Thursday 20 November 2014

Tips memilih TASKA / TADIKA

Salam Qaseh,

Entry kali ni mama nak story sket betapa gigihnya mama ngan papa mencari TASKA untuk abang long. Al-maklumlah anak first (ayat biasa yang terkeluar dari bibir pengusaha taska yang mama lawati). Tau sangat, korang jelezz kan??! Okey fine, tak de kaitan.. hahaha..

Rasanya dah hampir sebulan kami survey beberapa TASKA area Senawang dan Ampangan ni. Dah hampir lebih dari 10 buah Taska kami pegi. Yang dah di short-list ada DUA je sekarang ni. Ini yang buatkan mama pening kepala nak memikirkan mana satu yang the BEST. Siap buat list pro and cons dua-dua taska ni. Nangesss..!! Bila tinggal dua ni macam-macam plak yang datang dalam fikiran mama. Nayaa...!! Anak first la katakan...tapi dalam masa yang sama tak sabar nak tengok abang long pakai uniform taska.. Yeayyyyy!! Anak mama dah nak sekolah..Yahuuu...dah besar anak mama ni..baru TIGA tahun..hihihi..


Okey dah, kita teruskan dengan beberapa Tips Memilih TASKA / TADIKA:

1. BERDAFTAR
Haruss laa mak-mak oii...TASKA yang momies nak hantar kesayangan momies tu harus lah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mengikut salah seorang pengusaha TADIKA yang mama pernah pergi tu dia cakap TADIKA tidak berdaftar dengan JKM tapi berdaftar dengan KPM. Wallahua'lam...

2. KAWASAN YANG STRATEGIK
Taska/ tadika harus berada jauh dengan jalan raya yang sibuk atau strategik lah tempatnya. Macam mama, mama akan cari kawasan yang mudah parking sebab lesen kete cap AYAM. Upss...my bad... lepas tu taska/tadika tu seharusnya dan sebolehnya berada di kawasan perumahan atau premis yang ada tanah lapang atau outdoor playground. Tidak disarankan premis yang berada di kawasan atas rumah kedai (terpulang pada momies). Rasionalnya, anak-anak pon nak meneroka persekitaran jugak..nature activities!!

3. TIMETABLE
Sampaikan timetable setiap TASKA mama nak tengok.. Bila di tanya pasal timetable, semua pengusaha tercengang dan jawapan yang selalu mama terima adalah "timetable untuk pelajar 3 tahun masih belum diproses".. what the h*ll..prepare la siap2 dah tu gantung banner "PENDAFTARAN 2015 DIBUKA SEKARANG" buat apa..huish..marah ni..keciwa laa sebab kebanyakkan mereka tak prepare..

4. MELAWAT TAPAK PREMIS
Please la momies, cuba minta untuk melawat tapak premis..mata kena liar..tengok sekeliling kawasan premis, make sure SAVE dalam otak momies..pastika ada PLAYMAT disekitar dalam premis, GRILL tingkap, PENGUDARAAN yang elok, TANDAS yang ada pelapik lantai untuk elak licin, CHANGING room diasingkan lelaki dan perempuan...dan lain-lain yang seangkatan dengannya...

5. ABAIKAN CAKAP-CAKAP ORANG
Ya..!! memang PENTING bertanyakan pendapat orang yang lebih berpengalaman dari kita, TAPI, kita juga harus mencari dan banyakkan pembacaan sebelum memilih TASKA/TADIKA yang terbaik untuk si manja. Jangan INDAH KHABAR DARI RUPA sudaa...Pastikan premis BERSIH dan SUSUNAN perabot yang sesuai. TIADA BUCU tajam dan TIDAK TINGGI..Keselamatan HARUS DIUTAMAKAN tauu..!!

6. FINE MOTOR SKILLS
Untuk anak-anak bawah 3 tahun, ibu bapa harus memastikan premis menyediakan activities yang melibatkan PSIKOMOTOR anak-anak. Timetable tu penting, so study betul-betul timetable diorang..JIKA tak faham bertanya dengan segera.. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun kebawah sebenarnya harus develop diorang punye motor skills dulu...bak kata salah seorang pengusaha taska yang mama pergi hari tu "Diorang belajar sebenarnya, tapi tak belajar melalui buku"..paham tak?? Buat-buat paham la naa...hihi..

7. BRANDED
Gah pada nama tak semestinya GAH pada isinya..boleyy!! Bangga sangat anak dia masuk taska branded..Momies sekalian, taska yang berjenama ni tak semestinya elok tau.. Cuba teliti semua ciri-ciri di atas tadi sebelum membuat keputusan. the best choice is in your hand!!

8. PENGUSAHA PREMIS
Kalau BAB ni, mama sangat particular sikit tau.. tak nak yang KEREK, cakap je pandai tapi tak de tindakan. HARUS seiring tau.. Kebanyakkan pengusaha atau cikgu-cikgu taska/tadika yang mama dah survey ni mereka biasanya akan cakap belakang! Itu memang mama reject awal-awal..

9. SPOT-CHECK
Sesekali mama papa harus buat spot-check di premis anak-anak anda..! Pastikan tiada kebocoran tanggungjawab..!

10. PERCAYA & YAKIN
Percaya pada anak anda yang dia boleh berdiri sendiri meaning that independent la..Parents yang bekerja pon harus ikhlas semasa bekerja agar pengasuh taska/tadika a.k.a cikgu tu pon ikhlas nak jaga anak kita. InsyaALLAH kes dera mendera ni dapat dielakkan.


Salah satu gambar yang sempat mama snap..! Ini taska ke-8 yang kami lawati.. Gigih bebenor mama ngan bang long ni..harusla kan..mestila mama nak yang TERBAIK untuk anak syurga mama ni..Dia pon tak kisah mama bawak sana sini..siap tak nak balik lagi..hmm..

Semoga perkongsian ini dapat membantu momies sekalian walaupun perkongsian ini tak seberapa..tapi amat bermakna bagi mama dan papa. Hanya yang terbaik untuk SI MANJA anda..!

.babai.

1 comment:

  1. salam puan, saya tgh cari taska utk anak jugak area senawang / ampangan.. boleh share taska yg puan shortlist kan?

    ReplyDelete