Thursday 6 November 2014

Peranan Penting Ibubapa dalam Homeschooling...Part 1

Salam Qaseh,

Peranan ibu bapa, khususnya ibu dalam menjayakan homeschooling amat penting kerana fungsi ibu bapa bukan hanya sebagai ibu bapa biologi tetapi ibu bapa dengan ideologi yang menanamkan keyakinan, akidah, moral, intelektual, kemahiran hidup, visi, sikap optimis dan semangat menunjukkan prestasi.

Ibu bapa berperanan sebagai GURU yang perlu menyokong perkembangan anak, memberi stimulasi dan motivasi untuk menggali bakat dan mengembangkannya dengan optima, menyediakan kemudahan prasarana yang cukup dan menyusun kurikulum yang terbaik demi masa depan anak-anaknya.

Berikut merupakan peranan penting ibu bapa dalam memantapkan sistem homeschooling:

1. Menemani anak
Kawan adalah cermin bagi kawannya yang lain. Begitulah ibu bapa, ibu bapa adalah cerminan anak-anak. Hubungan antara anak-anak dan ibu bapa harus baik dan saling mempercayai. Ibu bapa dan anak-anak harus saling belajar dan mengajar antara satu sama lain bagi memantapkan sistem homeschooling mereka.

2. Menggembirakan hati anak
Kegembiraan mempunyai kesan yang mengagumkan dalam jiwa anak. Rasulullah s.a.w. sentiasa membuat anak-anak merasa gembira dengan cara: (1) menyambut anak dengan baik, (2) mencium dan bergurau dengan mereka, (3) mengusap kepala mereka, (4) menggendong dan memangku mereka, (5) menghidangkan makanan yang baik, (6) makan bersama-sama mereka.

3. Membina persaingan sihat dan memberi hadiah kepada pemenang
Umumnya, manusia apalagi anak-anak suka berlumba. Rasullullah juga suka mengajak kanak-kanak berlumba, misalnya ketika beliau meletakkan Abdullah, Ubaidillah dan anak-anak Abas dalam satu barisan, lalu bersabda, "Siapa yang dapat mengatasi saya, dia bakal mendapat itu dan ini..."

4. Memberi pujian
Pujian mempunyai pengaruh penting dalam diri anak, ini kerana dapat menggerakkan perasaan dan emosinya sehingga segera memperbaiki kesalahnnya. Bahkan anak-anak seringkali menunggu-nunggu pujian dari ibu bapa.

5. Gurauan dan bersenda gurau
Hal ini dapat membantu memperkembangkan jiwa anak-anak dan melahirkan potensinya yang terpendam. Rasulullah menyatakan, "Sesiapa mempunyai anak kecil hendaklah diajak bersenda gurau!" (HR Ibnu Asakir)




....bersambung....

No comments:

Post a Comment