Monday 10 November 2014

Kami adalah plumber a.k.a engineer hebat mama papa!!

Salam Qaseh,

Dah lama nak update entry pasal aktiviti mereka main benda alah ni.. ntah apa ke nama nya tapi mama call this 'colourful plumber'. Dalam banyak-banyak mainan yang mama sediakan ini je yang mendapat sambutan hangat dari si abang. Adik-adik pon turut serta tolong cabut balik apa yang abang dah sambung..hmm..memang mereka ni sentiasa berkolaborasi..terbaekkk..!!



Ini aktiviti weekend hari tu.. Hari sabtu baru-baruni je..Di pagi hari yang hening..lebih kurang dalam pukul 6.30am. Mandi pon belom ni..Haa...semangat kan diorang ni..itula anak-anak syurga mama!! #sentap sori ye pada yang menyampah..haha..



Bila sel-sel otaknya berhubung..alhamdulillah tercapai KPI mama hari tu..#seruling abang long ni tak de bunyi tapi dibuat bunyi nya oleh adik-adik. Memang kolaborasi yang terbaikk..Lepas tu basah sana sini..hihi...almaklumlah..



Ini #trompet versi abang long..thanks abang sebab tolong mama buatkan untuk kakak trompet best ni..adik mana? Adik mandi laa...itu pon kena paksa mandi sebab pempers dah bocor..hee...my bad..



Abang long


Kakak Alisya


Adik Arissa

See..berapa seronoknya diorang bila bermain..Ya..! Saya seorang ibu yang sangat mementingkan pembelajaran untuk anak-anak saya. Mohon maaf jika ada orang yang kurang selesa dengan cara saya mendidik anak-anak..Tiada paksaan dalam #homeschooling yang saya terapkan dirumah..Hmm..sedey dan tak berapa paham kenapa masih ada ibubapa diluar sana yang mempertikaikan homeschooling ni...Alhamdulillah saya masih diberi masa walaupun ianya singkat untuk bersama anak-anak. Saa seronok bila mereka seronok bermain...!! Ish...touching lak dah..maaf ye!!


Sedikit tips untuk anda!


Apakah JARAK UMUR?!

Jarak umur untuk setiap aktiviti adalah berbeza. Setiap kanak-kanak membesar mengikut tahap kecekapan masing-masing. Gunakan pengetahuan anda mengenai setiap kanak-kanak sebagai satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti itu bersesuaian atau tidak.

.sekian.

No comments:

Post a Comment