Monday 10 November 2014

Warna adik-adik

Salam Qaseh,

Last weekend punye cerita #throwback. Terasa diri ini rajin semacam nak membaking..so inilah hasilnya:


Kek bahulu, kek paling 'samseng'. Katanyeee... tapi warnanya tak macam samseng pon. Supposedly warnanya macam pelangi, tapi disebabkan oleh hero mama nak kaler orange and yellow je, jadi itulah hasil akhir..sedap dan mudah untuk disediakan.

First time buat mama bakar, ni dah third time baking jadi nak try kukus, and it much more better. Lembut dan mudah nak keluarkan dari mold tu. Ni resipi KEK BAHULU saya, dicilok dari group Resipi Rahsia kat fesbuk..


KEK BAHULU
1cup of sugar (saya kurangkan jadi setengah)
1cup of egg (lebih kurang 4biji)
1cup of self raising flour
1ts of vanilla essence
1ts of ovelette
Colours
Jem nenas atau jem apa2 jela yang best.

Cara:
1. Blend telur ngan gula sampai kembang.
2. Masuk esen vanila, ovelette.
3. Masuk tepung sikit-sikit.
4. Lepas tu bahagi kepada 4bahagian (if guna resipi ni just guna loyang yang kecik je sebab tak banyak adunan kalau bg 4bahagaian, selalunya saya gandakan 4 untuk adunan diatas. Baru banyak hasilnya.)
5. Kukus dalam 15 minit. Kalau terkukus lama sangat susah nak keluarkan dari moldnya..
6. Lapiskan dengan jem. Saya guna jem stoberi sebab anak-anak yang pilih.


Tadaa....siap kek mak..!! Try la..boley dijadikan aktiviti bersama anak-anak di dapur. Salah satu teknik homeschooling jugak...

.babai.

No comments:

Post a Comment