aktiviti #homeschooling...apa sahaja yang mereka buat mereka akan habiskan dengan teliti...Syukur Ya Allah...!!

Ada saja yang akan mereka lakukan...sel-sel otaknya sedang berhubung...layankan aja lah...#anakohanak



Masih tak yakin dengan QASEH GOLD JUNIOR ?!!
Meh sini kota pakat baca ni...tengok bawah, baca sampai habis tau...!!

PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN
✔ mendapat status piawaian Amalan Pengilangan Islamik (IMP).

Apa itu status IMP:
✔ Bebas dari riba'
✔100% ditadbir dan diurus oleh umat islam
✔Berwudhu' sepanjang operasi.
✔Pekerja memahami & mematuhi hukum syara' Taharah
✔Mengelakkan unsur-unsur non-islamik seperti pergaulan bebas, bercakap kosong, muzik melalaikan dan merokok.

Haaa..sampai macam tu sekali #QasehGoldJunior punye pengilangan..dijamin 100% HALAL , BERSIH & SUCI...InsyaALLAH...


==================================

Sel-sel otak perlu saling berhubung dan cekap. Antara rahsia orang YAHUDI adalah mereka sangat mengambil berat hal pemakanan anak mereka.

Berikan anak anda pemakanan sunnah yang telah dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w sejak 1400 tahun lalu.

MULA & BERIkan makanan otak yang lengkap Qaseh Gold Junior segera!!

✔MUDAH ✔MUJARAB ✔MURAH

=====================================

#QasehQoldJunior
#MakananSunnah
#PemakananPelajarPintar

Apa yang kita makan, akan jadi darah daging.
============================
HARGA 1 botol Qaseh Gold Junior (450 ml):

RP(WM) RM 60.00
RP(EM) RM 65.00

* harga di atas tidak termasuk postage
========================
Mulakan dengan sesudu Qaseh hari ini.. Keberkesanannya dah disahkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW dan banyak disebut dalam Al Quran! Jadi kenapa belum amalkan lagi?

SIHAT ITU JIHAD!



If ada parents yang berminat boley PM mama segera ditalian 018-3632671 (Pn.Nadiah)...Stok TERHAD sangat...hari ni restok esok habis...cepat-cepat!!

.babai.
posted from Bloggeroid

Monday 24 November 2014

Baking again and again..

Salam Qaseh,

Baking again...!! And we are all love to bake...my anak-anak ni pantang jumpa buku resipi mamanya...ada je yang diorang mintak nak buat..makannya tak pon..asalkan dapat beraktiviti..huh! Rasa sikit tu dah kira okey la tu..

I love school holidays...!!

Memandangkan mama bercuti sekarang ni, macam-macam #homeschooling activities rasanya yang nak dibuat...Tok Mi dah balik kampung jumpa Tok Ba...biarla depa ber'honeymoon' plus berehat-rehat sempena cuti and me as WAHM (work as home mom)..will be...and i will..InsyaALLAH in one fine day...

HAMANTASCHEN in houz yo!! Recipe from Israel..mana dapat?! Dalam buku laa...grab masa #BigBadWolf hari tu...special recipe for kids from around the world..kau hado?! Haha..

Sekitar perjalanan baking semalam | 24 November 2014..semuanya tentang #bonding ...and mama make it...mereka bekerjasama tanpa memeningkan kepala mama..haha... making bonding by baking...!! That's what i've done yesterday..haha...











Masing-masing sibuk nak letak chocolate chips..dan si adik pulak sibuk masukkan dalam mulut...lagi sedap makan dari tolong mama..haha..adik oh adik...diorang yang sukat sugar & flour...pecahkan telor...mama hanya tolong kacau je..sebab tak mau berselerak...well..that's me...!

HAMANTASCHEN recipe:
1/2 cup of flour
2 teaspoons of baking powder (mama make it into one half)
1 cup of sugar (mama make it into half)
1 cup of butter
Chocolate chips
2 eggs
1 teaspoon of vanilla extract


***mix well and spoon it into baking tray..bake the cookies in an oven at 180°C for 15 to 20 minutes...

♥sharing is caring♥


.babai.

posted from Bloggeroid

Apa yang penting kerjasama!!!

Salam Qaseh,

Mama nak story sket kepeningan mama bila anak-anak terjumpa buku resipi mama..memang pening nak boley naik darah dibuatnya..mintak nyawa..!! Tapi we are all enjoying baking in the momma's lil' kitchen..

My lil' kitchen helper..now and always..presenting our cheeky Abang Long doing his fav job while baking a cupcake..itu ajalah yang dia suka buat...tolong mama pegang mixer...



My other lil' kitchen helpers..our Kakak Alisya with her Adik Arissa..walaupun berserabai but they are still my love, my half, my super duper twinnies...baking are their favourite activities NOW.. Bagus la...nanti bila dah grow up boley tolong mama masak kat dapur..makin bertambah lah saiz pewott papa nanti...hahaha...love you till jannah..



Tadaa....finally, our lil' cupcakes for lil' cheeky honey bunnies..orange cake yang ditransform jadi cupcake oleh momma yang terlampau 'rajin'..walaupun ghupenya tak de, tapi rasanya mak aii..sodappp...hihi



It's good to be at home, we're all love to be at home..!!

.babai.

posted from Bloggeroid

Majlis persaraan !!

Salam Qaseh,

Tick tock tick tock..!! Cepatnya masa berlalu..rasa macam baru mengenali beliau..Cikgu Sudin nama diberi...dah 22 tahun berkhidmat di SMKTBB..dah bersara pon beliau..

Seorang guru yang penyayang...dedikasi..seorang bapa yang bertanggungjawab. .pendek kata semua dia lah...mudah kalau kita nk mintak tolong...berpengalaman mengajar geografi dah lama...serba tahu...comel...


Ini dia Cikgu Samsudin a.k.a Cikgu Sudin

Sekitar Majlis Persaraan Cikgu Sudin....











Semoga beliau sentiasa di rahmati Allah dan sentiasa sihat selalu..Jangan lupa kami di TBB ye...

.babai.

posted from Bloggeroid

Thursday 20 November 2014

Tips memilih TASKA / TADIKA

Salam Qaseh,

Entry kali ni mama nak story sket betapa gigihnya mama ngan papa mencari TASKA untuk abang long. Al-maklumlah anak first (ayat biasa yang terkeluar dari bibir pengusaha taska yang mama lawati). Tau sangat, korang jelezz kan??! Okey fine, tak de kaitan.. hahaha..

Rasanya dah hampir sebulan kami survey beberapa TASKA area Senawang dan Ampangan ni. Dah hampir lebih dari 10 buah Taska kami pegi. Yang dah di short-list ada DUA je sekarang ni. Ini yang buatkan mama pening kepala nak memikirkan mana satu yang the BEST. Siap buat list pro and cons dua-dua taska ni. Nangesss..!! Bila tinggal dua ni macam-macam plak yang datang dalam fikiran mama. Nayaa...!! Anak first la katakan...tapi dalam masa yang sama tak sabar nak tengok abang long pakai uniform taska.. Yeayyyyy!! Anak mama dah nak sekolah..Yahuuu...dah besar anak mama ni..baru TIGA tahun..hihihi..


Okey dah, kita teruskan dengan beberapa Tips Memilih TASKA / TADIKA:

1. BERDAFTAR
Haruss laa mak-mak oii...TASKA yang momies nak hantar kesayangan momies tu harus lah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mengikut salah seorang pengusaha TADIKA yang mama pernah pergi tu dia cakap TADIKA tidak berdaftar dengan JKM tapi berdaftar dengan KPM. Wallahua'lam...

2. KAWASAN YANG STRATEGIK
Taska/ tadika harus berada jauh dengan jalan raya yang sibuk atau strategik lah tempatnya. Macam mama, mama akan cari kawasan yang mudah parking sebab lesen kete cap AYAM. Upss...my bad... lepas tu taska/tadika tu seharusnya dan sebolehnya berada di kawasan perumahan atau premis yang ada tanah lapang atau outdoor playground. Tidak disarankan premis yang berada di kawasan atas rumah kedai (terpulang pada momies). Rasionalnya, anak-anak pon nak meneroka persekitaran jugak..nature activities!!

3. TIMETABLE
Sampaikan timetable setiap TASKA mama nak tengok.. Bila di tanya pasal timetable, semua pengusaha tercengang dan jawapan yang selalu mama terima adalah "timetable untuk pelajar 3 tahun masih belum diproses".. what the h*ll..prepare la siap2 dah tu gantung banner "PENDAFTARAN 2015 DIBUKA SEKARANG" buat apa..huish..marah ni..keciwa laa sebab kebanyakkan mereka tak prepare..

4. MELAWAT TAPAK PREMIS
Please la momies, cuba minta untuk melawat tapak premis..mata kena liar..tengok sekeliling kawasan premis, make sure SAVE dalam otak momies..pastika ada PLAYMAT disekitar dalam premis, GRILL tingkap, PENGUDARAAN yang elok, TANDAS yang ada pelapik lantai untuk elak licin, CHANGING room diasingkan lelaki dan perempuan...dan lain-lain yang seangkatan dengannya...

5. ABAIKAN CAKAP-CAKAP ORANG
Ya..!! memang PENTING bertanyakan pendapat orang yang lebih berpengalaman dari kita, TAPI, kita juga harus mencari dan banyakkan pembacaan sebelum memilih TASKA/TADIKA yang terbaik untuk si manja. Jangan INDAH KHABAR DARI RUPA sudaa...Pastikan premis BERSIH dan SUSUNAN perabot yang sesuai. TIADA BUCU tajam dan TIDAK TINGGI..Keselamatan HARUS DIUTAMAKAN tauu..!!

6. FINE MOTOR SKILLS
Untuk anak-anak bawah 3 tahun, ibu bapa harus memastikan premis menyediakan activities yang melibatkan PSIKOMOTOR anak-anak. Timetable tu penting, so study betul-betul timetable diorang..JIKA tak faham bertanya dengan segera.. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun kebawah sebenarnya harus develop diorang punye motor skills dulu...bak kata salah seorang pengusaha taska yang mama pergi hari tu "Diorang belajar sebenarnya, tapi tak belajar melalui buku"..paham tak?? Buat-buat paham la naa...hihi..

7. BRANDED
Gah pada nama tak semestinya GAH pada isinya..boleyy!! Bangga sangat anak dia masuk taska branded..Momies sekalian, taska yang berjenama ni tak semestinya elok tau.. Cuba teliti semua ciri-ciri di atas tadi sebelum membuat keputusan. the best choice is in your hand!!

8. PENGUSAHA PREMIS
Kalau BAB ni, mama sangat particular sikit tau.. tak nak yang KEREK, cakap je pandai tapi tak de tindakan. HARUS seiring tau.. Kebanyakkan pengusaha atau cikgu-cikgu taska/tadika yang mama dah survey ni mereka biasanya akan cakap belakang! Itu memang mama reject awal-awal..

9. SPOT-CHECK
Sesekali mama papa harus buat spot-check di premis anak-anak anda..! Pastikan tiada kebocoran tanggungjawab..!

10. PERCAYA & YAKIN
Percaya pada anak anda yang dia boleh berdiri sendiri meaning that independent la..Parents yang bekerja pon harus ikhlas semasa bekerja agar pengasuh taska/tadika a.k.a cikgu tu pon ikhlas nak jaga anak kita. InsyaALLAH kes dera mendera ni dapat dielakkan.


Salah satu gambar yang sempat mama snap..! Ini taska ke-8 yang kami lawati.. Gigih bebenor mama ngan bang long ni..harusla kan..mestila mama nak yang TERBAIK untuk anak syurga mama ni..Dia pon tak kisah mama bawak sana sini..siap tak nak balik lagi..hmm..

Semoga perkongsian ini dapat membantu momies sekalian walaupun perkongsian ini tak seberapa..tapi amat bermakna bagi mama dan papa. Hanya yang terbaik untuk SI MANJA anda..!

.babai.

Tuesday 18 November 2014

Bila papa tiada...

Salam Qaseh,

Kesah last weekend bersama anak-anak dan tok mi slash (/) sebab papa sibuk..well...here are the stories...berhappy-happyian bersama kesayangan hamba tanpa papa disisi...


First niat nya nak bawak anak-anak jenjalan and main2 dekat kids world ke apa nama tempatnya ntah dekat Mydin Mall Seremban 2...alaa tempat main kanak-kanak yang bila nak masuk kena pakai stokin tu..Tapi mak aii..weekend punye fee aje dah RM25 per kids..terkejut mak jemah..!! Tak jadi nak masuk..hahaha...so mama tukar plan..maka di sini lah kami..main kereta ting tong ting tong...seronok je masing2...




Masing-masing hantu bola...adik ngan abang sama je..tapi kakak still atas kereta mainan dengan tok mi.. hmm..seronok tengok diorang meneroka..meneroka la sangat...

Okey, next plan adalah nak perhabiskan duit papa bagi..hahaha...JOM masuk shopping lam Mydin...!! Kebetulan kami ditingkat 2 masa tu, jadi memang betul lah tempatnya...masing-masing lintang pukang pilih mainan...si abang mulanya nak ball, siap main sepak-sepak bola dengan bangla lagi, si adik dan si kakak sibuk memilih baby doll..maklumlah gegels kan..haruslah baby doll..pink lagi..





Happy je masing-masing..bila dah habiskan duit tu kami lepak2 jap kt bangku lobi...ehh ghupenya ada pameran kucing laa...rezeki si anak..actually pameran ni untuk kumpul donation pada kucing-kucing tu..sebenarnya kucing-kucing tu adalah kucing jalanan yang dibeli oleh seorang hamba Allah yang baik hati ni...kagum tengok dia..sayangkan haiwan...murah rezeki...



Anak-anak mama ni macam mama jugak..suka kucing..mana nak tumpahnya kuah kalau tak dalam pinggan kan..hihi..

Kami enjoy weekend ni tanpa papa asalkan anak-anak gumbira dan dapat belajar sesuatu..dan mereka telah belajar pon...#thepowerofgive . Next time boley kita jalan-jalan bawak tok mi lagi...tok mi pon happy sebab boley datang tempat peberet dia..MYDIN..hihi..

.babai.

posted from Bloggeroid

Friday 14 November 2014

Best ke anak kembar ?!!

Salam Qaseh,

Virus sangat tajuk entry kali ni..ohh kenapa VIRUS?! Sebab mama tengah tunggu zizan buat performance. Yola....malam ni kan first episod Maharaja Lawak Mega 2014. Zizan + Jambu = Virus....viral sangat...!! Nak story sket pasal MLM ni...sikit je..kalau sebelum2 ni mama asyik miss je nak tengok..hampir setiap episod, even yg ulangan pon...tapi kali ni comfirm tak kan miss sebab terpaksa tengok jugak..opkosla...fazura kot jadi juri...okey ini tak de kaitan ngan kumpulan Virus! Serious tak de kaitan langsung..!! Wohoo... apakah yang cuba disampaikan ni?
.
.
.
.
.
.
Jom kita menuju jalan yang lurus..entry kali ni mama nak cite pasal si kembar..al-kisah sebenar kejadian si kembar mama..okey masuk part biologi sket..sebab baru belajar ngan Kak Aida a.k.a my colleague..jom scroll sampai bawah...

-----------------------------------------
Kisah terjadinya:

KEMBAR SEIRAS
♥ persenyawaan antara satu ovum dan satu sperma..lepas tu zygot spilt into two

KEMBAR SIAM
♥ sama macam kat atas...tapi masa nak split tu tak split habis

KEMBAR TAK SEIRAS
♥ dua ovum dua sperma bersenyawa..maksudnya lain-lain kantung

***maaf ye cikgu biology, ayat langsung tak berbunyi bio nye..ada biol-logi sket disitu..betul kan kalau saya salah..hihi
----------------------------------------

Okey straight to the point..melalut plak...stick to this entry please!!

Al-kisahnya masa mama tau mama peknen kembar tu, si abang baru 9 bulan..tengah lasak dan nak bermanja lagi...masa tau mama peknen lagi masa tu kandungan dah 2 bulan meaning that si abang baru 7 bulan la kan..uishh pening2..abaikan!! Sebelum tu mama pegi Kursus Induksi, al-maklumlah baru je posting cikgu time tu..kalau tak silap baru 4 bulan posting..kalau kursus ni memang ada exam..dah lama mama tak exam..punye la study bermati-matian..meniarap, menoggeng, telentang, gaya bebas, kuak kupu-kupu di atas katil hotel bersama kawan se'posting' mama.. upss..katil lain2 ye..masa meniarap tengah study tu mama ada bagitau kawan mama yang rasa 'senak' la perut ni..lain macam je...masa ni tak tau lagi mama peknen..nak jugak mention nama kawan mama tu, my besties Puan Amilatul..dah kawen dah...tengah preggy tu..mak buyung...hihi..okey dah2..sebelum melalut lagi...masa kursus ni jugak kami kena buat group activity..dan.......salah sorang kawan se-group mama  ngah peknen..cite punye cite ghupenya dia baru habis pantang..lepas 3 bulan peknen anak first tu, dia period dan terus lekat anak kedua yang dikandungnya time tu, dia pasrah je dapat baby kedua (tengah peknen time tu). Mama bangga ngan dia..sebab dia kuat nak uruskan anak-anak tu nanti..moga2 dia kuat dan bahagia bersama suami tercinta skrg...

Okey, lepas mama balik dari kursus tu kalau tak silap seminggu lepas tu, si abang demam panas dan kena warded 5hari.. (nanti nak story KENAPA si abang kena warded tu, next ENTRY laa). Masa dah sampai umah lepas check out Hospital SALAM, mama dokong si abang then mama rsa penat dan mengah...lepas tu esoknnya rasa badan ni penat..ohh sebelum tu masa dalam ward tu, mama ada minta something ngan incik suomi, sebab tertengok iklan KFC kalau tak silap..nak french fries KFC je..then incik suomi cakap nanti kita singgah kat Family Store beli french fries pastu goreng kt umh..lagi murah pastu lagi banyak..masa tu mama rasa sedey sangat, sedih macam frust putus cinta giteww!! #pasrah.. tapi balik dr hospital tu tak de pon dia belikan...haa..sambung...sambung...lepas beberapa hari mama kepenatan balik dr hospital, mama gi skolah jumpa pengetua, masa tu Tuan Hj Sazali..dia cakap 'abang demam sebab nak dapat adik tuu'..ingat lagi kata-kata tu...mama apa lagi, terus pergi beli urine test..sebab tak sedap hati masa tu...mulanya takut nak test...esoknnya, pagi sebelum gi skolah mama gagah jugak try test, lepas tu tak sanggup nak tengok, tinggal je lam toilet tu suruh incik suomi tengokkan..lepas tu dapat kol..lepas tu positif..lepas tu frust..lepas tu pasrah...hahaha...bila dah tau peknen mula la loya sana loya sini..tapi better sikit dari peknen first dlu..dlu terus..kali ni okey sket..alhamdulillah..hihi


Pendekkan citerr..mama balik kampung sebab cuti skolah...saja je pegi window shopping kat Twin Baby KB, tertengok baby cot yang boley buai2 tu..

Ini dialog antara mama dan insik suomi lepas tgk baby cot tu:

Mama: 'nak ni..tak kira...sebab masa bang long dlu tak dapat nk beli ni'
Incik suomi: 'nak ni?? Xboley..tak muat ni..kan ni kembar' sambil tunjuk kt perot mama..
Mama:'krik..krik..krik...'

***masa tu BUKU PINK pon belom bukak lagi..twin ke tak pon belom tau lagi..angan-angan incik suomi je tu..

Okey sambung lagi..masa mama tau mama peknen, mama ada la cite kat kawan-kawan sekerja, ada yang menerima secara positif dan ada yang menerima secara negatif jugak. Ohh..masa mama tau mama peknen mama actually rasa sedey, tak sangka dan tak bole terima pon...plus pengkritik tambahan sana sini membuatkan mama makin bertambah STRESS..

3 bulan usia kandungan, mama g Klinik Ampangan buka buku..hampir 4 jam jugak...lepas tu turn scan ngan doctor yang buat mama rasa berdebar tu..kat luar bilik doktor tu mama berdoa tak putus-putus tau..'jangan la kembar, tolong la, kesian kt abang long masih kecil, still nak kan perhatian..bla..bla..'

.....'Pn. Nadiah, sila masuk..' dup dap dup dap...
.
.
.
'Puan...I think you got twins, see..two head here...bla..bla...' lupa dah skip doctor tu..

Ohh..frust yang amat...tapi masa tu mama still positif kan diri..Semua ni ujian dari Allah plus dah rezeki Allah nak bagi..terima ajolaa..

'Allah takkan beri ujian pada hambanya jika hambanya tak mampu nak hadapi'

Teringat ayat kt atas tu..so, mama cuba sedaya upaya positive kan diri..selalu cakap benda2 yang positif je...sehinggalah...
.
.
.
.
Scan dengan pakar untuk 24weeks nak tengok jantina, (mama memang 2minggu sekali kena jumpa pakar, nanti cite pasal ni)..berdebar..masa tu dengan incik suomi..

Scan

Scan

Scan

**Dr. Goh 
(Pakar dari Hospital PD, tapi HTJ pinjam setiap hari Rabu untuk ONG mak-mak yang peknen twin, ya!! Dia specialist bab-bab multiple pregnancy..masa first scan ngn dia dlu terus dia trace mama ni MCDA Twins [Mono Caryotic DiAmniotik] bahasa kampung satu kantung dua bilik a.k.a kembar seiras...MCDA Twins memang kena bagi perhatian lebey sket sebab tu 2minggu sekali kena jumpa doc, dan dua minggu sekali mama dapat MC lepas tu dua minggu sekali jumpa nurse kt KK plak, means seminggu sekali harus jumpa mereka..kau hado? !)

Ohh rezup scan..

'First twins girl, meaning that you got two girls..congratulation!!'

MCDA Twins kan..harusla jantina sama u olls

Muka incik suami memang excited sangat masa tu.. TERIMA KASIH papa sebab sepanjang mama peknen, papa la jadi peneman setia mama pegi hospital check-up..tak pernah sekali pun dia biarkan mama pergi sendiri..sangat terharu okey..!

This is what we call HIKMAH disebalik kejadian. .thank you Allah coz you give me Ahmad Nasron bin Mohd Nasir as my half..

Ya..!!
Allah dah tentukan yang terbaik untuk mama..Allah berikan mama suami yang setia, suami yang penyabar, ayah yang sangat sangat sangat penyayang kepada anak-anak syurga mama..alhamdulillah syukur Ya Allah..

Sambung balik, balik je dari scan..masa tu lam kete terus kol baba dan kak kt kampung..sebab over exited nak announce jantina baby..semua macam tak percaya mama dapat gegels..diorang memang expect boys..so mereka harus pasrah..semua mesti PINK nanti..hahaha...NOW, mama dah 200% turn into normal pregnant mother..loving..caring dan paling penting dah mula percaya yang mama tengah peknen lagi..yuhuu...!! Gegels okey.. #excited gilerr...!! So lepas ni, apa saja yang diorang cakap tentang peknen rapat2 mama nak tolak tepi, sekatang kena fokus ngah abang long..everything harus utamakan abang long dlh sementara adik-adik lam tummy mama lagi..mama sayang anak-anak syurga mama...ketepikan suara2 sumbang yang dok mengata mengeji, baik ustaz mahupun ustazah yang dok pakat keji kutuk mengutuk mama.. 'what you give, u'll gett back' Allah Maha Adil..
Alhamdulillah mama harungi saat peknen twins dengan jayanya...!!

Soalan lazim masa peknen kembar:

1. Krem tak kaki?
Opkosla...kalau subuh hari ni krem a.k.a kaki tergantung macam patung..hari ni satu hari boley merasai nikmat berjalan sebab esoknnya kena heret kaki sehingga seminggu..eh..ada la 6,7 kali krem..sebabnya langsung tak minum susu or ambik calcium. Hanya bergantung pada ikan bilis je..sebab Tok Mi buat sambal ikan bilis besttt..ratah je...

2. Besarnya perut, larat ke nak bawak?
Larat tak larat memang kena bawak kesana sini la mak oii...kalau boley dicabut perut ni mau mama tinggal kt rumah..haha..siap kena tegur ngan GPK 1 skolah lagi 'kesian aku tengok ko ni bawak perut besar, meh nak tolong ampu perut tu' ...tak pe tak pe...boley bawak lagi..setiap kali berjalan mesti mama akan ampu dibahagian bawah perut., baru selesa nak jalan..

3. Kembar ke?
Eh..mana tau? Perut besar sangat eh?! Mama plak yang ajukan soalan kat diorang..haha..harus la kembar...Memang sangat bangga bila keluar pekan bawak perut yang memboyot tu, sebab kita akan jadi perhatian ramai..macam artis u olls..

Ada 2 jenis pandangan orang bila tengok perut mama:
1. Pandangan Positif
Kembar kot ni...bestnya..!! etc..

2. Pandangan Negatif
Kesiannya..muka simpati tapi dalam hati mengutuk cakap orang gemok... (sumpah jadi katak org tu..!! Hahaha)

4. Nak sorang boley?
Maaf saya tak jual anak. Dan kami suami isteri masih lagi mampu menyara anak-anak walaupun kami ibu bapa mereka tak cukup makan, asalkan anak-anak hidup selesa..kasar sangat kan ayat tu..harusla...mama yang bawak perut ni selama 38weeks..jatuh bangun mama ngan incik suami yang rasa...

Okey.. back to basic...masa peknen ni mama still BF abg long..dan Dr. Goh benarkan mama...pakar kot...sebab tu hak dia...mama tak boley nak halang..apa nak jadi lepas ni mama akan tanggung..tp alhamdulillah,  Allah tu Maha Kuasa, dia yang menentukan segalanya.. on 31weeks mama contraction, kalau tak silap hari Isnin, terus warded kat HTJ...kenapa tak pilih hospital private?! Kata kak apa2 masalah private akan tolak kt gomen jugak..logik dek akal..sebab dah banyak kes jadi..so mama lebih prefer gomen..masa ni scan pastu cek jalan dah buka 1cm..cuak u olls... sebab mama memang tak nak bersalin kat Seremban even my mom mmg dok ngan mama pon..haa..nanti nak story kenapa my mom dok ngan I..4hr jugak kena warded..katil sebelah pon twins..operate..tapi anak2 still kt ward sebab diorang tak stabil..kesian akak tu...anak dia yang sorang 1kg plus, sorang lagi 800 to 900grams only...huhu...tapi the next day baby yg 1kg plus tu dah boley kelaur wad duk ngan mak dia dah..masa tu rasa takut yang amat sebab tgk cara akak tu nak handle diri dia npyg baru czer n anak kecik..sedey sangat2...time tu jugak mama google pasal czer dan baca sikit pasal czer ni coz Dr. Goh ada bgtau kebarangkalian utk mama czer adalah tinggi..cuak ooo..!! So, mama kena be prepared dr sekarang...the next week after warded dan MC yang seminggu tu, on Wednesday, ONG ngn Dr.Goh, so dia dah prepare reference latter untuk mama buktikan mama perlu bercuti lebih awal dr yg dijangka.. yahuu..!!

Naik turun JPN Seremban jugak hantar surat permohonan cuti bersalin.. rela ku panjat tingkat 4 kott semata-mata nak hantar by hand surat tu..Puan Amilatul la yang temankan..thanks kawan..!! Yeah.. LULUS...dapat cuti 3bulan..Omey say good bye to everyone pastu balik Kelate berehat dan sambung check-up kat sana..

Kiranya mama 34weeks dah cuti, sebulan awal la..sebab target 36weeks dah boley operate...hm..hampa..!! Prosedure kt HRPZ 2 wajib 38 weeks baru paksa bersalin tapi di HTJ 36 weeks dah boley dah..so mama kerugian cuti 4weeks means sebulan..Mesti ada hikmah ni.. mama positif je.

Okey seminggu sebelum bersalin, hari Isnin mama scan kepala dua2 dah masuk track kiranya ada peluang la nak bersalin normal..Hari Rabu mama scan pulak menghampakan laa...sorang obliged dan sorang lagi transverse..memang kena operate, so pasrah lagi..booking bilik OT..ehw jatuh 16 Mei la...Hari Guru ni...hihi..

Nak tunggu hari kejadian tu memang sangat2  mendebarkan..tak yah cerita la..hihi..tengok jela hasilnya sebab dah kompem2 kena czer kan.


Introducing our cute lil' Humaira's. Kakak 2.65kg dan Adik 2.70kg..Now masing-masing dan 1y5mo masa mama tulis entry ni. Dan birthday diorang jatuh pada Hari Guru 16 Mei 2014. Jadi ini lah hadiah Hari Guru yang paling bermakna untuk maama tahun lepas.. tahun punye hadiah Hari Guru mama dinobatkan GURU PALING SWEET kat skolah..nangesss!! Hahaha...

Masa dalam pantang, Mi dan Incik Suomi la yang paling banyak menolong mama. Ohh tak lupa juga kakak mama yang nurse tu sebab sudi mandikan my gegels sampai diorang dah gemoxs..haha... ahh..semua la adik beradik mama yang kat kampung tu..banyak supporters mama ni sebenarnya..dan masa tu baru mama sedar yang setiap masalah yg pahit akan berakhir dengan dipenghujung yang manis.. alhamdulillah dan syukur Allah masih sudi untuk menguji mama sebab dia tau mama boley lakukan..mama yakin mama boley..

Okey ni nak story pasal kenapa my mom stay dengan kami dan tinggalkan Baba kat kampung dan sekali sekala Baba pon stay ngan kami..

Sebenarnya, Baba  ngn Mi ni jenis yang sayang kan cucu mereka..semua cucu mereka yang jaga sampai la besar, untung la kakak-kakak mama memang jenis tak berhijrah dan stay di Kelantan dulu..jadi Mi ngan Baba tak payah nak merantau bagai..tapi kerana mama, mereka terpaksa..kenapa?? Allah tahu jawapannya..


Ini soalan lazim yang diorang selalu dok tanya mama bila diorang tau Mi yang mengasuh anak-anak mama sejak dari abang long sampai la si kembar ni:

1. Tak kesian ke kat mak berpisah ngan ayah?
Kak... (biasanya office mate), bila saya sebut je nak hantar kat pengasuh, esoknya mesti Baba kol bagi nasihat plus teguran..bla bla.. sehingga la niat tu terpaksa dibatalkan..

2. Biasanya anak yang nenek jaga ni manja dan tak nak ngan orang lain, betul tak?
Maaf ye..bagi saya, saya lebih rela anak-anak saya lebih rapat dengan darah daging saya sendiri plus keluarga belah suami daripada mengikut perangai orang yang bukan darah daging kita plus orang yang kita tak kenal..skeptikal sangat ayat tu kan dan sangat sinis plus tajam..harap maklum..sebab saya rasa bosan dengan soalan yang parodi macam ni..#viral sangat..menyampah dan naik malas nak melayan..sebab dah tengok kejadian depan mata sendiri.. (bukan dalam kalangan ahli keluarga)

3. Mak jaga anak tu awak bagi gaji ke?
Maaf sekali lagi..(ni soalan org2 yg jenis busuk ahti dan bizi bodi..) saya takmengupah mak saya h tuk jaga anak..even suami sendiri dah bagi duit macam yang korang syorkan..tapi itu semua NONSENSE...maaf, mak saya tidak bekerja dengan saya, tapi dia dan ayah saya sendiri yang willing nak jaga anak-anak saya. Mereka menolak semua bayaran termasuk kewajipan yang sepatutnya saya bagi untuk mereka. Tapi saya terpakssa juga bagi pada meraka sebab itu tanggungjawab saya terhadap ibu bapa. Tak banyak po tak pa at least 10% dari gaji kamu harus didermakan kepada ibu bapa kamu. Baru rezeki tu berkat. Selebihnya, nak berjoli sana sini terpulang. Yang penting itu adalah PRIORITY saya sekarang!! Dalam masa yang sama, saya sebenarnya bersyukur sebab dapat menjaga ibubapa saya depan mata saya..

**Viral sangat sekarang poster DMFK pasal hukum ibubapa menjaga cucu tu. Siap tag lagi tuu..hampehh..terpulang lah pada kalian untuk menilai..hanya orang2 tertentu sahaja yg tau kehidupan kami sekeluarga.. YA!! Saya sangat2 bahagia sekarang..bersama suami, anak-anak dan ibubapa disisi..kalau mak dan ayah mertua nak dok skali pon tak pe..the more the marrier kan..lantak la org nak cakap apa..walaupun sesekali terkecil hati terkasar bahasa, benda tu normal kan?! Tipu la kamu sendiri tak oernah berkasar bahasa dengan mak ayah kamu..betul tak..Minta maaf la..lepas tu jangan la ulang benda yang sma..okey!! Saya banyak belajar tentang kehidupan dan manusia bila timbul hal mengasuh anak-anak ni..kami tahu apa yang kami lakukan..InsyaALLAH Allah akan berada bersama kami..

Okey sambung balik..dah panjang sangat dahni..tapi still laju lagi nak menaip..haha..biar semua orang tahu kenapa harus anak kembar!!

Now nak cerita zaman sekarang..past is past..wohoo..excited..sekarang si kembar pon dah 1y5mo..diorang sangat2 aktif dan bijak. Selalu buli abang dan kengkadang tu terbalik abang plak yang buli diorang..biasala budak2. Kalau tak gaduh bukan budak namanya..dulu korang pon gaduh jugak ngan kawan2 dan adik2 kan?! Same to me..hahaha..


Sumpah maniskan si kembar ni... Alisya Humaira dan Arissa Humaira..banyak kenangan pahit dan manis sepanjang membesarkan diorang berdua plus bertiga dengan abang long..Biasalah, bila ada anak kembar ni banyak cabarannya, TIPU kalau kita cakap tak de cabaran..dan cabaran saya yang paling besar adalah sindiran HOT yang paling kerap kali diberi 'Kesian abang, kecik2 lagi dah dapat adik, dua plak tu'...HELL-OO kau ke yang bagi aku makan?? Opss...MAAF terkasar bahasa plak..emotional sket mama lewat2 malam ni..Ini semua rezeki Allah yang nak bagi.. Dia dah tentukan yang terbaik untuk kami.


Antara soalan lazim bila si kembar dah besar:

1. Tak penat ke mak awak jaga anak-anak awak..dah la kecik lagi?!
Nak kena story A sampai Z ke rutin mama hari2 kat rumah?? Rasanya tak perlu kot..biasanya orang yang tanya soalan macam ni samada dia belum kawen atau pon dah kawen tapi xde anak atau pon dah kawen dan anak tapi tak tahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu..maaf ye...mulut saya memang celupar sket tengah2 malam sebab ngantuk mungkin.. Bila kita tahu tanggungjawab kita, maka dengan sendirinya Allah akan bantu kita melaksanakan tanggungjawab tu. Senang kata, kalau iklhas buat kerja Allah akan permudahkan urusan kita, termasuk tugas sbg seorang isteri, ibu dan anak..bukannya saya nak cakap saya ni PERFECT..saya pon MANUSIA BIASA yang banyak kekurangan..mesti sekali sekala tu ada buat salah..macam saya cakap tadi la once dah terkena sekali jangan ulang lagi..okey!! Belajar daripada kesilapan..

2. Kembar eh?Lelaki?
Assalamualaikum..terang-terang anak-anak mama ni pakai skirt warne pink lagi, ikat tocang, ada jugak yang tanya laki ke pompuan..hahaha..xlogik langsung..memang la muka diorang ni brutal tak selembut muka si abang.. dah masa ngandung dlu pakat tak caya mama dapat gegels...sampai mama sendiri pon still xyakin dan 2hr sebelum warded utk czer tu mama ajak incik suami beli baju warna selamat sebab semua baju diorang wane pink..haha..dan masa dlm bilik OT tu masa doc tunjuk 'tut' baby mama macam kompius pastu tanya doc laki ke pompuan..haha..bila doc cakap pompuan mama baru rsa lega dr mamai tu, lepas tu baru rasa betul2 heaven sebab semua baju dan brg yg dh beli tu semuannya pinkish..ohh ya, kalau org tanya kembar ke? Mama tak kisah sebab mungkin diorang kompius sebab tengok abang pon sebaya ngan..haha.penah org tanya mama kembar tiga ke?? Wow! Speechless.

3. Banyak tak pakai duit? Takpela laki awak kaya, keje besar..bla bla bla..
Opkosla bnyk pakai duit..laki keje besar?? Laki mama kerja makan gaji jela..bak kata incik suami kuli je pon...tapi alhamdulillah setakat ni Allah masih bersama kami..itu je yang mama boley cakap kt sini.. Allah akan tolong kita kalau kita minta dengan Dia..Dia lagi suka hambanya yang berminta-minta hanya denganNya..bukan makhluk lain...InsyaALLAH...

4. Part paling best bila waktu raya, orang pernah tanya saya 'Berapa pasang baju raya?!
Maaf..kami akan dahulukan anak-anak. Untuk kami at least ada sepasang warna or corak yang sama dengan ank2 sudah memadai..kami tak mewah..tapi jika setahun sekali kami belanjakan 3,4 pasang seorang apa salahnya. Niat SEDEKAH untuk anak-anak juga dapat PAHALA dengan izinNYA..

5. Macam mana kalau bawak tiga-tiga sekali keluar especially bila Tok Mi diorang tak de?!
Alah bisa tegal biasa..Nama pon anak-anak..mereka akan sentiasa memahami kami..alhamdulillah setakat ini kami masih boley keluar bersama even Tok Mi balik kampung time tu.. pandai2 la kami menyusun mereka...masing-masing dah cerdik dan dah boley faham arahan..Hmm..time ni la perlukan kecekalan dan kerjasama antara suami isteri..alhamdulillah,  Allah kurniakan saya suami yang tahu tanggungjawab nya sebagai seorang suami dank papa kepada anak-anak nya..Sumpah demi Allah,  TIDAK pernah sekali pon dia mengabaikan tanggungjawabnya..Baik sebagai suami mahupun papa lebih-lebih lagi seorang anak..Jaga anak kembar plus anak sulung yang bezanya tak sampai setahun ni banyak likunya, apa yang penting haruslah cekal dan tabah..itu je..KERJASAMA suami isteri itu yang penting.., jangan hanya tahu lepas tangan je..

Okey lah..mata pon dah ngantuk, dah tak de apa lagi yang nak di ceritakan..semuanya dah jelas kan..

Kesimpulannya,
Jika dikurniakan anak kembar plus anak sulung yg bezanya tak jauh macam mama, anak kembar je, atau anak setahun sekali or apa jela yang diorang bahasakan ibu bapa harus:

1. JIWA mesti mau kental.

2. KERJASAMA antara suami isteri. Kalau boley slow talk if suami or isteri jenis yang tak paham bahasa tu..Buat la JADUAL bertugas..macam mama,  suami memang akan prepare susu masuk bilik, dan akan bangun untuk bancuhkan susu malam2 sebab mama akan bangun seawal pukul 5 atau lebih awl lagi untuk siapkan keperluan anak-anak dan suami.

3. PEDULIKAN anasir-anasir or cakap-cakap orang yang memang bizi bodi dengan kehidupan kita. Just pikir diorang DENGKI dengan kebahagiaan anda je! Enough..

4. Be POSITIVE.

5. DOA, USAHA & TAWAKAL

6. MAAFKAN semua orang!!

7. Kalau kita rasa kita SUSAH cuba lihat kebawah. Pasti ada ramai lagi orang yang susah dari kita. Tolong jangan pandang ke atas sebab kat atas tu hanya ada DIA yang satu.

Akhir sekali, mama rasa bersyukur dan rasa lega sebab dapat luahkan perasaan mama dalam entry ni..maaf sekiranya jika ada yang membaca entry ni dan terasa dengan ayat2 sinis mama..memang sinis pon..maaf ye..dan lagi satu..if nak share, share je jika entry ni boley membawa kebaikkan pada kalian..semoga bermanfaat untuk semua pembaca..

Thanks jugak pada semua supporters mama termasuk SUAMI tercinta,  IBUNDA dan AYAHANDA yang disayangi, ADIK BERADIK, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI & SEMUA yang mengenali diri mama secara langsung atau pun tidak.. Doa mama akan sentiasa mengiringi kalian. InsyaALLAH.. Semoga terus success dan berbahagia dengan yang tersayang...


Gambar lama, cuma nak diabadikan dalam kenangan je..tiada tujuan lain..hihi..mama sayang kalian bertiga. Kalian syurga mama dunia akhirat..Semoga mama akan snetiasa diberi peluang untuk hidup bersama kalian bertiga (berempat or berlima jika ada rezeki lagi) sehingga akhir hayat mama. Seronok dengar teriak tangis dan gelak tawa kalian..even kadang2 mama rasa stress tapi dalam masa yang sama seronok dan teruju bila tengok kalian bermain bersama, berlari sana berlari sini, berebut itu ini, gigit sana gigit sini, pukul abang, pukul adik, pukul kakak, jatuh bagun kalian semua tu mama sukeeeee....seriously seronok dan amat-amat bersyukur sebab diberi peluang sebegini..okey dah..STOP..


Lepas baca entry ni korang boley nilai sendiri best atau tak ada anak kembar ni..Bagi mama, ia sungguh menyeronokkan walaupun sedikit mencabar..okey..betul-betul STOP kat sini..hihi

Lot of LOVE,
Supermommalovesyou



.babai.









Wednesday 12 November 2014

Segalanya tentang kek

Salam Qaseh,

Even hari ni mood ter'swing' sket, mama still nk update entry..tak kira..mungkin ini boley mengurangkan rasa stress saya..!

So, ini aktiviti kami semalam...sebab mama xsempat nak beraktiviti ngn anak coz terbalik lewat semala .. jadi bila ditanya anak-anak nak buat apa si abang terus jawab nak kek...ok fine! So, mama yang tak pakar sangat ni terus google resipi...so dapat la resipi 'kek apam susu'..warna pon diorang yang decide nak kaler apa..menarik kan...

Apa yang penting, kerjasama!!!


Si abang excited bila mama suruh dia yang pegang mixer tu..muka memang xleh blah..hihi...si adik plak menyibok kat belakang nak menolong jugak..memang bekerjasama..tapi tokmi tak kasi adik-adik tolong sebab diorang nak panjat kabinet tu..hahaha...ganas anak-anak mama ni..


Seronok tengok reaksi diorang masa buat kek ni...rasa hari-hari nak beraktiviti bersama..tak sabar nak cuti sekolah..nak bersama anak-anak. Tapi terasa nak berjalan2 dan bercuti lak dah...hmm..nanti lah pikir..

So ini resipinya:



Dan ini hasil tangan mereka:

Gebu gebas kek kami!

Next time kena tukar kaler sket..bagi menarik dan menyerlah..baru selera nak makan..hihi...

.babai.